Mai..Maiii Kursus ORACLE PERCUMA tajaan MDEC dan Peluang Kerja di syarikat MSC

CG Sponsors




gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
Peluang untuk Latihan Oracle secara percuma tajaan Malaysian Development Corporation (MDeC) berserta peluang pekerjaan di syarikat bertaraf MSC

Kami menawarkan peluang latihan selama 2 bulan untuk latihan kursus Oracle dan 1 bulan latihan praktikal di syarikat bertaraf MSC. Pelajar akan menjalani latihan di salah satu daripada cawangan latihan sama ada di Kuala Lumpur, Bandar Sunway, Klang dan Petaling Jaya.

Kelas-kelas latihan akan diadakan secara berterusan sepanjang tahun bermula daripada Januari 2009.

Syarat Kelayakan:

• Diploma/Ijazah dari apa- apa bidang(graduan jurusan IT digalakkan memohon)
• CGPA – 2.5 ke atas
• Tidak bekerja
• Sanggup mengikuti kelas sepenuh masa selama 3 bulan

Struktur Kursus

Bahagian A : Foundation – Pengenalan asas bidang IT bagi memantapkan lagi pengetahuan peserta dari segi teknikal

Bahagian B : Specialization – ORACLE – Beginner, Intermediate dan Advanced

Bahagian C : Latihan Praktikal di syarikat-syarikat terpilih

Bahagian D: Software Engineering Concept dan Komunikasi (interview skills, resume writing, presentation skills)


Sila hubungi :gambate
Email : [email protected]
Telefon : 0199893520

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post

zeal_tech

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Aug 23, 2008
Messages
7,888
Reaction score
11
Points
65
ni kursus apa ek....
Oracle...??
apa menda tue...
cam berminat...
bile mula kursus...??
bayaran...??
 

hanz

Active+ Member
Joined
Sep 5, 2008
Messages
3,075
Reaction score
2
Points
25
oracle tu kursus per ek...mcm ner nak join nie...x keje lagi nie...dah lame mengngur...hihih
 

muorian

Active+ Member
Joined
Apr 27, 2007
Messages
3,793
Reaction score
54
Points
40
menarik! kursus tu diadakan dimana ehh? ada fee x?
 

warheadfx

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
2,274
Reaction score
278
Points
41
Oracle ni adalah syarikat perisian/software yang terbesar di dunia. Antara product perisian yang digunapakai di kalangan syarikat-syarikat terbesar dunia adalah Oracle Database (pangkalan data).

Database adalah elemen yang terpenting di dalam sesuatu sistem. Sesiapa yang berkemahiran di dalam merekabentuk database dan menyelenggara database amat mudah mendapatkan pekerjaan dan gaji yang lumayan. Mereka yang berkemahiran tidak sukar untuk mendapat gaji melebihi RM10,000.

Banyak syarikat-syarikat di Malaysia menggunakan Oracle DB sebagai pangkalan data. Peluang pekerjaan terbuka luas di dalam dan di luar negara.

10-15 tahun yang lepas, pelajar universiti di dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat belajar secara teori pangkalan data, tetapi sekarang ada yang menjadikan Oracle sebagai salah satu mata pelajaran.

Harga kursus yang lengkap di pasaran mungkin berharga di antara RM 20,000 - RM 30,000 tetapi diberikan percuma. Perlu diingat, tidak banyak syarikat yang menghantar pekerjanya untuk mengikuti kursus yang lengkap di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Apalagi, peluang luas telah pun diwujudkan pada masa ini. Sekiranya saya diberi peluang 15 tahun lepas, saya takkan melepaskan peluang keemasan ini. Benda yang baik ini tak boleh kita lepaskan ..

PS: Office Oracle ni dok kat tingkat atas saya je ... cuma lift je tak sama..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register