Mahkamah putuskan tukar agama anak mualaf tidak sah

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,879
Reaction score
11,095
Points
1,906
Oh, Pulis tak selesai kes, boleh saman eh? @cek mek molek
tn Geekadoy, Indira ni fail saman atas sebab polis gagal tunaikan tanggungjawab yg sepatutnya dia buat


namun Mahkamah akan lihat semua bukti dan dokumen, dengar keterangan saksi saksi sebelum buat keputusan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,879
Reaction score
11,095
Points
1,906
Kes adip. Waris tak nak buat perkara sama ke
tn GamezStar, pada 17 Julai 2020 diberitakan keluarga adib mahu fail saman terhadap polis, menuntut ganti rugi atas dakwaan kegagalan dan kecuaian polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

tapi saya tak tahu samada mereka dah failkan saman tu atau tak
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,385
Reaction score
4,281
Points
201
M Indra Ghandi saman Ketua Polis Negara
indra_1603875881.jpg

GAMBAR fail M Indira Gandhi.

KUALA LUMPUR: Guru tadika, M Indira Gandhi yang sejak 11 tahun lalu tidak

bertemu anak bongsunya selepas dilarikan bekas suami yang memeluk Islam, mengemukakan saman terhadap Ketua Polis Negara (KPN) dan tiga yang lain.

Indira yang memfailkan saman itu melalui e-filing oleh Tetuan Raj & Sach mendakwa KPN gagal melaksanakan perintah mahkamah untuk menangkap bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah dan mengembalikan anaknya Prasana Diksa yang kini berusia 12 tahun.

Wanita itu berkata, KPN berperanan secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan keputusan dan memberikan arahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak.

Beliau yang bertindak selaku plaintif, menamakan KPN (tidak menyatakan nama), PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keempat.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, Indira berkata beliau berkahwin dengan K Patmanathan (ketika itu) pada 10 April 1993 dan dikurniakan dengan tiga orang anak.

Beliau berkata, suaminya memeluk Islam pada 11 Mac 2009 dan menukar agama ketiga-tiga anak mereka, selain mendapat hak penjagaan semua anaknya daripada Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada 29 September 2009.

Indira kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil di Ipoh bagi mendapatkan hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka, yang kemudian dibenarkan pada 11 Mac 2010, bagaimanapun anak bongsu, Prasana Diksa diambil secara paksa oleh suaminya.

Plaintif berkata, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan Muhammad Riduan dipenjarakan sehinggalah beliau memulangkan Prasana Diksa kepadanya.

Katanya, mereka bercerai pada 8 Ogos 2012.

Pada masa sama, plaintif memfailkan permohonan semakan kehakiman supaya KPN menguatkuasa perintah komital (menghina mahkamah) terhadap bekas suaminya kerana tidak mengembalikan Prasana Diksa.

Menurut plaintif lagi, Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016 membenarkan rayuannya dan memutuskan supaya Muhammad Riduan perlu ditangkap dan waran komital perlu dilaksanakan ke atasnya.

Plaintif sehubungan itu berkata, KPN dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah Mahkamah Persekutuan dengan gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan semula Prasana Diksa kepadanya.

Beliau berkata, kesemua defendan juga berperanan membuat keputusan atau memberikan arahan kepada PDRM bagi melaksanakan waran komital terhadap bekas suaminya itu.

Katanya, KPN juga enggan menangkap bekas suaminya walaupun mengetahui lokasi lelaki terbabit.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan selain memohon perisytiharan bahawa KPN melakukan tort nonfeasance di pejabat awam iaitu gagal untuk bertindak dalam mengesan dan menangkap Muhammad Riduan.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,929
Reaction score
1,692
Points
151
Cissss
Berani dia saman ketua polis kita
Mencabar kedaulatan pdrm :mad:
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,879
Reaction score
11,095
Points
1,906
Saman itu berhubung dakwaan PDRM gagal melaksanakan waran komital untuk menangkap bekas suaminya, dan memulangkan anak perempuan mereka.

