Mahkamah putuskan tukar agama anak mualaf tidak sah

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,395
Reaction score
10,777
Points
1,896
1597755249271.png


IGP: Mereka ingat nak tangkap Riduan seperti tangkap ayam
Muhammad Afiq Mohd Asri
Diterbitkan Hari ini 8:52 pm

Seorang pegawai kanan tinggi polis dilantik mengetuai kes M Indira Gandhi untuk mengesan bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata pegawai kanan polis berkenaan ditugaskan untuk mengesan dan menghubungi Muhammad Riduan Abdullah.

“Saya ingin menyatakan bahawa kes berkenaan saya tidak ambil remeh kerana saya pun seorang bapa maka saya amat memahami tentang perasaan kehilangan anak,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Beliau berkata pihaknya juga mendapat bantuan seorang ahli politik tempatan dan seorang pegawai agama untuk membantu polis mengesan Muhammad Riduan.

“Kami hendak cari jalan penyelesaian kes ini dan memberi jaminan agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Abdul Hamid mendedahkan baru-baru ini, pihaknya banyak menerima komen negatif netizen yang mengkritik tindakan polis menyiasat kes berkenaan.

“Mereka (netizen) ingat hendak tangkap Muhammad Riduan ini seperti tangkap ayam? Kami hendak tangkap seorang manusia yang sentiasa berpindah-randah di sebuah negara.
“Saya tidak boleh masuk secara tiba-tiba ke dalam negara itu dan tahan dia,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan lanjut kes Indira Gandhi.

d88b9dcb5ddca1e9faaca064bb8e6cdb.jpg


Abdul Hamid berkata pihaknya cuba membina keyakinan diri pada Muhammad Riduan untuk tampil menyerah diri membantu siasatan polis.

“Apa yang hendak dia (Muhammad Riduan) takutkan? Dia bukan menghadapi hukuman mati pun. Kami harap dia boleh berjumpa dengan pihak mahkamah demi masa depan anaknya,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan Muhammad Riduan dipercayai tidak berada tetap pada satu-satu tempat di luar negara.

Media sebelum ini melaporkan bahawa PDRM sedang meneliti langkah sewajarnya dalam usaha mempercepatkan proses menyatukan kembali Indira Gandhi dengan anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa, 11 tahun.

Ketika ini belum ada sebarang petunjuk mengenai lokasi Muhammad Riduan yang hilang bersama Prasana Diksa pada 2011.

Pada Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
- Bernama

 
Sponsored Post

cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,269
Reaction score
93
Points
30
Cakap kat depa2 tu. Nak tangkap pembunuh Ajid yg ada dlm negara pun susah, inikan pula nak tangkap yg dok pindah negara mcm2. Sepatutnya lebih senang tangkap yg dlm negara tu.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,395
Reaction score
10,777
Points
1,896
Malaysiakini (BM Version)
15m ·
Langkah itu diambil setelah dia berjaya mendapat janji temu dengan ketua polis negara pada 3 September depan.

1598936237524.png


Indira Gandhi batalkan mogok lapar
Diterbitkan Hari ini 12:37 pm



M Indira Gandhi dan Pasukan Bertindak Indira Gandhi Ingat) membatalkan rancangan mogok lapar selepas mendapat janji temu dengan Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador.
Pertemuan itu bagi membincangkan isu mengenai kehilangan anak perempuan Indira, Prasana Diksa.

Ingat memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan akan diadakan pada jam 9 pagi, 3 September di Bukit Aman.

"Ingat berasa sangat senang dengan sikap muhibah dari IGP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Pertemuan tersebut akan dihadiri oleh Indira Gandhi, Ambiga Sreenivasan, saya dan Sachpreetraj Singh Sohanpal, Tetuan Raj & Sach," kata ketua Ingat, Arun Dorasamy.

"Kami menantikan perbincangan dan taklimat lengkap mengenai kemas kini siasatan sejak 17 April 2019, ketika penubuhan pasukan petugas khas untuk mencari anak perempuan Indira," katanya.

Ingat mengatakan pihaknya ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkembangan semasa daripada Kementerian Dalam Negeri di parlimen baru-baru ini, mengenai kes Indira Gandhi.

Pada 12 Ogos, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memberitahu parlimen bahawa bekas suami Indira yang merupakan seorang mualaf, Muhammad Ridzuan Abdullah, dipercayai tinggal di luar negara dan sering berpindah-randah untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Hamzah berkata, PDRM telah berkunjung ke alamat Muhammad Ridzuan seperti yang disenaraikan di Jabatan Pendaftaran Negara dan mendapati dia tidak lagi tinggal di sana.

Namanya juga telah disenarai hitam dalam rekod Jabatan Imigresen, bagi mengesan dan menahannya jika dia cuba melarikan diri ke luar negara.

Arun mengatakan Ingat bersedia untuk berkongsi beberapa maklumat mengenai siasatan dan sedia menunggu untuk bertemu dengan pegawai baru yang bertanggungjawab dalam siasatan itu.
"Kami berharap pertemuan ini dapat membawa kes ini ke jalan penyelesaian secepat mungkin.

"Sebelas tahun, lima IGP, tiga kerajaan yang mentadbir dan kami masih lagi tidak dapat mengesan atau membawa pulang Prasana seperti menurut perintah Mahkamah Persekutuan," katanya.
Bulan lalu, Indira dan Ingat mengatakan mereka merancang untuk mengadakan "mogok lapar susulan kesudahan yang baik dan gembira” di pekarangan ibu pejabat polis Bukit Aman pada 11 September dari jam 9 pagi hingga 5 petang jika IGP tidak bersetuju untuk bertemu dengan mereka pada 31 Ogos.

