BTC USD 56,843.4 Gold USD 1,786.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Persekutuan akan putuskan cabaran lelaki terhadap tuduhan seks luar tabii

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,941
Reaction score
2,223
Points
201
Perlembagaan nak pinda perlu 2/3
Kene bersidang dulu lah
Itu pun kalau ada kuasa majoriti

ini common sense
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Lukman Sheriff

· 2j ·

FTR. Apa yang berlaku semalam. Alhamdulillah banyak portal media carry ini.

Walaupun Isu Kalimah Allah masih isu utama, tetapi saya akan teruskan isu Iki Putra kerana keputusan muktamad sudah dibuat dan tiada cara lain kecuali perlembagaan dipinda.

Terima Kasih rakan2 peguam yang menyokong petisyen tersebut. Ini permulaannya. Base naratif sudah disediakan. Saya akan terangkan implikasi2 ini kepada NGO2 lain sebelum ke umum lagi.
#pertahankanBidangkuasaShariah
#PindaPerkembagaan

Sokong dan share http://chng.it/5DJVqKm6r8

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
1616549700173.png


Lelaki masih berdepan kes seks luar tabii di mahkamah syariah


Diterbitkan 24 Mar 2021, 9:30 am

Dikemaskini 9:32 am



Hampir sebulan telah berlalu sejak Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengetepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.
Bagaimanapun, lelaki yang memperoleh deklarasi daripada mahkamah tertinggi itu masih menghadapi tuduhan Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor atas dakwaan melakukan seks luar tabii di negeri itu.

Peguamnya, Tay Kit Hoo, memberitahu Malaysiakini bahawa lelaki berkenaan meneruskan semakan kehakiman berikutan pertuduhan Syariah dikenakan terhadapnya.
"Arahan anak guam kami adalah meneruskan JR (semakan kehakiman) kerana tuduhan Syariah masih belum selesai," kata peguam itu.

Semakan kehakiman ditetapkan bagi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas) hari ini.
Pada November 2019, lelaki berkenaan mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keabsahan pertuduhan seks luar tabii di mahkamah syariah.

Setahun selepas itu, proses semakan kehakiman ditangguhkan sementara menunggu permohonannya bagi mendapatkan deklarasi Mahkamah Persekutuan mengenai keabsahan peruntukan syariah Selangor.
Dia membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan deklarasi bahawa Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) tidak sah, dengan alasan bahawa DUN Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai perkara itu, dan oleh itu tidak sah dan batal.

Pada 25 Februari tahun ini, panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membatalkan peruntukan berkenaan.
Keputusan itu dibuat dengan alasan bahawa perkara itu berada di bawah bidang kuasa undang-undang persekutuan dan bukan negeri.

Berdasarkan peruntukan syariah negeri, adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana individu beragama Islam di Selangor melakukan "persetubuhan yang bertentangan dengan sifat tabii".
Pada 21 Ogos 2019, ketua pendakwa raya syarie melalui pendakwa raya syariah, membuat keputusan untuk mendakwa lelaki berkenaan di bawah Seksyen 28 enakmen tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Lelaki itu didakwa cuba melakukan persetubuhan di luar tabii dengan lelaki lain di sebuah rumah di Selangor pada 9 November 2018.
Dia bagaimanapun meminta dibicarakan atas tuduhan berkenaan.


 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,941
Reaction score
2,223
Points
201
Persekutuan perlu hormati bidang kuasa negeri
March 31, 2021
yb-Ahmad-Marzuk-e1573180258823-696x478.jpg

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu menghormati bidang kuasa negeri, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, ini susulan ada pihak yang menyampaikan pandangan agar digubal sahaja undang-undang yang berkaitan dengan agama dan ‘paksa’ negeri untuk menerimanya.

“Selalu orang sampaikan pandangan mereka pada saya, agar kami gubal sahaja undang-undang yang berkaitan dengan agama dan ‘paksa’ negeri untuk terima, tak perlu sampai nak runding-runding.

