Covid-19 Mahkamah Tolak Tangguh Hukuman Penjara Nursahira

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,004
Reaction score
3,245
Points
236
07.04.2020 - Alor Setar, Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, menolak permohonan pembantu kedai menangguhkan hukuman penjara lima bulan terhadapnya selepas didapati bersalah menghina polis pada 27 Mac lalu.

Hakim Murtazadi Amran membuat keputusan itu selepas menganggap kesalahan dilakukan Nursahira Mohd Mizuar, 20, adalah berat dan tiada alasan istimewa untuk mahkamah menangguh hukuman berkenaan.

Murtazadi dalam prosiding turut memaklumkan, mahkamah mendapati tertuduh tidak pernah meminta maaf kepada polis dan menyatakan kekesalan atas perbuatannya itu.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh, Datuk Naran Singh memohon hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Nursahira ditangguhkan berikutan tertuduh sebelum ini tidak diwakili peguam selain keluarganya tidak mempunyai wang bagi membayar denda.

Pada 31 Mac lalu, tertuduh dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik melalui aplikasi Facebook dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Tertuduh, bagaimanapun, gagal membayar denda berkenaan menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tambahan dua bulan ke atasnya.

Sementara itu, Naran yang ditemui memaklumkan, seorang usahawan tempatan bersimpati dan bersetuju menanggung kos guaman Nursahira.

Beliau berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan penangguhan hukuman ke Mahkamah Tinggi selepas permohonan penangguhan hukuman ditolak Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.

Dalam kejadian 27 Mac lalu, wanita itu ditahan polis 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira 9 malam.



Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/k...kamah-tolak-tangguh-hukuman-penjara-nursahira
Rujukan https://carigold.com/forum/threads/...-18-mac-14-april-63-mati.705712/post-25539275
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,112
Reaction score
9,761
Points
1,746
1586266233909.png

Muhammad Azlan berkata, beliau tidak menyokong tindakan Nursahira tapi memikirkan keluarga wanita itu yang susah hingga tidak mampu membayar denda RM10,000.




ayah sampai menangis fikirkan nasib anaknya sebab dia tak mampu nak bayar denda tu

yg si anak tak fikir dulu ye kesan dan akibat perangai dia, bakal menyusahkan ibubapa dia. pastu at least masa mohon kurangkan hukuman tu, tunjukla perasaan insaf dan bertaubat dari perangai tu. tapi nope, takde langsung nak tunjuk perasaan menyesal dan insaf tu..
ni ayah dia tak tenang jiwa mengenangkan hukuman ke atas anak dia tu
 

makcikcomei

Active Member
Joined
Dec 3, 2010
Messages
1,713
Reaction score
146
Points
33
Terima kasih kepada tuan hartawan yang sanggup bayar peguam untuk budak ni. Tapi... Kalau tuan hartawan kesian kat petugas mahkamah yang terpaksa hadap budak yang kurang adab ni, elok lah tolong bayarkan denda tu... Kot sat gi kos peguam melebihi nilai denda...
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,261
Reaction score
641
Points
111
patut bapak dia bagi makan penampar jer....menyusahkan semua orang, menyusahkan mak ayah, polis, peguam, dan usahawan yg tolong dia
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,220
Reaction score
303
Points
41
inilah bahana dia kalu bbnu mulut hebiaq dpt socmed..jari jemari lebih laju menaip dr palahotak yg pikiaq apa kesan sekian2 kalu buat sekian2..pada ibu bapa yg ada anak camni,jgn di bela sgt tindak tanduk anak..nnt lg mua(naik lemak) & bg signal xbaik pd dia..dia akan bc "aku buat salah pun ada org bekap aku,ada sokong aku"
 

Panji hitam putih

Active+ Member
Joined
Nov 6, 2016
Messages
3,930
Reaction score
1,133
Points
111

Gadis Hina Polis Tidak Dibebaskan Tetapi Muhammad Azlan Tidak Berputus Asa Dan Hari Ini Usaha Dia Berhasil

April 9, 2020


GADIS yang memuat naik status menghina polis kerana marah diarahkan pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COV19 didenda RM10,000 dan penjara tiga bulan.
Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui aplikasi Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.
SEBELUM INI RAYUAN DITOLAK TETAPI SEKARANG TIDAK LAGI

Alhamdulillah. Setelah Permohonan penangguhan hukvman penjara ditolak oleh Mahkamah Syesen ALOR STAR pada 7/4/2020 lalu,hari ini 9/4/2020 Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan ikat jamin serta menangguhkan hukvman penjara dan denda sementara menunggu Perbicaraaan di Mahkamah Rayuan.
Saya berharap,perkara ini akan menjadi pengajaran bermakna kepada Remaja itu khususnya serta kita semua umumnya,agar berhati hati mengeluarkan kenyataan yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam.
Kekalkan keharmonian dalam negara tercinta ini,dan marilah kita sama sama hidup penuh kemakmuran.

