eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, di sini untuk menangguhkan tindakan meroboh rumah mereka.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hue Siew Kheng dan didengar peguam yang mewakili penduduk terbabit, Hassan Abdul Karim, serta Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Johor, Matthew George, dan peguam pemaju Bukit Lenang Development Sdn Bhd, Matthew Thomas Philip.
Hue bagaimanapun menerima permohonan Hassan supaya membenarkan kerja meroboh rumah penduduk dilakukan dalam tempoh sehingga 31 Disember depan, sehingga penempatan transit yang disediakan kerajaan siap.
Hassan, yang ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata kebenaran membolehkan 291 rumah itu diroboh dalam tempoh sehingga 31 Disember dibuat bagi membolehkan rumah transit yang ditawarkan kepada penduduk oleh agensi perumahan negara dapat disiapkan sebelum penduduk boleh berpindah.
Beliau berkata perkara itu dipersetujui peguam pemaju dengan syarat penduduk membuat akuan janji kepada pemaju bahawa penduduk akan meroboh rumah mereka sendiri dalam tempoh sehingga 31 Disember depan.
Katanya kumpulan pertama membabitkan 16 penduduk hari ini bersetuju dengan syarat berkenaan dan membuat akuan janji di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah untuk direkodkan.
Tak dapat nak aku bayangkan perasaan mereka semasa tandatangan AKU JANJI tersebut yang tertera AKAN MEROBOHKAN RUMAH MEREKA SENDIRI
Mana dia peminpin yang selalu melaungkan slogan TRADISI MEMBELA(SAH) RAKYAT