“Katanya, lebih mudah untuk Kerajaan Persekutuan, kerana kita tidak perlu berunding dengan negeri-negeri dan tidak timbul kemudiannya isu undang-undang yang berbeza antara setiap negeri,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Advertisement

Beliau menjelaskan bahawa tidak berbuat demikian kerana Kerajaan Persekutuan perlu menghormati bidang kuasa negeri sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu ingat bahawa, kuasa yang ada pada Kerajaan Persekutuan hari ini datang daripada kuasa yang diserahkan oleh Raja-raja Melayu ketika proses rundingan pembentukan Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya ditubuhkan hanya apabila semua pihak yang terlibat dalam rundingan bersetuju antaranya bahawa Islam adalah urusan negeri-negeri.

Oleh sebab itulah, ujar beliau Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merupakan inti pati perjanjian antara Persekutuan dan negeri dalam hal berkaitan agama Islam perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak.

“Hal ini termasuklah dalam perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah,” katanya.

Pada masa yang sama, ujarnya lagi Kerajaan Persekutuan juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam memperkasa kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Atas dasar inilah, kita akan terus mencari ruang untuk mengharmonikan peranan dan bidang kuasa antara Persekutuan dan Negeri dalam hal ehwal Islam.

“Proses penyeragaman juga kita cuba usahakan melalui jalan yang dipersetujui kedua-dua pihak, dan sebenarnya banyak yang sudah kita capai dengan cara yang harmoni, alhamdulillah.

“Jika ada kesempatan, mungkin saya boleh kongsikan mengenai kejayaan dan usaha berterusan yang kita telah lakukan dalam mengurangkan ketidakseragaman undang-undang Syariah,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 31/3/2021
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Lukman Sheriff

· 3j ·

FTR. Datuk Salleh Buang on kedudukan kes Iki Putra.

Mahkamah Syariah vs Sivil: Jadual Kesembilan Perlu Dipinda – Datuk Salleh Buang

4 days ago


WhatsApp-Image-2021-03-29-at-11.59.29-780x470.jpeg


PETALING JAYA, 29 Mac 2021 – Pakar Perlembagaan, Datuk Salleh Buang berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan merupakan jalan menyelesaikan masalah pertindihan antara perundangan syariah dan sivil.
“Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan berhubung hal ehwal Islam kini terlalu sempit sehingga membataskan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan membuka ruang ia dicabar.”

“Maka ia wajar dipinda dengan membuka takrifan lebih meluas terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah sekali gus dapat mengelakkan pertindihan antara perundangan syariah dan sivil.”

Ujarnya lagi, kerajaan negeri justeru itu perlu melakukan kajian untuk menyelamatkan Enakmen Jenayah Syariah masing-masing daripada terus dicabar dan akhirnya diketepikan.

“Kalau ikutkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang baharu ini, semua seksyen dalam enakmen jenayah Syariah seluruh negeri boleh dicabar. Tetapi setakat ini hanya membabitkan negeri Selangor sahaja.”
“Hal ini kerana mengikut hierarki, undang-undang negeri tidak boleh menyalahi undang-undang Persekutuan apatah lagi berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.”

Tegas beliau, umat Islam tidak boleh dipersalahkan jika cuba meminda Jadual Kesembilan. Apa yang salah adalah jika tiada usaha untuk menambah baik taraf Mahkamah Syariah.

“Masalahnya kita tidak pernah cuba untuk pinda Jadual Kesembilan. Kita tidak boleh dipersalahkan jika gagal, namun boleh dipersalahkan sekiranya tidak pernah mencuba.”

Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari lalu membenarkan permohonan Iki Putra Mubarak mencabar Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sekali gus mengetepikan perundangan itu yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah syariah.

Iki Putra didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan meliwat di Bangi, Selangor.

Dia mencabar peruntukan Seksyen 28 itu dengan mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.


 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,423
Reaction score
2,345
Points
201
Persekutuan perlu hormati bidang kuasa negeri
March 31, 2021
View attachment 358481
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu menghormati bidang kuasa negeri, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata, ini susulan ada pihak yang menyampaikan pandangan agar digubal sahaja undang-undang yang berkaitan dengan agama dan ‘paksa’ negeri untuk menerimanya.

“Selalu orang sampaikan pandangan mereka pada saya, agar kami gubal sahaja undang-undang yang berkaitan dengan agama dan ‘paksa’ negeri untuk terima, tak perlu sampai nak runding-runding.

