Mahu gadai nyawa demi Fadhil

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Gadis cuba terjun dari bumbung hotel sebab ada masalah dengan kekasih

KUALA TERENGGANU - "Saya tak nak turun, saya tak nak makan... saya nak Fadhil."

Itulah jeritan Sha gadis berusia 18 tahun yang cuba terjun dari atas bumbung hotel 10 tingkat di Jalan Tok Lam di sini petang semalam.

Sha yang bekerja di sebuah salon rambut di sini, dikatakan bertindak demikian selepas teman lelaki yang dikenali sebagai Fadhil ingin berpisah dan tidak lagi memberi perhatian kepadanya.

'Drama' itu bermula pukul 1.35 petang apabila Sha naik ke atas bumbung hotel lalu berdiri di bahagian tebing sebelah belakang sambil berpaut pada tiang penebat petir setinggi dua meter.

Gadis yang memakai baju dan seluar jean berwarna hitam itu kemudiannya dilihat berlegar-legar di atas tebing bumbung tersebut sebelum anggota polis dan bomba tiba.

Sepanjang usaha memujuk itu, Sha menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.

Malah orang ramai yang memenuhi kawasan hotel turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun.

Keadaan semakin 'panas' apabila Fadhil tiba di tempat kejadian pukul 2.10 petang dengan sebuah kereta Proton Satria berwarna hitam dari arah Jalan Sultan Sulaiman.

Sebaik tiba, lelaki itu menjerit meminta Sha turun sebelum dia dibawa naik ke atas bumbung hotel oleh pihak polis bagi memujuk gadis tersebut.

Selepas sejam usaha dijalankan, Fadhil gagal mententeramkan Sha walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang.

Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak.

Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila Sha yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.

Sapa Fadhil? lawyer? doctor? Gila punya pompuan :mad:

 
Last edited:
Sponsored Post

EiRa

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 27, 2007
Messages
15,057
Reaction score
0
Points
110
adoihh...no komen...
susah gak mslh mcm nih..
 

Cuppy Cakes

Legendary Member
Joined
Sep 16, 2008
Messages
12,140
Reaction score
35
Points
120
ni mesti ada kes ketelanjuran kata2 ni kot...
 

tok

Fun Poster
Joined
Oct 31, 2007
Messages
720
Reaction score
2
Points
25
ni namanye pompuan yg menyerupai perangai sejenis binatang tuutt :(scam :(scam

ni msti kes standard dara ilang, pastu balak xnk tgjwb
 

ketumbit

Junior Member
Joined
Nov 5, 2008
Messages
61
Reaction score
0
Points
6
hehe....poyo jer tu. kalau dia nak terjun, awal2 lagi dah boleh.
naper nak tunggu polis dtg.
lawaknyer.. :)) :))
 

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
Fadil nih pakai minyak dagu kot..
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
apa ke ******* budak tu...
entah2......dah......huhuhu....
 

ketumbit

Junior Member
Joined
Nov 5, 2008
Messages
61
Reaction score
0
Points
6
tapi kalau ada peluang aku nak jugak jumpa si padhil ni. ayat mesti power sampai awek sanggup nak bunuh diri
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
tak pepasal kene cas bunuh diri...
masuk penjara tak dapek la jumpo fadhil....jumpo la grill bosi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register