Mahu jual syiling lama rawat mata ayah

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
“JIKA ada tawaran yang baik, saya bercadang menjual wang syiling lama ini untuk mengubat mata ayah yang semakin hari semakin kabur,” kata Khayrul Nizam Ismail, Lelaki berusia 32 tahun itu mendakwa memiliki wang syiling lama bertarikh 212 Masihi dengan tulisan Arab tertera jelas pada wang berkenaan.

Menurutnya, wang syiling itu dalam keadaan baik dan disimpan ayahnya lebih 40 tahun lalu semasa bertugas sebagai polis marin.
Ayahnya memperoleh wang syiling itu ketika bertugas di Laut China Selatan.

“Sebuah bot dari Indonesia ditahan sewaktu cuba memasuki perairan di negara ini.


“Salah seorang warga Indonesia berkenaan memberikan wang itu kepada bapa saya.


“Meskipun kejadian itu berlaku 40 tahun lalu, wang syiling itu masih dijaga dan disimpan dengan baik sehingga kini,” katanya sambil menunjukkan syiling yang terukir gambar keris bersilang dan tertera nama Abu Bakar, Othman dan Ali.

Bapanya, Ismail Mohd Sharis yang berusia 87 tahun memerlukan pembedahan segera.

“Saya yang bekerja di bengkel perabot dengan gaji yang rendah tidak mampu mengeluarkan belanja yang besar untuk merawat ayah.

“Saya amat berharap syiling ini mempunyai nilai yang tinggi untuk mereka yang gemar menyimpan barangan lama sebagai koleksi.

“Ini sekali gus membantu keluarga dengan menampung kos perbelanjaan pembedahan mata,” katanya.

Dia mengakui memang sayang untuk menjual syiling itu tetapi itu saja sumber rezeki yang ada.

“Selepas berfikir semasak-masaknya, bapa mengambil keputusan menjual dan menawarkan wang syiling ini kepada mereka yang berminat.

“Biarlah ia dijual dengan harga yang berpatutan,” katanya yang tinggal di Taman Sri Mersing di sini.

Hubungi 010-5285 898 atau 0111-7663 266 untuk maklumat lanjut.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahujualsyilinglamarawatmataayah/Article
 
Sponsored Post

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
agaknya berapa harga yang berpatutan tu??
 

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,081
Reaction score
58
Points
135
waah, kalo ade gambar syiling tu lagi bagus ni
 

hairy84

Legendary Member
Joined
Sep 15, 2010
Messages
15,863
Reaction score
35
Points
120
Peminat barang antik ramaI Kat cg ni....kot2 minat ke
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,683
Reaction score
21,085
Points
1,671
jgn die mintak juta2 sudah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register