- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 76,139
- Reaction score
- 12,103
- Points
- 1,906
tn GamezStar, saya sedang cari ucapan TGHH tu, setakat ni belum jumpa yg real complete dari TGHH sendiriape ayat hasutan tu @cek mek molek
tn GamezStar, saya sedang cari ucapan TGHH tu, setakat ni belum jumpa yg real complete dari TGHH sendiriape ayat hasutan tu @cek mek molek
aah ye tn nokia, cuma saya dapat jumpa statement yg dikomen oleh ahli politik MCA, barisan keagamaan Kristian.lau statement 6 tahun lalu, berkisar tentang 'mubaligh Kristian guna wang dan bantuan untuk tukar agama masyarakat di Sabah dan Sarawak.'
bila dia kata ..jangan suka sebar fitnah..Hina agama kristian ni
Injil terpesong katanya
ape ayat hasutan tu @cek mek molek
tn GamezStar dan tn TXT yg kedua duanya saya hormati, saya ada sertakan beberapa keratan akhbar yg ceritakan mengenai komen ahli politik MCA dan barisan keagamaan Kristian pasal statement TGHH, namun saya takde full complete script dari TGHH di Harakah tuMana statement TGHH tu mek
Masih belum jumpa lagi kenyataan asal TGHH ni mekA.
Guna wang pengaruh tukar agama, dakwaan Abdul Hadi disangkal
Astro Awani
Januari 23, 2016 14:10 MYT
![]()
DUSING: Objektif kenyataan Abdul Hadi adalah untuk menyalakan sektarianisme agama, selain mewujudkan perselisihan dan kebencian di kalangan rakyat di negara ini.
Majlis Gereja-gereja Sabah menyangkal kenyataan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan mubaligh Kristian menggunakan wang dan bantuan sampingan lain untuk mempengaruhi orang Islam untuk menukar agama.
Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah, Rev. Datuk Jerry WA Dusing dalam satu kenyataan kepada media memberitahu, pihaknya kecewa dengan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai gambaran kejahilan Abdul Hadi terhadap agama Kristian dan penganutnya.
Katanya, mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak melakukan pelbagai kerja-kerja kebajikan demi menyumbang kepada pembangunan bangsa.
"Setiap pekerjaan yang dilakukan adalah telus dan difokuskan kepada tiga lapangan utama, iaitu gereja, hospital dan sekolah. Ketiga-tiganya telah terbukti berjaya tanpa sebarang laporan sogokan demi mempengaruhi penganut agama lain untuk menukar agama," katanya.
Katanya, di Sarawak, usaha mubaligh menjadi perintis kepada penerokaan kawasan-kawasan terpencil, yang telah berjaya membawa kesedaran penjagaan kesihatan dan pendidikan dan ia sedikit sebanyak menyumbang kepada kelangsungan hidup masyarakat di kawasan terbabit.
Kata Dusing, salah satu ciri utama dalam agama Kristian adalah kebebasan, dan mereka percaya pemilihan agama adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Menipu dan mendesak menggunakan sogokan adalah satu dosa mengikut kepercayaan mereka.
Ini kerana perkara sedemikian, menurut Dusing, adalah melanggar prinsip agama Kristian.
Tambah Dusing lagi, objektif kenyataan tersebut dengan jelas adalah untuk menyalakan sektarianisme agama, selain mewujudkan perselisihan dan kebencian di kalangan rakyat di negara ini.
Dusing juga meluahkan harapannya agar rakyat Malaysia terus berusaha untuk membina satu bangsa yang aman dan bertoleransi serta mengelakkan daripada perasaan syak wasangka antara satu sama lain.
Dalam laporan Harakah Daily pada 18 Jan lalu, Abdul Hadi berkata bahawa mubaligh Kristian, terutama di Sabah dan Sarawak, berdakwah dengan menggunakan wang dan menawarkan pelbagai bantuan, sekaligus memudahkan penganut agama lain terpengaruh untuk menukar agama mereka.
B.