Pada Januari, IGP mendedahkan bahawa dia mengetahui keberadaan bekas suami Indira dan telah menggesanya menyerahkan diri meskipun terdapat waran tangkap dari Mahkamah Persekutuan terhadap Ridhuan.

Abdul Hamid sebelum ini berharap terdapat “happy ending” (penyelesaian yang baik) dalam kes itu selepas perselisihan berhubung hak penjagaan anak selama 10 tahun.

Riduan, yang sebelum memeluk Islam dikenali sebagai K Pathmanathan, melarikan Prasana pada 2009 ketika dia berusia 11 bulan, tidak lama selepas menukar agama.
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan IGP Khalid Abu Bakar untuk menangkap Riduan dan mengembalikan semula perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh dua tahun lebih awal untuk mendapatkan semula Prasana.

Perintah mandamus adalah perintah mahkamah yang memaksa seorang pegawai kerajaan untuk memenuhi kewajipan rasmi mereka.

Pada Januari 2018, Mahkamah Persekutuan membatalkan pertukaran agama Prasana dan dua adik beradiknya kepada Islam.


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,154
Reaction score
1,093
Points
201
tak tau la plak.. cara lain nak buat temu janji dgn cara mogok lapa
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,736
Reaction score
745
Points
121
Malaysiakini (BM Version)
15m ·
Langkah itu diambil setelah dia berjaya mendapat janji temu dengan ketua polis negara pada 3 September depan.

View attachment 278446

Indira Gandhi batalkan mogok lapar
Diterbitkan Hari ini 12:37 pm



M Indira Gandhi dan Pasukan Bertindak Indira Gandhi Ingat) membatalkan rancangan mogok lapar selepas mendapat janji temu dengan Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador.
Pertemuan itu bagi membincangkan isu mengenai kehilangan anak perempuan Indira, Prasana Diksa.

Ingat memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan akan diadakan pada jam 9 pagi, 3 September di Bukit Aman.

"Ingat berasa sangat senang dengan sikap muhibah dari IGP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Pertemuan tersebut akan dihadiri oleh Indira Gandhi, Ambiga Sreenivasan, saya dan Sachpreetraj Singh Sohanpal, Tetuan Raj & Sach," kata ketua Ingat, Arun Dorasamy.



beriya benau nk tangkap muslim - mcm jenayah berat pulak - yg hina negara, raja2, dakyah LTTE reliek je dlm negara?

apa dh jd NEGARAKU ni?
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,154
Reaction score
1,093
Points
201
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan IGP Khalid Abu Bakar untuk menangkap Riduan dan mengembalikan semula perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh dua tahun lebih awal untuk mendapatkan semula Prasana.

Perintah mandamus adalah perintah mahkamah yang memaksa seorang pegawai kerajaan untuk memenuhi kewajipan rasmi mereka.
mohon @cek mek molek komen sikit perintah ni... 1st time dengar ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,395
Reaction score
10,777
Points
1,896
mohon @cek mek molek komen sikit perintah ni... 1st time dengar ni
tn GamezStar, sori sangat sebab lambat reply on this matter. hehe bukan apa, sebab saya selak balik balik previous pages utk tengok kronologi dia :)

ok gini, mula mula kita kena faham maksud mandamus, a writ of mandamus.


1600821952964.png



1600822019254.png


dlm kes ni, Mahkamah Persekutuan (superior court) pada tahun 2016 telah memberi arahan pada KPN (public official) utk menangkap Ridhuan, bekas suami Indira Gandhi



ok kemudian kita pegi pada kronologinya

A.2009-Prasana Diksa (yg bongsu) dilarikan oleh ayahnya



B.Mahkamah Tinggi:
penukaran agama tiga anak oleh bapa mualaf mereka, terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang




C.2015: 30/12/2015-Mahkamah Rayuan buat keputusan:
penukaran agama tiga anak oleh bapa mualaf mereka sah di sisi undang-undang
penukaran agama mereka memadai dengan mendapat keizinan salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Mohd. Ridhuan serta empat yang lain untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh, Perak yang membatalkan sijil penukaran agama tiga anak lelaki itu


D.2016-Mahkamah Persekutuan mengarahkan pihak polis menahan Ridhuan.

Bagaimanapun ketua polis ketika itu Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak dapat memenuhi arahan itu kerana bercanggah di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Mahkamah Sivil mengarahkan polis menahan Riduan
tapi Mahkamah Rayuan Syariah pulak, sebab putuskan rayuan JAIP, Mohd Ridhuan tu diterima dan dibenarkan, yg mana penukaran agama ketiga tiga org anak adalah valid dan sah
jadi takde la Riduan ni perlu ditangkap



E.29 Jan 2018-Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa:
penukaran agama tiga anak oleh bapa mualaf mereka, hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang
penukaran agama mereka perlu mendapat keizinan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut

jadi oleh itu, memandangkan Mahkamah Persekutuan memihak kepada Indira Gandhi, dan tidak memihak kepada JAIP dan Ridhuan, maka Indira mohon polis patuh perintah mandamus Mahkamah Persekutuan (yg bertarikh 2016) utk menangkap Ridhuan..

gitu lah kiranya tn GamezStar :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register