akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 57,187
Top Poster #10
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,187
- Reaction score
- 6,706
- Points
- 881
- Awards
- 1
Saudara mara kita joget nak IC set awok
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Wanita ni wanita indonesia....warganegara pulak indonesia.....ada anak lelaki.....anak dia katanya....tapi, tak boleh clarify suami.Mahkamah tolak rayuan wanita Indonesia mengenai kewarganegaraan anak
A view of the sea
- Foto hiasan
Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan seorang wanita Indonesia yang memohon deklarasi bahawa anak lelakinya yang kini sudah remaja adalah warganegara Malaysia.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Azhahari Kamal Ramli memutuskan bahawa wanita itu gagal membuktikan bahawa anaknya adalah seorang warganegara Malaysia mengikut Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu melalui aplikasi Zoom, Azizah berkata memandangkan terdapat keraguan mengenai identiti bapa kandung remaja tersebut, syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan gagal dipenuhi.
Beliau berkata lelaki yang disenaraikan sebagai bapa kandung pada sijil kelahiran remaja itu telah menafikan perkara tersebut semasa siasatan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Azizah berkata justeru itu, hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan apabila menolak permohonan wanita tersebut supaya anaknya diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.
Kes itu membabitkan seorang wanita Indonesia yang berkahwin dengan lelaki Malaysia pada tahun 2000 dan memiliki dua anak lelaki iaitu yang lahir pada 2004 serta 2010.
Kedua-duanya telah didaftarkan sebagai anak lelaki itu dan dikeluarkan sijil kelahiran. Bagaimanapun, mahkamah tidak mendedahkan identiti mereka.
Apabila anak kedua berumur 12 tahun, dia telah memohon kad pengenalan Malaysia (MyKad) namun kesnya telah dirujuk untuk siasatan lanjut selepas pihak berkuasa mendapati kanak-kanak tersebut tidak mempunyai sebarang persamaan fizikal dengan lelaki terbabit.
Semasa siasatan, lelaki terbabit mengaku bahawa remaja itu bukan anak kandungnya dan enggan melakukan ujian DNA yang menyebabkan sijil kelahiran dirampas manakala pengeluaran MyKad ditangguhkan kerana siasatan belum selesai.
Wanita itu kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi terhadap Ketua Pengarah JPN dan Kerajaan Malaysia memohon pengisytiharan bahawa anak lelakinya adalah warganegara Malaysia serta perintah untuk memaksa JPN mengembalikan sijil kelahiran selain mengeluarkan Mykad.
Pada 16 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula wanita itu yang menyebabkan beliau membawa perkara tersebut ke Mahkamah Rayuan.
Pada prosiding hari ini, wanita itu diwakili peguam A.Srimurugan dan J. Gunamalar manakala Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin hadir bagi pihak Ketua Pengarah JPN serta Kerajaan Malaysia.
Srimurugan memaklumkan Bernama bahawa perkara itu akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan di mana beliau akan memohon kebenaran untuk merayu.
Disiarkan pada: November 29, 2024 @ 7:16pm
Wanita ni wanita indonesia....warganegara pulak indonesia.....ada anak lelaki.....anak dia katanya....tapi, tak boleh clarify suami.
Anak ni sebenarnya masih ada harapan jadi warganegara.....balik la indonesia, buat DNA test di sana.....kalau DNA sama seperti si ibu, apply la jadi warganegara indonesia.
Apa yang susah sangat nak 'selecttt' warganegara ni.....nak jugak hadap benda susah daripada benda mudah..
Punyalah susah budak yang lahir sini nak dapat ic....Wanita ni wanita indonesia....warganegara pulak indonesia.....ada anak lelaki.....anak dia katanya....tapi, tak boleh clarify suami.
Anak ni sebenarnya masih ada harapan jadi warganegara.....balik la indonesia, buat DNA test di sana.....kalau DNA sama seperti si ibu, apply la jadi warganegara indonesia.
Apa yang susah sangat nak 'selecttt' warganegara ni.....nak jugak hadap benda susah daripada benda mudah..
Kerajaan dah pinda undang-undang.....kalau ibu warganegara Malaysia, anak boleh apply jadi warganegara Malaysia walaupun ayah orang Colombia.Punyalah susah budak yang lahir sini nak dapat ic....
Kalau dari tanah besar nak dapat warganegara kene DNA tak?
Ya.....tapi boleh ke mahkamah paksa buat DNA test tu? 1st time tahu...anak tu lahir kt malaysia.. ada surat beranak
bila dewasa nk tukar ke IC sangkut plak
bapak tak mengaku anak
muka anak tak sama mcm bapa Malaysia
memang red mark fraud la ni
Cara lain perempuan tu memang kene dpt perintah mahkamah paksa laki tu cek dna
Ya.....tapi boleh ke mahkamah paksa buat DNA test tu? 1st time tahu...
Mungkin, perempuan tu suka duduk di Malaysia la.....kalau anak jadi warganegara malaysia, dia tak perlu balik indonesia......boleh duduk sini sampai bila-bila......duduk di sini seronok tau....hehehehehehe.....entah.. maybe hak asasi anak tu.. keluar modal banyak tu perempuan tu.. lain mcm duit nye
Yang ni rasa cam kene tanya Mak ayah dia sekali diorg ni Parents sebenar or family angkat.Kalau kat tempat aku urus student ni pernah dah jumpa kes pelajar yg diragui status Bumiputra. Hantar student tu pergi Jabatan Pendaftaran Negara, ambik info dalam cip yg ada pada IC pelajar. Dekat situ nanti keluar maklumat ibu, Tidak Diketahui, bapa pun sama, Tidak diketahui. Terpaksalah berhenti.
Belajar sekolah rendah dan menengah boleh lepas lagi. Ramai orang luar yang nakkan status Warganegara, lebih-lebih lagi status Bumiputra.
Yang ni rasa cam kene tanya Mak ayah dia sekali diorg ni Parents sebenar or family angkat.
Mungkin Dia lahir Kat mana2 tanpa dokumen dan masa bayi dijaga Kat rumah kebajikan. Dan ad family yg nak jaga Baby tu sampai dia bersekolah.
Kalau Mak ayah tak de maklumat tu pelik, Alien sahaja yg tak ad pengenalan diri.
Kalau PATI pun akan ad dokumen diri dari negara asal.
Benda ni byk berlaku Kat area sabah dan Sarawak Kat Semenanjung ni pun ad. bese JPN akan detect dari sijil lahir nya maklumat.