Mahkamah Tinggi akan dengar permohonan untuk dakwa TGHH dengan menghasut

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,138
Reaction score
12,103
Points
1,906
Hadi mohon batal saman kenyataan didakwa hasut penganut Kristian
Bernama
-
January 29, 2021 7:34 PM
570Shares
facebook sharing button
547
twitter sharing button
18
whatsapp sharing button

email sharing button

ABDUL-HADI-AWANG-PRESIDENT-PAS-FMT-161119-3.jpg

Kenyataan Abdul Hadi Awang itu diterbitkan sebuah akhbar lima tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Abdul Hadi Awang memohon membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah yang dikemukakan terhadapnya berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghasut penganut agama berkenaan.
Kenyataan presiden PAS itu diterbitkan sebuah akhbar lima tahun lalu.

Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan Hadi selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid semalam.
Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Hadi berkata, mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan berkenaan.

“Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini. Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian.

Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama serta kedua atas alasan saman itu tiada kausa tindakan munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Kedua-dua plaintif memfailkan saman pemula terhadap Hadi pada 9 Dis tahun lalu, antara lain memohon pengisytiharan bahawa presiden PAS itu melakukan tindakan hasutan yang bertentangan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948.


Mereka juga menuntut pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, termasuk jawatan yang setara dengan jawatan menteri.

Saman itu difailkan atas alasan Hadi mengeluarkan satu penyataan menghasut penganut atau mubaligh Kristian yang diterbitkan sebuah akhbar pada 18 Jan 2016 dan kemudiannya dilaporkan sebuah portal pada hari sama.

 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,487
Reaction score
2,008
Points
201
Saman la balik org kristian
Depa kan ckp isa tu anak tuhan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,138
Reaction score
12,103
Points
1,906
Saman la balik org kristian
Depa kan ckp isa tu anak tuhan
apa benda la tn akudotcom ni, kena faham basic rule dl saman menyaman
TGHH mohon batal saman ni sebab org tu (Plaintif) menyaman dia
dlm saman menyaman, Defendan berhak buat application utk batalkan saman Plaintif tu atas hujah hujah tertentu

dlm hal ni, semua Defendan ada pilihan utk strike off saman Plaintif, bukan hanya PAS sahaja, malah PH pun buat. bukan hanya terhad pada org Islam sahaja yg boleh strike of saman Plaintif, org Kristian non muslim pun buat
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,487
Reaction score
2,008
Points
201
apa benda la tn akudotcom ni, kena faham basic rule dl saman menyaman
TGHH mohon batal saman ni sebab org tu (Plaintif) menyaman dia
dlm saman menyaman, Defendan berhak buat application utk batalkan saman Plaintif tu atas hujah hujah tertentu

dlm hal ni, semua Defendan ada pilihan utk strike off saman Plaintif, bukan hanya PAS sahaja, malah PH pun buat. bukan hanya terhad pada org Islam sahaja yg boleh strike of saman Plaintif, org Kristian non muslim pun buat
sbb tu sy kata
Peguam2 melayu saman la balik org kristian
Sbb mengaku isa tu anak tuhan

Yg depa dok sebok saman agong, abah
Ini soal agama kita
Maruah org islam

jgn takut..kita lawannn
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,138
Reaction score
12,103
Points
1,906
sbb tu sy kata
Peguam2 melayu saman la balik org kristian
Sbb mengaku isa tu anak tuhan

Yg depa dok sebok saman agong, abah
Ini soal agama kita
Maruah org islam

jgn takut..kita lawannn
kebebasan beragama sebagaimana diperuntukkan dlm perlembagaan
dah yg tu org kristian percaya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register