1604562491685.png


Salinan saman RM100 juta Indira Gandhi diserah kepada IGP, PDRM
Diterbitkan Hari ini 3:39 pm


Saman yang difailkan seorang guru tadika M. Indira Gandhi telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tiga pihak lagi melalui serahan tangan.

Saman itu berhubung dakwaan PDRM gagal melaksanakan waran komital untuk menangkap bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah dan memulangkan anak perempuan mereka berusia 12 tahun yang dilarikan lelaki itu 11 tahun lepas.

Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Indira ketika dihubungi Bernamahari ini berkata writ dan penyataan tuntutan telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara (KPN) dan PDRM, dua hari lepas (Selasa) manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia, semalam.

"Saman yang difailkan pada 28 Okt lepas telah diserahkan kepada kesemua defendan melalui serahan tangan. Kes itu juga ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian (e-review) pada 30 Nov ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof," katanya.

Dalam penyataan tuntutan, Indira selaku plaintif mendakwa defendan pertama iaitu KPN telah dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus daripada Mahkamah Persekutuan kerana gagal membuat siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan Prasana Diksa kepadanya.

Indira mendakwa KPN dalam kenyataan media pada 27 Jan lepas telah menyatakan bahawa beliau mengetahui lokasi bekas suaminya yang sebelum ini dikenali sebagai K Patmanathan, 51, dan sedang berusaha mencapai suatu ‘akhiran bahagia’ untuk plaintif.

“Kenyataan defendan pertama dengan jelas menunjukkan bahawa defendan pertama tidak menangkap Muhammad Riduan (Patmanathan) dan mengembalikan Prasana kepada saya walaupun beliau mempunyai pengetahuan akan lokasi Muhammad Riduan,” kata wanita itu.

Beliau mendakwa kesemua defendan mempunyai peranan dalam membuat keputusan atau memberi arahan kepada PDRM bagi melaksanakan waran komital terhadap Muhammad Riduan seperti yang diperintahkan Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016.

Plaintif juga mendakwa kelakuan kesemua defendan secara langsung menyebabkan perpisahan antara beliau dengan anak bongsunya itu berlanjutan sehingga hari ini dan Muhammad Riduan berjaya melarikan diri.

Oleh itu, Indira antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah selain memohon deklarasi bahawa defendan pertama telah melakukan ‘tort nonfeasance’ di pejabat awam dan defendan kedua, ketiga dan keempat bertanggungjawab secara vikarius bagi tort nonfeasance yang dilakukan defendan pertama.

Indira berkata beliau telah berkahwin dengan Patmanathan pada 10 April 1993 dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pada 11 Mac 2009, lelaki itu telah memeluk agama Islam dan turut menukar agama ketiga-tiga anak mereka kepada Islam serta memperoleh hak penjagaan kesemua anak mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada 29 Sept 2009.

Menurut plaintif, beliau kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil di Ipoh bagi mendapatkan hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka dan permohonannya dibenarkan pada 11 Mac 2010.
Bagaimanapun, Indira berkata selepas itu, anak bongsu mereka iaitu Prasana telah diambil secara paksa oleh Muhammad Riduan. Pasangan itu telah bercerai pada 8 Ogos 2012.

Indira berkata pada 30 Mei 2014, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan Muhammad Riduan dipenjarakan sehingga lelaki itu memulangkan anak bongsu mereka kepadanya dan beliau juga telah memfailkan semakan kehakiman di mahkamah sama bagi mendapatkan perintah mandamus supaya defendan pertama menguatkuasakan perintah komital terhadap Muhammad Riduan.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi Ipoh pada 12 Sept 2014 membenarkan permohonannya namun keputusan itu diketepikan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016 membenarkan rayuannya dan memutuskan supaya Muhammad Riduan ditangkap dan waran komital perlu dilaksanakan terhadap lelaki itu.
- Bernama

 
Sponsored Post
Top
Log in Register