Mahkamah Persekutuan ketepi keputusan Mahkamah Rayuan lelaki boleh berpakaian wanita

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661

Penyokong transgender yang hadir di mahkamah mengedarkan buku panduan media berhubung komuniti transgender. FOTO Mior Azlan

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 menghukum lelaki berpakaian wanita sebagai tidak berperlembagaan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dalam keputusan sebulat suara membenarkan bantahan kerajaan Negeri Sembilan dan lima lagi terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Hakim Md Raus memutuskan bahawa permohonan untuk mencabar kesahihan enakmen itu tidak boleh dibuat melalui semakan kehakiman.

Menurutnya, responden di dalam kes ini tidak mengikut prosedur yang betul dan hakim di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak sepatutnya melayan permohonan itu.

Turut bersidang adalah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Pada 7 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan tiga transgender iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30.

Dalam keputusan yang diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Undang-undang Negeri Sembilan 1992 tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83509#sthash.b9QOfC08.dpuf
 
Sponsored Post

zill_merchan

Permanently Banned, Spamming in Private Message
Joined
Sep 28, 2015
Messages
1,193
Reaction score
0
Points
20
Alhamdulillah. Allah s.w.t masih bersama orang yang benar.
 

elnino25

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2010
Messages
7,388
Reaction score
57
Points
70
hakim mahkamah rayuan tu islam, tapi....
 

lpsoldier007

CG Top Poster Club
Joined
Dec 22, 2010
Messages
25,073
Reaction score
487
Points
141
hakim mahkamah rayuan tu islam, tapi....
Masa peringkat Mahkamah Rayuan, sebenarnya silap peguam yg wakil Majlis Agama Islam. Dia submit mcm org boddo. Hakim mengamuk time tu sebab dia buat submission mcm gitu. Last2 terpaksa jgk buat keputusan. Sbb tu dkt Mahkamah Persekutuan terus tukar lawyer.
 

1jalan

Fun Poster
Joined
Dec 18, 2012
Messages
736
Reaction score
5
Points
15
Masa peringkat Mahkamah Rayuan, sebenarnya silap peguam yg wakil Majlis Agama Islam. Dia submit mcm org boddo. Hakim mengamuk time tu sebab dia buat submission mcm gitu. Last2 terpaksa jgk buat keputusan. Sbb tu dkt Mahkamah Persekutuan terus tukar lawyer.
ooo gitu ceritanya
 

onewafer

Legendary Member
Joined
Feb 5, 2014
Messages
10,549
Reaction score
249
Points
123
Masa peringkat Mahkamah Rayuan, sebenarnya silap peguam yg wakil Majlis Agama Islam. Dia submit mcm org boddo. Hakim mengamuk time tu sebab dia buat submission mcm gitu. Last2 terpaksa jgk buat keputusan. Sbb tu dkt Mahkamah Persekutuan terus tukar lawyer.

Kena dengan baju putih berseluar
batik sawa tu, peguam pun boleh
hilang pertimbangan, barangkali...:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register