Mahkamah tolak permohonan Anwar ketepi saman pengampunan diraja

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,722
Reaction score
10,847
Points
1,906
Mahkamah tolak permohonan Anwar ketepi saman pengampunan diraja

21 September 2020

MGF20092020_DSAI-DUN-API-API08-681x454.jpg

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan saman seorang peguam berhubung pengampunan diraja terhadapnya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Keputusan untuk menolak permohonan Presiden PKR itu dibuat Hakim Akhtar Tahir dalam prosiding terbuka pagi ini.


Pada 26 Februari lalu, peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Anwar bagi mencabar nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pihak lembaga itu pada 16 Mei 2018.
Mohd Khairul Azam mempersoalkan komposisi Lembaga Pengampunan ketika itu yang didakwa ditubuhkan secara salah dan tidak menepati keperluan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Pada 2 Jun lalu, Anwar memfailkan permohonan untuk membatalkan saman peguam Mohd Khairul Azam.
Ahli Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan itu pada 13 Mei lalu antara lain atas alasan Khairul Azam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman itu, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 16 Mei 2018, Anwar dibebaskan serta-merta selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.
Anwar sebelum itu menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya.

Pada prosiding terbuka 14 Ogos lalu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mohd Khairul Azam memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bahawa Lembaga Pengampunan telah memberikan nasihat yang salah dalam pengampunan diraja kes liwat Anwar. – MalaysiaGazette


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,722
Reaction score
10,847
Points
1,906
Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

September 21, 2020 11:39 AM

FMT-ANWAR-IBRAHIM-200819-2.jpg

Pengampunan Anwar Ibrahim pada 2018 dicabar peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang menyatakan ia tidak menepati keperluan undang-undang.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan mahkamah yang dikemukakan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhubung pengampunan Anwar pada 2018.

Dalam tuntutannya, Khairul meminta pengisytiharan pengampunan yang diberikan kepada Anwar tidak menepati keperluan undang-undang, kerana Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan tidak dibentuk sesuai dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Akhtar Tahir memutuskan ia bukan kes yang jelas untuk ditolak secara ringkas dengan membatalkan permohonan bawah Peraturan Mahkamah.

 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,109
Reaction score
115
Points
43
Pada 26 Februari lalu, peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Anwar bagi mencabar nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pihak lembaga itu pada 16 Mei 2018.
saman Lembaga Pengampunan tu
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,919
Reaction score
420
Points
91
bakal check in balik ke ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,722
Reaction score
10,847
Points
1,906
bakal check in balik ke ni
tn apoeki, kita tengok terlebih dulu Bicara permohonan saman Khairul Azam dan Haniff Khatri ni. tengok bagaimana keputusannya. ada can isu ni akan meleret ke beberapa peringkat rayuan.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,722
Reaction score
10,847
Points
1,906
Haniff Khatri

46m ·

Siri : 2287
CABARAN MAHKAMAH TERHADAP PENGAMPUNAN SABITAN ANWAR IBRAHIM OLEH YDPA MELALUI NASIHAT LEMBAGA PENGAMPUNAN !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada 26.02.2020 . MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ seorang Peguam dan Rakyat Malaysia telah mencabar di MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR melalui Peguamcaranya Raja, Reza & Associates, akan kesahihan Pengampunan YDPA 16.05.2018 yang diberikan melalui nasihat Lembaga Pengampunan kepada DS ANWAR IBRAHIM berhubung SABITAN dan HUKUMAN berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 377B KANUN KESEKSAAN, iaitu Jenayah persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

2. Pada 14.08.2020, PERMOHONAN kedua-dua Defendan, iaitu LEMBAGA PENGAMPUNAN WILAYAH PERSEKUTUAN dan DS ANWAR IBRAHI untuk membatalkan tindakan MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ itu, telah ditetapkan untuk BICARA di MAHKAMAH TINGI KUALA LUMPUR, dan HUJAH kesemua pihak telah didengar oleh HAKIM MAHKAMAH berkenaan.

3. Saya telah diantik sebagai Kaunsel untuk berhujah bagi pihak Peguamcara Raja, Reza & Associates yang mewakili MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ itu.

4. Pada hari ini, Isnin, 21.09.2020 MAHKAMAH TINGI KUALA LUMPUR telah memberikan KEPUTUSAN untuk menolak PERMOHONAN kedua-dua Defendan untuk membatalkan tindakan ini, dan telah juga tetapkan tindakan ini untuk BICARA PENUH dengan panggilan Saksi-Saksi dan penampilan keterangan pada 24.03.2021 hingga 26.03.2021 kelak.

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN !!!


(Sila lihat : Siri 1498 & 2252) - DS Anwar Ibrahim

 
  • Like
Reactions: TT

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,109
Reaction score
115
Points
43
ade harapan ke dalam balik le tu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register