BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Main mercun di tengah jalan hingga rosakkan kereta, polis tahan dua lelaki

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,296
Joined
Dec 6, 2010
Messages
20,296
Reaction score
1,430
Points
201
6100549630476535580_121.jpg



Main mercun di tengah jalan hingga rosakkan kereta, polis tahan dua lelaki

Shah Alam: Tindakan dua lelaki termasuk seorang remaja bermain mercun di jalan raya dekat Taman Sentosa, Klang mengundang padah apabila ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kedua-dua lelaki tempatan berusia 18 dan 21 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam tadi.

Katanya, terdahulu seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan berhubung tindakan dua lelaki membakar mercun di sebelah kenderaannya sehingga menyebabkan kerosakan dalam kejadian pada jam 2 petang.

"Hasil siasatan mendapati semasa pengadu melalui jalan berkenaan, suspek membakar mercun dan meletakkan di atas bonet kereta wanita berkenaan.

"Selepas dimarahi, suspek kemudian mengambil semula mercun berkenaan dan meletakkan di tepi kenderaan sehingga menyebabkan sedikit kerosakan pada bahagian bumper dan sisi kereta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan dua lelaki berkenaan dirakam menerusi kamera papan pemuka kereta mangsa dan susulan itu polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, hasil semakan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman untuk siasatan lanjut sehingga 27 Januari.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Norzamira Che Noh
 
Back
Top
Log in Register