Mahkamah putuskan tukar agama anak mualaf tidak sah

CG Sponsors




Sponsored Post

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,390
Reaction score
593
Points
171
terima kasih tn mutanic atas info ni, appreciate this very much :)
jangan guna pendapat dia... boleh memesongkan akidah sebab mengamalkan politik suku ugama suku... sesat
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671
JPN dituduh keluar MyKid baru untuk anak Riduan secara tak sah

Pengarah Komunikasi PKR Melaka, G Rajandran mempersoalkan tindakan membisu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap dakwaan kemungkinan terdapat langkah mengeluarkan nombor pengenalan baru secara tidak sah kepada anak perempuan Indira Gandhi yang masih tidak ditemui.


Rajandran berkata beliau hairan mengapa JPN tidak memberi sebarang reaksi sedangkan sudah empat hari perkara itu dibangkitkan kumpulan Indira Gandhi Action Team (Ingat).

"Masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari JPN, seolah-olah mereka akur dengan dakwaan ini. Ini dakwaan yang sangat serius, takkan JPN nak tunggu sampai disiasat," katanya yang menggesa agar jabatan itu mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Ingat merupakan kumpulan yang ditubuhkan khas dalam usaha mencari anak perempuan Indira, Prasana Diksa yang disembunyikan oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.

Muhammad Riduan meninggalkan rumah bersama Prasana ketika remaja itu berusia 11 bulan pada tahun 2009.

Dalam sidang media pada 23 Feb, Ingat juga mendakwa nombor MyKid Prasana telah ditukar, menyebabkan usaha untuk mengesan lokasinya semakin sukar.

Mereka mendakwa ini kerana rekod Prasana tidak ditemui dalam pangkalan data Kementerian Pelajaran.

"Daripada pasukan siasatan kami, kami tahu dia tidak ditemui dalam mana-mana pangkalan data sistem pendidikan. Jika Ridhuan membawanya ke mana-mana, dia pastinya mendaftarkan persekolahan menggunakan nombor MyKid sedia ada.

"Kami syak ada langkah mengeluarkan nombor pengenalan baru secara tidak sah, dengan bantuan JPN dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," kata pengerusi Ingat, Arun Dorasamy.

Justeru, Indira berkata beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap JPN, KDN serta bekas menterinya Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, Rajandran berkata JPN sebagai agensi bertanggungjawab tidak sepatutnya berdiam berterusan.

"Ini adalah soal keselamatan negara, di mana ada pihak mendakwa JPN bersama polis menyediakan MyKid secara tidak sah. Namun, tiada sebarang reaksi daripada kedua-dua pihak. Saya cabar pihak JPN segera menjelaskan dakwaan ini," katanya lagi. - MK

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671
Muhyiddin semak dakwaan nombor MyKid anak Riduan ditukar

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan meneliti dakwaan sebuah NGO bahawa nombor MyKid anak perempuan Indira Gandi telah ditukar.


"(Isu ini) di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Apa-apa pun saya akan semak," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pasukan Tindakan Indira Gandi (Ingat) minggu lalu.

Pengerusi Ingat Arun Dorasamy membuat dakwaan itu kerana rekod anak perempuan Indira, Prasana Diksa tiada dalam pengkalan data Kementerian Pendidikan.

"Daripada pasukan siasatan kami, kami tahu dia tidak ditemui dalam mana-mana pengkalan data sistem pendidikan.

"Kami syak ada langkah mengeluarkan nombor pengenalan baru secara tidak sah, dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," kata Arun.

Pada 26 Februari lalu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata polis tiada petunjuk baru mengenai lokasi Prasana serta bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah. - MK

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671
Tuduhan nombor MyKid ditukar tak benar

SEMENYIH – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Indhra Gandi Action Team (INGAT) yang mendakwa kononnya nombor MyKid anak guru tadika Indira Gandhi itu ditukar oleh bapanya Muhammad Ridzuan Abdullah atau dahulu dikenali sebagai K. Pathmanathan.


Beliau menyifatkan dakwaan INGAT sebagai kenyataan palsu.

“Pihak Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pendaftaran Negara (Datuk Mohamad Razin Abdullah) sudah menyiasat dan mendapati kenyataan itu tidak benar.

“Berikutan hasil siasatan itu saya mengarahkan JPN membuat satu kenyataan jelas untuk tatapan umum,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan amanat dalam perjumpaan bersama Jentera PH secara tertutup di Semenyih hari ini.

Tambah Muhyiddin, kenyataan itu penting memandangkan tuduhan INGAT sangat serius.

“Siasatan JPN terbukti tuduhan itu palsu dan tidak benar.

“Saya serahkan kepada KP sama ada dia nak ambil tindakan terhadap INGAT supaya minta maaf kerana faktanya tidak betul,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671
Mahu minta bantuan FBI lepas hilang percaya pada PDRM

Kumpulan Indira Gandhi Action Team (Ingat) akan meminta bantuan pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melalui kedutaan AS untuk mengesan Prasana Diksa, 11, yang merupakan anak bongsu Indra Gandhi.


