Mahkamah tolak permohonan Anwar ketepi saman pengampunan diraja

CG Sponsors




Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,904
Reaction score
83
Points
80
kalau dia masuk dalam.. adakah akan sama penjara dgn najib?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,578
Reaction score
10,834
Points
1,896
Jika saya menang, Anwar mungkin hilang kerusi PD – Mohd Khairul

24 September 2020

MGF220120_SIDANG-MEDIA-PERKASA01-681x454.jpg

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana beliau akan berdepan dengan keputusan mahkamah berhubung kes Lembaga Pengampunan.
Itu dinyatakan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang memfailkan saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Presiden PKR itu bagi mencabar nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pihak lembaga berkenaan pada 16 Mei 2018.


Menurutnya, sungguh pun Anwar tidak akan kembali ke penjara sekiranya kalah dalam kes itu tetapi beliau kemungkinan hilang kerusi Parlimen Port Dickson yang disandangnya.
“Apa akan jadi jika saya menang dalam saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Anwar Ibrahim ini? Adakah Anwar akan masuk penjara kembali (semula)? Jawapannya, tidak.

“Tetapi, Anwar akan hilang kerusi Parlimen Port Dickson secara serta merta dan beliau tidak dapat bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. Itu sahaja,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Anwar diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 2018 selepas dijanjikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membentuk kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) selepas menang PRU- 14.

Anwar yang ketika itu berada di Hospital Rehabilitasi Cheras dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 1,557 hari atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Bagaimanapun, Mohd Khairul Azam mendakwa pengampunan penuh itu bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Dakwanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna selepas pembentukan kerajaan baharu PH dan adalah mustahil bagi Lembaga Pengampunan dapat bersidang memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan pengampunan kepada Anwar.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan rayuan pengampunan Anwar, menyebabkan nasihat diberikan tidak sah dan terbatal.

Namun, pada 21 September lalu, Anwar dan Lembaga Pengampunan gagal membatalkan saman dikemukakan Mohd Khairul Azam yang mencabar kesahan pengampunan penuh diberikan kepadanya, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati Mohd Khairul Azam sebagai seorang awam dan peguam, mempunyai hak di sisi undang-undang atau locus standi untuk memfailkan saman berkenaan. – MalaysiaGazette

 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,453
Reaction score
305
Points
131
x abis2 kene game..
munkin keputusannya sudah diketahui cuma jalan cerita shj yg akan dicoretkan di kemudian hari..
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,575
Reaction score
176
Points
43
teruk sungguh azab bangnon kat dunia ni... apa la yang dia buat smpai macam ni kene uji... bertabah la bang non...
 

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
1,946
Reaction score
195
Points
43
kalau salah, masuk balik penjara, hilang kerusi pd, dah keluar penjara kene tunggu 2 tahun lak lagi, baru boleh bertanding semula.

padan bang non tergopoh gopoh nak buat sidang media, nak jadi pm. i have numbers kata beliau
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,453
Reaction score
305
Points
131
kalau salah, masuk balik penjara, hilang kerusi pd, dah keluar penjara kene tunggu 2 tahun lak lagi, baru boleh bertanding semula.

padan bang non tergopoh gopoh nak buat sidang media, nak jadi pm. i have numbers kata beliau
x masuk balik penjara tapi sbg bekas banduan, akan dibanned 5 tahun dari bertanding dlm PRU..
sbb dilepaskan tahun 2018, tahun 2023 baru bole bertanding balik..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register