Kumpulan Kristian Sabah kecam kenyataan Hadi mengenai mubaligh
Published: 20 January 2016 11:15 AM
View attachment 332533Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikecam kerana mengeluarkan kenyataan terhadap mubaligh Kristian dengan mengatakan menyasarkan penduduk pedalaman di Sabah untuk menyebarkan ajaran agama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2016.Kumpulan Kristian Sabah, Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) mengecam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengeluarkan kenyataan terhadap mubaligh Kristian, dengan berkata kumpulan dakwah Islam yang mengumpan sasaran mereka dengan wang dan bantuan lain.
Pengerusi PAN Pastor Esther Golingi berkata pendakwah Islam dari Semenanjung diketahui sering masuk ke kawasan pedalaman Sabah seperti di Pensiangan, Pitas dan Ranau, menawarkan wang tunai dan insentif lain kepada penduduk tempatan untuk memeluk Islam.
“Hanya selepas pembentukan Malaysia, orang Sabah mengalami keadaan diberi tawaran berbentuk dorongan dan rasuah untuk masuk Islam.
“Islamisasi dari Malaysia Barat yang menjalar ke Sabah sangat jelas,” katanya.
Katanya, ada kes di mana individu menukar agama berdasarkan kepada janji yang ditawarkan tapi gagal melihat ia ditunaikan.
“Penukaran agama individu masuk atau keluar mana-mana agama perlu dibuat secara sukarela tanpa dorongan, rasuah atau tipu daya.
“Taktik pertukaran agama ini sudah dibangkitkan banyak kali tetapi aduan kami tidak didengar.
“Malahan, kumpulan dakwah berkenaan mengukuhkan lagi operasi mereka di sini. Apa yang kerajaan tempatan kita buat mengenai perkara ini?,” katanya.
Easther mempersoalkan identiti yang mendanai kumpulan dakwah berkenaan dan jika ada sumbernya daripada wang pembayar cukai dalam bentuk peruntukan tahunan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau mendakwa guru dari Malaysia Barat yang dihantar mengajar di sekolah kerajaan di Sabah didapati berulang kali memujuk murid dengan ajaran Islam dalam bilik darjah dan asrama.
“Buku sejarah anak kami hanya ada sedikit mengenai sejarah Sabah.
“Buku teks dan soalan peperiksaan didapati menggambarkan keagungan Islam dan parti politik tertentu.
“Amalan Islamisasi yang berasal dari Malaysia Barat sangat jelas dan ketara,” katanya, menambah ibu bapa tidak membiarkan indoktrinasi agama anak mereka,” katanya.
Beliau juga memberi amaran kepada Hadi supaya melihat dulu kenyataannya sebelum mengata mengenai Kristian.
Hadi mendakwa mubaligh Kristian datang meneruskan kerja mereka ke Malaysia hanya selepas gagal di Barat.
“Kristian sudah tidak laku di negara di mana tahap pendidikan tinggi seperti Jerman, Perancis, Britain dan negara Eropah lain,” kata Hadi dalam artikel disiarkan di Harakah, lidah rasmi PAS.
“Mereka juga membawa ajaran itu ke kawasan pedalaman negara kita seperti Sabah dan Sarawak.
“Mereka sebarkan agama bukan menggunakan pengetahuan dan hujah berasas, tetapi dengan mengumpan sasaran dengan wang dan bentuk bantuan lain. Orang yang dihimpit kesukaran hidup akan mudah menerima bantuan mereka, dan akhirnya terpengaruh,” katanya.
Pemimpin MCA termasuk presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan naib presiden Datin Paduka Chew Mei Fun dilaporkan mengutuk kenyataan Hadi kerana dilihat memprovokasi Kristian, mewujudkan rasa tidak percaya dan konflik dalam negara.
“Kenyataan Hadi menunjukkan pemikirannya sempit dan konservatif serta jahil terhadap keperluan bersatu dalam perbezaan rakyat Malaysia,” kata Liow dipetik sebagai berkata semalam.
Chew dipetik portal Malaysiakini sebagai berkata kerajaan PAS Kelantan menawarkan RM10,000 kepada setiap pendakwah Islam yang berkahwin dengan Orang Asli dan menukarkan agama mereka kepada Islam.
