Mahkamah tolak permohonan Anwar ketepi saman pengampunan diraja

CG Sponsors




fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
1,946
Reaction score
195
Points
43
x masuk balik penjara tapi sbg bekas banduan, akan dibanned 5 tahun dari bertanding dlm PRU..
sbb dilepaskan tahun 2018, tahun 2023 baru bole bertanding balik..
ooo macam tu, ingatkan masuk balik penjara, selesaikan baki hukuman yang masih ada. pastu baru bebas.
 
Sponsored Post

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,092
Reaction score
217
Points
83
mungkin sebab ni lah anwar kena jadi pm secepat mungkin, bila dah jadi pm in power boleh lah gugurkan kes saman ini,
dan juga gugurkan kes lge dan zahid sekali :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,120
Reaction score
2,088
Points
191
Bijak jgk persoal lembaga pengampunan..
Dimana siapakah yg menjadi ahlinya ?
 

faizk

Super Active Member
Joined
May 31, 2010
Messages
7,575
Reaction score
37
Points
70
penuh liku betul bang non nk capai jd PM nih.. hrp2 adelah pengarah buat drama bersiri ke pilem ke utk di kenang oleh cicit piut kt nti
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
1602666661750.png


Kes saman pengampunan: Mahkamah Rayuan dengar permohonan Anwar Jan 2021
Diterbitkan Hari ini 5:04 pm


Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula seorang peguam berhubung pengampunan penuh yang diberikan kepada beliau bagi sabitan dan hukuman penjara dalam kes meliwat pembantunya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Jan tahun depan.

Peguamnya, J Leela berkata tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Noridah Adam yang dikendalikan secara dalam talian menerusi sistem e-Review hari ini.
"Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar bersama-sama rayuan Lembaga Pengampunan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Plaintif, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz diwakili peguam Mohamad Farhan Kamarudin.

Pada 21 Sept, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir menolak presiden PKR itu dan permohonan serupa daripada Lembaga Pengampunan selepas memutuskan bahawa, antara lain, plaintif mempunyai locus standi untuk memulakan saman tersebut kerana beliau adalah orang awam dan orang yang berkelayakan sebagai peguam.

Ahli parlimen Port Dickson itu telah memfailkan permohonan tersebut pada 13 Mei lepas atas alasan bahawa, antara lain, Khairul Azam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula dan ia adalah remeh, memalukan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Mohd Khairul Azam, menerusi firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates, telah menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam saman pemulanya yang difailkan pada 26 Feb tahun ini.

Peguam itu mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bercanggah dengan Perkara 42 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan fakta bahawa pengampunan yang diperkenan oleh Agong hendaklah atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Mohd Khairul Azam mendakwa lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan pembentukan kerajaan baru.

Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.

Anwar telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015.
- Bernama

 
Sponsored Post
Top
Log in Register