Mahkamah tangguh hukvman wanita hina polis

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan seorang pembantu kedai menangguhkan hukvman penj4ra tiga bulan dan denda RM10,000 selepas dia didapati bersalah menghina polis pada 27 Mac lalu.
Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan memfailkan semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, Selasa lalu.
Ghazali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua orang penjamin selain tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Pendang setiap dua minggu.
Mahkamah Sesyen pada 31 Mac lalu, menjatuhkan hukvman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan selepas Nursahira mengaku bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik melalui aplikasi Facebook dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.
Tertuduh bagaimanapun gagal membayar denda berkenaan menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukvman penj4ra tambahan dua bulan ke atasnya.

Hukvman terhadap Nursahira Mohd Mizuar,20, yang mengaku bersalah atas tuduhan mengeluarkan komunikasi jelik terhadap anggota polis pada 27 Mac lalu ditangguhkan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Azrul Abd Rahman, sebelum itu membantah permohonan semakan itu kerana menyifatkan kesalahan tertuduh adalah serius selain ia turut tular di media sosial.
Beliau meminta tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 sekiranya mahkamah membenarkan permohonan berkenaan.
Sementara itu, peguam tertuduh, Datuk Naran Singh ketika ditemui, berkata hakim berpuas hati dengan hujahan pihaknya dan membenarkan permohonan itu.
Beliau berkata, pihaknya sudah memfailkan rayuan berhubung kes itu di Mahkamah Tinggi dan sebutan pertama kes akan dibuat pada bulan hadapan.
Dalam kejadian 27 Mac lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.
Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COV19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.
Sumber : BHARIAN ONLINE
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,112
Reaction score
9,761
Points
1,746
#AlorSetar Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan memfailkan semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen Alor Setar yang menolak permohonan tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, pada 31 Mac lalu. https://www.hmetro.com.my/…/mahkamah-tangguh-hukuman-nursah…


Mahkamah tangguh hukuman Nursahira


NURSAHIRA (tiga dari kiri) bersama usahawan, Muhamad Azlan Abdullah@Ali (kanan) dan peguam, Datuk Naran Singh (kiri) selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar membenarkan pemohonan untuk menangguhkan hukuman. FOTO Amran Hamid

NURSAHIRA (tiga dari kiri) bersama usahawan, Muhamad Azlan [email protected] (kanan) dan peguam, Datuk Naran Singh (kiri) selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar membenarkan pemohonan untuk menangguhkan hukuman. FOTO Amran Hamid



MAHKAMAH Tinggi Alor Setar, hari ini membenarkan permohonan pembantu kedai untuk menangguhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah menghina polis pada 27 Mac lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan memfailkan semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen Alor Setar yang menolak permohonan tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, pada 31 Mac lalu.

Ghazali kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan dua penjamin, selain tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Pendang, setiap dua minggu.

Terdahulu, Nursahira didenda RM10,000 dan penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik melalui aplikasi Facebook dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar denda berkenaan menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tambahan dua bulan ke atasnya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Azrul Abd Rahman, sebelum itu membantah permohonan semakan itu kerana menyifatkan kesalahan tertuduh adalah serius selain ia turut tular di media sosial.

Beliau meminta tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 sekiranya mahkamah membenarkan permohonan berkenaan.

Sementara itu, peguam tertuduh, Datuk Naran Singh ketika ditemui, berkata mahkamah berpuas hati dengan hujahan pihak pembelaan dan membenarkan permohonan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah memfailkan rayuan berhubung kes itu di mahkamah tinggi dan sebutan pertama kes akan dibuat pada bulan depan.

Dalam kejadian 11.30 malam 27 Mac lalu, Nursahira ditahan polis selepas memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu kerana marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, Pendang pada 9 malam.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 2:51 PM

 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,421
Reaction score
1,517
Points
201
View attachment 223162
Muhammad Azlan berkata, beliau tidak menyokong tindakan Nursahira tapi memikirkan keluarga wanita itu yang susah hingga tidak mampu membayar denda RM10,000.




ayah sampai menangis fikirkan nasib anaknya sebab dia tak mampu nak bayar denda tu

yg si anak tak fikir dulu ye kesan dan akibat perangai dia, bakal menyusahkan ibubapa dia. pastu at least masa mohon kurangkan hukuman tu, tunjukla perasaan insaf dan bertaubat dari perangai tu. tapi nope, takde langsung nak tunjuk perasaan menyesal dan insaf tu..
ni ayah dia tak tenang jiwa mengenangkan hukuman ke atas anak dia tu
kalau minta maaf dgn hakim...tunjuk insaf pasti hakim akan adjust hukuman....ini buat perangai babil...tu lah makanan dia...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
27,934
Reaction score
822
Points
171
budak tu ada masalah apa2 ke.. mcm x ada perasaaan je
 
Sponsored Post
Top
Log in Register