Negeri itu juga memperuntukkan pendakwah Islam dengan tempat tinggal percuma, kenderaan pacuan 4 roda dan elaun tetap RM1,000, katanya dipetik berkata. – 20 Januari, 2016.
![]()
Kumpulan Kristian Sabah kecam kenyataan Hadi mengenai mubaligh - The Malaysian Insider
Kumpulan Kristian Sabah, Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) mengecam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengeluarkan kenyataan terhadap mubaligh…www.theinsiderarchived.com
C.
Parti Amanah Negara Parlimen Larut
23 Januari 2016 ·
Biskop Gereja Anglican Kuching di Sarawak hari ini turut menyertai kekecohan yang timbul berikutan kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap mubaligh Kristian di Sarawak dan Sabah.
Datuk Bolly Lapok, yang juga ketua biskop Gereja Anglican di Asia Tenggara berkata, presiden parti Islam itu seorang yang "loose cannon" (seorang yang tidak dapat dijangka dan mungkin menimbulkan masalah)" dan “no substance" (tiada kredibiliti).
Beliau juga katanya, tidak berhak bercakap mengenai penganut Kristian dan peribumi Sarawak, kaum Dayak, dalam cara yang menghina.
"Dengan rasa hormat kepada beliau sebagai seorang pemimpin politik, Hadi (perlu) meletakkan semua kata-kata kutukan beliau dalam bakul dan membuangnya ke dalam sungai kami di Sarawak.
"Beliau sengaja menimbulkan masalah," kata Bolly berhubung kenyataan Hadi baru-baru ini yang mubaligh Kristian menyebarkan ajaran mereka di Afrika, Sabah dan Sarawak selepas ditolak di Barat.
Kenyataan Hadi diterbitkan dalam lidah rasmi PAS, Harakah.
"Saya tidak tahu apa jenis buku yang beliau baca, apa sumber yang diambilnya atau atas dasar apa beliau membuat pemerhatian begitu.
"Beliau seorang yang tiada kredibiliti dan tidak berhak bercakap mengenai Kristian atau masyarakat Dayak di Sarawak," kata Bolly dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider.
Hadi sebelum ini berkata: "Kristian sudah tidak laku di negara di mana tahap pendidikan tinggi seperti Jerman, Perancis, Britain dan negara Eropah lain. Mereka juga membawa ajaran itu ke kawasan pedalaman negara kita seperti Sabah dan Sarawak."
Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia itu juga mendakwa, mubaligh Kristian menggunakan cara tidak bermoral untuk menyebarkan kepercayaan mereka, seperti memberi wang dan insentif lain.
Bolly hari ini membidas kenyataan itu dan berkata, sejarah Sarawak menunjukkan penganut Kristian di negeri ini, yang majoritinya adalah Dayak, tidak akan bersetuju mereka dieksploitasi.
"Manusia tidak sempurna, tetapi menidakkan semua gerakan mubaligh dengan anggapan ia ditolak di Eropah adalah sombong dan berniat tidak baik," kata Bolly.
Kristian direkodkan datang ke Sarawak pada 1930 melalui mubaligh.
Bolly, yang juga pengerusi Majlis Gereja-Gereja Malaysia, berkata beliau mendengar mengenai ucapan Hadi Rabu lalu apabila tiba di tanah air selepas menghadiri mesyuarat Primates of the Anglican Communion di Canterbury, England.
Pada mesyuarat itu, sarjana Anglican baru sahaja membincangkan isu kesederhanaan dan ancaman kepada tamadun yang ditimbulkan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Beliau berkata, kerajaan negara-negara Islam juga meminta bantuan untuk melawan ancaman Isis.
"Kita diseru supaya berjuang bersama menentang perkara yang salah. Mengecewakan apabila tiba di tanah air, ini yang saya dengar," kata Bolly.
Sementara itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi menyifatkan kenyataan Hadi terhadap mubaligh Kristian sebagai sangat tidak sensitif.
Bekas pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak itu berkata, kritikan tidak berasas itu tidak sepatutnya dikeluarkan dalam negara berbilang kaum dan agama.
