Mahkamah tolak rayuan Perkeso, balu berhak terima pencen penakat

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,937
Reaction score
1,494
Points
151
Mahkamah tolak rayuan Perkeso, balu berhak terima pencen penakat
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pencen penakat.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan Pengerusi Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial Pekerja (SSAB) yang memutuskan seorang balu - yang perkahwinannya tidak diiktiraf di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 - berhak menerima Pencen Penakat.

Panel hakim Lau Bee Lan, Abu Bakar Jais dan Gunalan Muniandy sebulat suara menolak rayuan ketua pengarah Perkeso. Kata mereka tiada merit dalam rayuan yang dibuat oleh pegawai kanan kerajaan berkenaan.

Mahkamah turut mengarahkan Perkeso membayar kos sebanyak RM5,000 kepada responden.

Balu terbabit, Lam Kun Tai, berkahwin dengan seorang penyelia, Leow Teng Song, mengikut adat perkahwinan Cina pada 1991. Hasil perkahwinan selama 24 tahun itu, mereka mempunyai empat orang anak - seorang lelaki dan tiga perempuan.

Lam berhujah dia telah mengemukakan bukti upacara perkahwinannya berlangsung di Kuil Kowchow Sin Thye Foo Yan di Kepong dan di rumah nenek suaminya di Sekincan, Selangor.

Selepas Leow meninggal dunia pada 16 Nov 2014, dia dan anak-anaknya membuat tuntutan bagi pencen penakat mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja (ESSA) 1969.

Perkeso enggan membuat apa-apa bayaran pencen penakat kepada Lam kerana mendakwa dia bukan balu mengikut ESSA kerana perkahwinannya tidak pernah didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Bagaimanapun, Perkeso meluluskan tuntutan yang dibuat oleh anak-anak pasangan terbabit dan pencen penakat dibayar kepada mereka.

Susulan itu Lam membuat permohonan di SSAB dan jemaah itu membuat keputusan bahawa Lam berhak terima pencen penakat.

Bagaimanapun, Perkeso membuat rayuan di mahkamah tinggi untuk mengetepikan keputusan SSAB.

Pada 16 Mei 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Su Geok Yiam menolak permohonan Perkeso dengan memberitahu agensi itu tiada merit untuk membuat rayuan.

Peguam dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Kuala Lumpur, G Manimegalai, yang mewakili Lam berkata keputusan hari ini merupakan satu detik bersejarah.

"Kes Lam adalah keputusan penting yang telah menjadi duluan untuk kes-kes yang serupa pada masa hadapan.

"ESSA ialah undang-undang sosial dan konsep keselamatan sosial yang harus berdasarkan kemanusiaan dan keadilan sosial serta diberikan pendekatan yang fleksibel dengan tafsiran liberal agar sesuai dengan konsep keselamatan sosial moden.

"Ia tidak seharusnya terlalu terhad dalam skopnya di mana tafsiran diperlukan," katanya kepada Malaysiakini.

Selain Manimegalai, Lam turut diwakili K Kamales manakala Ratha Govindasamy dan Diba Natalia Ishak bertindak sebagai peguam Perkeso.
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,965
Reaction score
869
Points
121
Lepas nie kawin kt Thailand pun boleh tuntut la, satu lg kawin kampung horey
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,937
Reaction score
1,494
Points
151
Spesel kes utk mereka
mungkin agama ajar mereka takyah register kot :p
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,902
Reaction score
83
Points
80
special case masa dulu kahwin manada daftar.. ikut adat saja..
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,937
Reaction score
1,494
Points
151
Hakim pun bangsa dia
Takpe laa halal maaa
no issue la :D
Asalkan bukan dap hahah

1601474928106.jpeg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register