Menurut Arun Dorasamy yang mengetuai Ingat, pihaknya akan mengadakan mesyuarat di kedutaan AS di Malaysia pada 19 Mac ini selepas kecewa dengan tindakan daripada pihak polis Malaysia.

"Kami akan memberikan segala dokumen mengenai kes Prasana yang dikumpulkan selama ini kepada FBI melalui Kedutaan AS di ibu negara pada 19 Mac ini.

"Kami harap, AS akan menangani kes ini selepas kami klasifikasikan kes ini sebagai human trafficking (pemerdagangan manusia)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tidak dihubungi polis

Ingat merupakan kumpulan yang ditubuhkan khas dalam usaha mencari Prasana yang dipercayai disembunyikan oleh bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah.

Muhammad Riduan meninggalkan rumah bersama Prasana pada 2009, ketika anaknya itu berusia 11 bulan.

Arun juga berkata pihaknya semakin hilang kepercayaan dengan cara polis mengedalikan kes berkenaan.

"Walaupun kami memberitahu polis bahawa mempunyai petunjuk baru dalam kes ini, sehingga hari ini pihak polis langsung tidak menghubungi kami.

"Maka, kami terpaksa mengambil langkah sendiri dengan pihak FBI," katanya sambil menambah Ingat turut menghubungi pihak berkuasa Thailand selepas Riduan dipercayai bersembunyi di Selatan Thailand.

Ingat juga menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai bekas suami Indira.

Dua adik beradik Prasana kini tinggal dengan Indira, namun lokasi Riduan dan Prasana masih tidak diketahui sehingga hari ini. - MK

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,418
Reaction score
11,525
Points
2,376


MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Seksyen 88A tidak dimasukkan semula dalam Akta 164


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang memasukkan semula Seksyen 88A berkaitan status penukaran agama anak dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Akta 164).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu selaras pandangan Jabatan Peguam Negara bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama individu umur bawah 18 tahun boleh ditentukan secara unilateral oleh ibu, bapa atau penjaga.

“Pada 2017, pindaan Akta 164 diluluskan oleh Parlimen untuk menangani beberapa isu merangkumi pembubaran perkahwinan, nafkah, hak jagaan anak dan harta sepencarian dalam kes anutan agama Islam seorang daripada pasangan.

“Seksyen 88A peruntukan melarang penukaran agama anak tanpa persetujuan bersama ibu bapa digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) Pindaan 2016 kerana bercanggah dengan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, kerajaan tidak bercadang memasukkan semula seksyen 88A dalam pindaan Akta 164,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang meminta menteri menyatakan bentuk kajian sedang dilakukan kerajaan dalam usaha meminda Fasal 88A Akta 164.

Berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dan Persekutuan tahun lalu, Muhyiddin berkata, kementeriannya maklum mengenai pembatalan penukaran agama secara unilateral untuk lima individu di bawah umur 18 tahun.

“Susulan keputusan itu, cadangan memasukkan Seksyen 88A diteliti semula bersama dengan Jabatan Peguam Negara.

“Hasilnya menyimpulkan mahkamah sebagai badan kehakiman mempunyai kebebasan untuk mentafsir sesuatu peruntukan perundangan dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan mengikat keputusan mahkamah bawahan,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/n...en-88a-tidak-dimasukkan-semula-dalam-akta-164
 
  • Like
Reactions: TT

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671
Polis tubuhkan pasukan khas kesan Riduan, anak



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi mengesan bekas suami dan anak Indira Gandhi yang dilaporkan hilang sejak 10 tahun lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan dua beranak itu, Muhammad Riduan Abdullah, 50 dan Prasana Diksa, 11, berada di luar negara.

“Maklumat diterima kita akan buat susulan dan ada yang kata mereka berada di Johor dan Kelantan.

“Kita ikut petunjuk itu dan pergi ke lokasi terbabit namun tidak berjaya mengesan individu berkaitan.

“Untuk rekod, polis sudah menjalankan pencarian di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kes kehilangan Prasana Diksa mencetuskan kontroversi apabila dia dibawa lari oleh bapa kandungnya ketika berusia 11 bulan susulan perebutan hak penjagaan.

Prasana Diksa dibawa lari pada 2009 selepas Riduan yang menukar agamanya bercerai dengan Indira Gandhi.

Kes itu mencetuskan kontroversi apabila ia dibicarakan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil sebelum Mahkamah Tinggi mengeluarkan waran tangkap ke atas Riduan pada 2014.


https://www.bharian.com.my/berita/k...uhkan-pasukan-khas-kesan-riduan-prasana-diksa
 

metaltraders

Active Member
Joined
Feb 21, 2013
Messages
1,737
Reaction score
85
Points
40
Mahu minta bantuan FBI lepas hilang percaya pada PDRM

Kumpulan Indira Gandhi Action Team (Ingat) akan meminta bantuan pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melalui kedutaan AS untuk mengesan Prasana Diksa, 11, yang merupakan anak bongsu Indra Gandhi.