"Amanah Sarawak menolak sebarang usaha memperkecilkan agama lain," katanya. – 22 Januari, 2016.
Log masuk ke Facebook
Log masuk ke Facebook untuk mula berkongsi dan berhubung dengan rakan anda, keluarga dan orang yang anda kenali.www.facebook.com
D.
Kenyataan Hadi berkaitan Kristian isu menjelang p'raya?
Diterbitkan 1 Feb 2016, 3:23 pm
Dikemaskini 1 Feb 2016, 3:27 pm
Kenyataan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang bahawa hanya golongan tidak berpendidikan memeluk Kristian di Borneo didakwa dimainkan memandangkan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tidak lama lagi.
“Kita pun dah semak perkara ini. Isu ini memang disengajakan menjelang pilihan raya ini.
“Tetapi rakyat umum sebenarnya tak tahu pun (perkara sebenar),” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, biarpun sudah diperjelaskan, isu itu masih berjaya menyakitkan hati orang Kristian di Sarawak.
Sebelum ini Hadi dipetik oleh akhbar rasmi PAS Harakah sebagai berkata mubaligh Kristian menyebarkan ajaran itu di Afrika dan Borneo kerana penduduk berpendidikan di barat menolak agama itu.
Beliau berkata, pendakwah menggunakan wang dan dorongan lain untuk menarik orang ramai kepada agama Kristian.
Majlis Gereja Malaysia membidas kenyataan itu dan berkata Hadi mengabaikan hakikat bahawa perkara sama dilakukan institusi Islam yang memberi insentif dalam usaha dakwah.
Menjawab soalan dalam sidang media di Kuala Lumpur, Tuan Ibrahim (gambar ) menjelaskan kenyataan Hadi ketika menyampaikan kuliah dibuat sepintas lalu mengenai senario seluruh dunia mengenai agama Kristian.
“(Ia) bukan khusus dalam ceramah dan sebagainya.
“Dan apa yang beliau sebut ialah tentang realiti senario yang berlaku dalam perkembangan di seluruh dunia,” katanya.
Beliau menegaskan kenyataan itu bukan penghinaan kepada ajaran Kristian dan bukan isu besar.
Kenyataan Hadi berkaitan Kristian isu menjelang p'raya?
“Kita pun dah semak perkara ini. Isu ini memang disengajakan menjelang pilihan raya ini."www.malaysiakini.com
E.
MCA Bidas Kenyataan Hadi Isu ‘Meniaga’ Agama
JANUARY 19, 2016
View attachment 332534
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang yang dilaporkan berkata mubaligh Kristian kini menyasarkan penyebaran agama di Afrika yang mana masyarakat di Negara itu dikatakan masih kurang berpendidikan dan bertamadun, begitu juga di Sabah dan Sarawak.
Hadi turut dilaporkan berkata, ini kerana mubaligh Kristian telah ditolak di Eropah kerana Kristian bukan lagi mudah untuk dijual di Negara-negara yang mempunyai penduduk yang mempunyai tahap pelajaran yang tinggi.
Chew berkata, Abdul Hadi juga ‘meniaga’ Islam susulan daripada kenyataan Presiden PAS itu yang berkata bahawa mubaligh Kristian mengumpan sasaran mereka dalam bentuk wang tunai dan pelbagai bantuan lain.
Mengulas lanjut, Chew berkata PAS Kelantan sendiri turut menawarkan insentif kerajaan kepada setiap mualaf yang baru memeluk Islam.
Katanya, kerajaan PAS Kelantan menawarkan RM10,000 kepada setiap pendakwah Islam yang berkahwin dengan orang asli dan menarik minat orang bukan Islam memasuki agama Islam.
Dakwa Chew lagi, selain itu, kerajaan negeri juga turut menyediakan pendakwah Islam dengan penginapan percuma, kenderaan pacuan empat roda dan elaun tetap sebanyak RM1,000.
“Adakah kerajaan pimpinan PAS Kelantan tidak sama salah seperti tuduhan yang mereka nampak terhadap orang Kristian?” soalnya.
