BTC USD 40,903.1 Gold USD 1,803.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Mahkamah tolak saman Tun M] Perdana Menteri & Menteri Kewangan bukan penjawat Awam

Hypnosis-Diri

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2014
Messages
8,232
Reaction score
654
Points
111
[Mahkamah tolak saman Tun M] Perdana Menteri & Menteri Kewangan bukan penjawat Awam

1.png

Ingat tak baru ni Najib ada kemukakan permohonan untuk batalkan saman yang dikemukakan oleh Tun Mahathir, Anina dan Khairuddin ke atas Najib selaku penjawat awam yang terlibat dalam amalan korup dan menghalang siasatan berkaitan isu 1MDB dan RM2.6 bilion ? Saman difailkan pada 23 Mac, dan disampaikan kepada peguam Najib 31 Mac.

Plaintif dalam samannya pada 23 Mac lalu, memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Hari ini baru kita tahu alasan yang diberikan oleh Najib untuk batalkan saman Tun itu -

*Dalam perenggan ketujuh dan kelapan afidavit itu, Najib berkata beliau memfailkan permohonan untuk membatalkan kedudukannya atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi BN dan Presiden Umno dan bukan sebagai seorang penjawat awam kerajaan.


Apa yang saya fahamkan dalam kes ini -

1 - Tun, Anina dan Khairuddin saman Najib atas kapasiti Najib sebagai penjawat awam bla bla bla...
2 - Najib pula balas kata dia BUKAN penjawat awam ..... makna kata, saman itu tak kena tempat.


So ... adakah Najib selaku Perdana Menteri merupakan seorang Penjawat Awam ? Bahasa omputeh lebih tepat iaitu Public Servant atau yang berkhidmat kepada orang awam /rakyat.

Apakata cai2 Najib tampil dengan hujah2 bagi menyokong Najib yang PM bukan seorang penjawat awam ? Begitu juga dengan Menteri2 dan wakil2 rakyat lain ... adakah mereka juga bukan penjawat awam atau public servant ?


Apapun takrifan anda samada PM adalah seorang penjawat awam atau tidak, amatlah memalukan bila Najib menggunakan alasan teknikal sebegitu untuk buang kes saman Tun.

Kenapa Najib tidak jawab saja di mahkamah kenapa beliau selaku PM tidak bersalah dalam dakwaan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Pertahankan segala tindakan yang dibuatnya adalah demi kepentingan rakyat dan beliau tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai PM.

BUKANNYA sibuk dengan takrifan apakah PM tergolong sebagai penjawat awam dan cuba buang kes atas dasar takrifan itu.

Cuba Najib sendiri berikan contohnya bagaimana seorang rakyat mahu mendakwa Menteri atau PM atas dakwaan salahguna kuasa atau gagal dalam memikul amanah rakyat supaya tidak timbul ruang untuk buang kes atas isu teknikal ?

Kita faham PM tidak akan punya masa untuk bekerja jika hanya melayan kes2 saman di mahkamah tapi memandangkan kes 1MDB dan RM2.6 bilion merupakan kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian seluruh rakyat juga masyarakat antarabangsa, pertimbangan khas harus diberikan supaya kes ini diteruskan pengadilannya di mahkamah.

Najib punya tanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa segala dakwaan itu adalah tidak benar dan beliau adalah bersih dari segala dakwaan itu.

Dari segi politik, bagi Umno dan BN juga, pembersihan nama Najib oleh mahkamah amat diperlukan dalam berdepan dengan pilihan rakyat semasa PRU14 kelak.

Janganlah terus mengelak, Najib ooooi .......

**********************

Oya, perenggan dari Mkini yang ini juga menarik -

*Dalam perenggan 24 afidavitnya, Najib menafikan dakwaan dalam pernyataan tuntutan bahawa beliau berperanan dalam memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk seri Shafie Apdal daripada menjadi anggota kabinet dan hakikat bahawa empat daripada ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan kabinet Julai lalu.

Pulak dah ..... tak mengaku pulak memecat Muhyiddin selaku TPM dan Shafie dari anggota kabinet !

Sumber
 
8a7f262ef29a034c1bdf3925b63abc4e.jpg

Mahkamah tolak saman misfeasans Mahathir ke atas Najib

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman misfeasans oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib, sebagai perdana menteri, bukan seorang penjawat awam dalam jawatan awam.

Beliau kemudiannya membenarkan permohonan Najib untuk menolak saman itu dan mengarahkan Dr Mahathir, bersama-sama dengan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin membayar kos sebanyak RM30,000.

Peguam Mahathir, Haniff Khatri Abdulla berkata mereka akan merayu keputusan itu.

Dengan keputusan hari ini, Dr Mahathir dan individu lain tidak lagi boleh menyaman Najib kerana beliau bukan seorang pegawai awam atau penjawat awam.

Hakim membuat keputusan itu di dalam kamar dan memutuskan untuk membatalkan saman berkenaan tanpa mendengar merit permohonan.

Abu Bakar berdasarkan keputusannya kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Interpretasi, di mana perdana menteri, menteri-menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik tidak dianggap sebagai pegawai awam tetapi hanya sebagai anggota pentadbiran.

Najib di wakili oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Pada 23 Mac tahun lalu, Dr Mahathir dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin, 41, selaku pihak plaintif, memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan salah laku.

Mereka memohon perisytiharan bahawa Najib melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam selaku perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno.

Sumber

af56940771c4f3504a35d70ecfffd1b7.jpg

'Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?'

Tun Dr Mahathir Mohamad bingung bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh menolak saman misfeasansnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata Dr Mahathir, kehairanan itu berpunca daripada keputusan berbeza dikenakan pada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berdepan tuduhan rasuah membabitkan ahli perniagaan Phang Li Koon.

"Saya tak tahu, tetapi dalam kes Guan Eng dia adalah penjawat awam. Jadi, kalau ketua menteri penjawat awam, perdana menteri (siapa), kuli?" kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini malam tadi.

Bekas perdana menteri itu diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman misfeasans bagi pegawai awam yang difailkan beliau dan dua yang lain terhadap Najib Razak.

Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib - sebagai perdana menteri - bukan pegawai awam dan dengan itu menolak saman tersebut.

Tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah yang berkaitan dengan tanah penukaran (daripada pertanian kepada perumahan), dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Pada 30 Jun tahun lalu, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.

Lim didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan penukaran tanah di Balik Pulau untuk Magnificent Emblem Sdn Bhd.

Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri majlis makan malam dan kutipan dana DAP Seputeh di Kuala Lumpur.

Lebih 500 orang hadir di majlis berkenaan.

Kehadiran Dr Mahathir pada majlis itu juga disambut meriah apabila komuniti Cina berasak-asak mahu merakam gambar masing-masing bersama pemimpin berusia 92 tahun itu.

Malah, seusai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memberikan kata-kata aluan, beliau sekali lagi disambut tepukan gemuruh sekali gus menyaksikan hadirin bangkit sambil memegang sepanduk "Kleptokrasi".

Sumber

Last edited:
Sponsored Post

reggae

Active Member
Joined
Feb 12, 2007
Messages
2,033
Reaction score
16
Points
25
Najib bukan penjawat awam, tp dia ialah bos kpd penjwat awam :D
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,496
Reaction score
741
Points
121
bukan penjawat awam abis tu apsal guna kemudahan untuk penjawat awam?
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Drama minggu ini... bukan penjawat awam. :D
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,583
Reaction score
2,870
Points
206
"saya yang menurut perintah" - bijan
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
539
Points
161
kuasa najib sebagai pm
melebihi kuasa dymmspbydpa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register