Menurut Arun Dorasamy yang mengetuai Ingat, pihaknya akan mengadakan mesyuarat di kedutaan AS di Malaysia pada 19 Mac ini selepas kecewa dengan tindakan daripada pihak polis Malaysia.

"Kami akan memberikan segala dokumen mengenai kes Prasana yang dikumpulkan selama ini kepada FBI melalui Kedutaan AS di ibu negara pada 19 Mac ini.

"Kami harap, AS akan menangani kes ini selepas kami klasifikasikan kes ini sebagai human trafficking (pemerdagangan manusia)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tidak dihubungi polis

Ingat merupakan kumpulan yang ditubuhkan khas dalam usaha mencari Prasana yang dipercayai disembunyikan oleh bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah.

Muhammad Riduan meninggalkan rumah bersama Prasana pada 2009, ketika anaknya itu berusia 11 bulan.

Arun juga berkata pihaknya semakin hilang kepercayaan dengan cara polis mengedalikan kes berkenaan.

"Walaupun kami memberitahu polis bahawa mempunyai petunjuk baru dalam kes ini, sehingga hari ini pihak polis langsung tidak menghubungi kami.

"Maka, kami terpaksa mengambil langkah sendiri dengan pihak FBI," katanya sambil menambah Ingat turut menghubungi pihak berkuasa Thailand selepas Riduan dipercayai bersembunyi di Selatan Thailand.

Ingat juga menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenai bekas suami Indira.

Dua adik beradik Prasana kini tinggal dengan Indira, namun lokasi Riduan dan Prasana masih tidak diketahui sehingga hari ini. - MK

Fuhhh fbi nak ambik ke kes macam ni?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,404
Reaction score
10,779
Points
1,896
dalam perkembangan kes lain

Mahkamah jelaskan kenapa ibu diarah serah anak pada bapa beragama Buddha

July 1, 2019 10:55 PM



PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan berkata ia memberikan hak penjagaan penuh 2 beradik kepada bapa yang beragama Buddha kerana ibu yang beragama Islam mendahulukan kepentingan peribadi mengatasi mereka.

Mahkamah ketika menjelaskan keputusan mengenepikan perintah penjagaan yang memihak kepada ibu berkata, dia pernah melanggar perintah persetujuan Mahkamah Tinggi sebelum prosiding perceraian bermula.

Katanya, wanita itu membawa 2 beradik itu ke masjid dan merancang untuk mendaftarkan mereka ke sebuah sekolah agama, walaupun kedua-dua pihak dalam perintah persetujuan itu bersetuju kanak-kanak itu tidak akan dipengaruhi untuk memeluk agama lain sehinggalah mereka mencecah umur dewasa.

Penjelasan itu dinyatakan dalam penghakiman bertulis yang disediakan di dalam talian.

Wanita itu memeluk agama Islam pada Disember 2015 ketika dia dan suaminya ketika itu sedang bercerai. Dia menukar agama anak-anaknya itu pada Mei 2016.

Wanita itu memperoleh hak penjagaan penuh ke atas anak-anaknya pada April tahun lepas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tetapi Mahkamah Rayuan memberikan hak penjagaan pada bapa.

Lelaki itu juga memenangi kes membatalkan penukaran agama anak-anaknya. Dia mendakwa ibu mereka menukar agama anak-anaknya dengan niat untuk mendapatkan hak penjagaan.

Rayuan oleh ibu dan pendaftar muallaf Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap pembatalan penukaran agama 2 beradik itu akan didengari pada 29 Oktober.

Dalam penghakiman bertulisnya, Mahkamah Rayuan menyebut tentang kejadian di mana ibu mereka tidak pedulikan keselamatan salah seorang anaknya.

Katanya, anaknya yang tua hilang pada Jun tahun lepas selepas wanita itu menunaikan solat. Anaknya itu berjalan pulang ke rumah bapanya pada waktu malam dalam keadaan takut dan menangis.

Mahkamah juga berpendapat pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi yang mendengar petisyen perceraian terkhilaf dalam keputusannya apabila mendapati bapa mereka tidak boleh menjaga mereka kerana dia perlu menguruskan 2 syarikat.

Katanya, lelaki itu adalah pengarah sebuah syarikat dan sebuah lagi syarikat, yang disebutkan oleh wanita itu dalam keterangannya, sudah ditutup.

Peguam, Rohani Ibrahim, yang mewakili wanita itu berkata, Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan untuk membenarkan rayuan terhadap pemberian hak penjagaan pada bekas suaminya pada Khamis.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...WqaCNiGseZSmxmD6g9gE74JvnjBDIiJF_64wGXkAwzVH8
 
Sponsored Post
Top
Log in Register