Berikutan itu, Chew kini mempersoalkan keikhlasan kerajaan Kelantan dalam mengembangkan Islam dan menjelaskan bahawa kaedah itu boleh disamaertikan sebagai mengambil kesempatan ke atas kaum pribumi di Negara ini.
Tambah Chew lagi, keikhlasan pendakwah juga turut dipersoalkan dalam menyebarkan agama berikutan pendakwah lebih tertarik kepada insentif yang ditawarkan oleh kerajaan Kelantan.
Beliau bagaimanapun dengan tegas berkata, MCA tidak mempersoalkan kepercayaan mualaf yang memeluk Islam mahupun agama itu sendiri.
Tegasnya, MCA kini hanya mahukan PAS memantulkan tindakan-tindakannya sendiri sebelum cuba menyemai syak wasangka terhadap komuniti Kristian melalui dakwaan tanpa bukti.
![]()
MCA Bidas Kenyataan Hadi Isu ‘Meniaga’ Agama
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang yang dilaporkan berkata mubaligh Kristian kini menyasarkan penyebaran agama di Afrika yang mana masyarakat di Negara itu dikatakan masih kurang berpendidikan dan bertamadun, begitu...peraktoday.com.my
F.
Penduduk tak berpendidikan peluk Kristian, Majlis Gereja Malaysia bidas Hadi
20 Jan 2016, 6:19 petang 20 Jan 2016, 6:22 petang
Majlis Gereja Malaysia membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa hanya mereka yang tidak berpendidikan memeluk agama Kristian.
"Hadi nampaknya mengabaikan hakikat bahawa perkara yang beliau tuduh dilakukan oleh orang Kristian adalah perkara sama yang dilakukan oleh agensi dan institusi Islam di negara ini.
"Terdapat banyak dokumen berhubung laporan kegiatan dakwah Islam di negara ini, terutama yang menjadikan penduduk asal Sabah dan Sarawak sebagai sasaran dengan pelbagai jenis insentif," kata Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Hermen Shastri.
Hadi dipetik oleh akhbar rasmi PAS, Harakah sebagai berkata mubaligh Kristian menyebarkan ajaran itu di Afrika dan Borneo kerana penduduk yang berpendidikan di barat menolak agama berkenaan.
Beliau berkata, pendakwah menggunakan wang dan dorongan lain untuk menarik orang ramai kepada agama Kristian.
Shastri berkata daripada salah menuduh orang Kristian, Hadi perlu fokus mendekati belia Islam yang menjadi radikal dengan menyertai kumpulan militan IS.
"Seorang pemimpin Islam sepertinya, perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara mengenai agamanya dan tidak mengkritik agama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdapat pelbagai laporan yang mendakwa penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak ditipu untuk memeluk Islam dengan dorongan wang tunai.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis Gereja Malaysia membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa hanya mereka yang tidak berpendidikan memeluk agama Kristian.
"Hadi nampaknya mengabaikan hakikat bahawa perkara yang beliau tuduh dilakukan oleh orang Kristian adalah perkara sama yang dilakukan oleh agensi dan institusi Islam di negara ini.
"Terdapat banyak dokumen berhubung laporan kegiatan dakwah Islam di negara ini, terutama yang menjadikan penduduk asal Sabah dan Sarawak sebagai sasaran dengan pelbagai jenis insentif," kata Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Hermen Shastri.
Hadi dipetik oleh akhbar rasmi PAS, Harakah sebagai berkata mubaligh Kristian menyebarkan ajaran itu di Afrika dan Borneo kerana penduduk yang berpendidikan di barat menolak agama berkenaan.
Beliau berkata, pendakwah menggunakan wang dan dorongan lain untuk menarik orang ramai kepada agama Kristian.
Shastri berkata daripada salah menuduh orang Kristian, Hadi perlu fokus mendekati belia Islam yang menjadi radikal dengan menyertai kumpulan militan IS.
"Seorang pemimpin Islam sepertinya, perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara mengenai agamanya dan tidak mengkritik agama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdapat pelbagai laporan yang mendakwa penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak ditipu untuk memeluk Islam dengan dorongan wang tunai.