Mahkamah putuskan tukar agama anak mualaf tidak sah

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671

GURU tadika, M. Indira Gandhi ( baju merah) bersama peguamnya, M.Kulasegaran (kanan) selepas mendengar keputusan akhir rayuannya untuk mencabar tindakan bekas suami, Mohd. Ridhuan Abdullah menukar agama ketiga-tiga anak mereka 10 tahun lalu di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE


Mohd Rizduan Abdullah bersama anak perempuannya, Prasana Diksa.

PUTRAJAYA 29 Jan. - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memutuskan bahawa penukaran agama tiga anak oleh bapa mualaf mereka, hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir guru tadika, M. Indira Gandhi yang mencabar tindakan bekas suami, Mohd. Ridhuan Abdullah menukar agama tiga anak mereka, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa.

Kuorum berkenaan sebulat suara berpuas hati bahawa penukaran agama mereka perlu mendapat keizinan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Guru tadika itu merayu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Disember 2015 yang tidak memihak kepadanya.

Panel tiga hakim ketika itu diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi (kini hakim Mahkamah Persekutuan) dalam keputusan majoriti 2-1 berpuas hati bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan perkara-perkara berkaitan agama Islam.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Mohd. Ridhuan serta empat yang lain untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh, Perak yang membatalkan sijil penukaran agama tiga anak lelaki itu.

Selain Pengarah JAIP dan Mohd. Ridhuan yang dahulunya dikenali sebagai K. Pathmanathan, perayu-perayu lain terdiri daripada Pendaftar Pertukaran Agama, kerajaan negeri Perak, Kementerian Pendidikan dan kerajaan Malaysia.


http://www.utusan.com.my/berita/mah...ualaf-tidak-sah-mahkamah-persekutuan-1.599350
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671
Penukaran agama Islam 3 kanak-kanak terbatal



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan pertukaran agama tiga anak guru TADIKA, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah tidak sah dan terbatal.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan dibuat Indira berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa kepada Islam.

Menerusi 99 mukasurat penghakiman yang dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak.

"Pertukaran agama perlu mendapat kebenaran kedua-dua ibu bapa sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf," katanya.

Pada 30 Disember 2015, Mahkamah Rayuan membuat keputusan majoriti 2-1 untuk mengembalikan semula sijil penukaran agama tiga anak itu yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu ditukarkan agama kepada Islam oleh bapa mereka Muhammad Ridhuan Abdullah pada April 2009 tanpa keizinan Indira Gandhi selepas beliau memeluk Islam.

Kanak-kanak berkenaan ketika itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/381955/penukaran-agama-islam-tiga-kanak-kanak-terbatal
 

johor1976

Super Active Member
Joined
May 7, 2016
Messages
8,975
Reaction score
538
Points
111
Pelik jugak kes ni.
Ayah dia islamkan anak2 dia ke tak?
 

emir

Active+ Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
4,652
Reaction score
42
Points
30
ke manakah budak 3 org tu? kalu ikutkan 2 org tu dh lebih 18 tahun patut boleh pilih agama sdri
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,510
Reaction score
1,601
Points
596
Undang-undang sivil yang berpandukan perlembagaan tidak menjaga Islam.. ini lah akhirnya terjadi..

Setakat dok megah kata Islam agama rasmi saja..
Undang undang sivil lagi atas dari undang undang agama

Padah bila bercerai ibu bapa berlainan agama

Nie masa hidup

Kalau mati berebut plak nak tanam nak bakar
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671
Tukar agama anak perlu persetujuan kedua ibu bapa, kata mahkamah


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengenepikan penukaran agama sebelah pihak yang melibatkan 3 anak M Indira Gandhi, selepas memutuskan sebarang penukaran agama kanak-kanak bukan Islam harus mendapatkan persetujuan kedua-dua ibu bapa.

Dalam apa yang disifatkan sebagai keputusan penting, mahkamah juga memerintahkan hanya mahkamah sivil boleh memberi keputusan dalam hal seperti itu.

Keputusan hari ini mengakhiri pertarungan selama 9 tahun mengenai hak penjagaan antara agama, susulan tindakan bekas suami India yang masuk Islam, Muhammad Riduan Abdullah, menukar agama 3 anaknya tanpa pengetahuan ibu mereka pada 2009.

Mahkamah turut memutuskan perkataan “parent” seperti dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan perlu dibaca sebagai bermaksud kedua-dua ibu dan bapa.

Menurut perkara itu, seorang penjaga atau parent (ibubapa) berhak menukar agama anak mereka yang belum mencapai umur 18 tahun.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...putuskan-penukaran-agama-anak-indira-tak-sah/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register