“Katanya, lebih mudah untuk Kerajaan Persekutuan, kerana kita tidak perlu berunding dengan negeri-negeri dan tidak timbul kemudiannya isu undang-undang yang berbeza antara setiap negeri,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Advertisement

Beliau menjelaskan bahawa tidak berbuat demikian kerana Kerajaan Persekutuan perlu menghormati bidang kuasa negeri sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu ingat bahawa, kuasa yang ada pada Kerajaan Persekutuan hari ini datang daripada kuasa yang diserahkan oleh Raja-raja Melayu ketika proses rundingan pembentukan Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya ditubuhkan hanya apabila semua pihak yang terlibat dalam rundingan bersetuju antaranya bahawa Islam adalah urusan negeri-negeri.

Oleh sebab itulah, ujar beliau Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merupakan inti pati perjanjian antara Persekutuan dan negeri dalam hal berkaitan agama Islam perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak.

“Hal ini termasuklah dalam perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah,” katanya.

Pada masa yang sama, ujarnya lagi Kerajaan Persekutuan juga mempunyai peranannya yang tersendiri dalam memperkasa kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Atas dasar inilah, kita akan terus mencari ruang untuk mengharmonikan peranan dan bidang kuasa antara Persekutuan dan Negeri dalam hal ehwal Islam.

“Proses penyeragaman juga kita cuba usahakan melalui jalan yang dipersetujui kedua-dua pihak, dan sebenarnya banyak yang sudah kita capai dengan cara yang harmoni, alhamdulillah.

“Jika ada kesempatan, mungkin saya boleh kongsikan mengenai kejayaan dan usaha berterusan yang kita telah lakukan dalam mengurangkan ketidakseragaman undang-undang Syariah,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 31/3/2021
Siapa suruh tak mintak autonomi sebelum sign dulu.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906

Lukman Sheriff

· 2j ·

Semalam seronok mendengar tan sri sheikh ghazalie menerangkan pendekatan memperkasakan mahkamah shariah yang diambil selama ini yang di bawa dari zaman arwah Prof Ahmad Ibrahim. Satu pendekatan yang amat luar biasa kejayaannya pada saya.

Prof Ahmad ini pada saya seorang luar biasa. Kalau pergi Queen’s College di Cambridge University, nama dia tertera di atas papan kejayaan kerana kecemerlangan pembelajarannya. Double first seingat saya. Dari situ beliau telah menjadi solicitor general dan duta Singapura sebelum membuka faculty undang2 di Universiti Malaya dan UIA. Beliau akhirnya pada saya menjadi seorang ulama tersohor yang amat dihormati. Pada saya kejayaan Islamic banking di malaysia ini disebabkan beliau. Fiqh dan ijtihad beliau yang memungkinkan semua. Kita menjadi trail blazer.

Saya bersyukur mengenali beliau sebagai pensyarah saya. Dia menjadi idola saya. Saya sebenarnya apply queens’ college ketika membuat masters sebagai pilihan utama tetapi apakan daya rezeki tiada. Huhu. (Yang dapat Alhamdulillah juga adalah pilihan ketiga, fitzwilliam, kolej lee Kuan Yew seorang lagi pemimpin yang saya hormati.) Tetapi ketika belajar di situ bukan main saya cukup teruja, apabila Prof Ahmad singgah makan di apartment kecil kami ketika lawatan beliau berjumpa pelajar2. Ini merupakan antara highlight hidup saya yang saya abadikan.

Balik kepada kejayaan prof Ahmad, antara kejayaan terulung beliau, pada saya adalah pindaan perlembagaan Artikel 121A yang menyelesaikan banyak pertindihan mahkamah shariah dan sivil. Ini menjadi legacy/ terpahat dalam sejarah negara. Nak pinda perlembagaan ni bukan senang. Mungkin ada yang kata dahulu lebih senang meminda sebab BN menguasai 2/3. Tetapi jangan lupa it is still a Herculean effort. Sebagai akademician beliau perlu yakinkan kerajaan termasuk PM Tun M mengikut pandangan beliau. Luar biasa pada saya. Not many academician atau bukan politician dapat buat begini. Too few in our history.

Jadi apabila keputusan Iki Putra menggugat sistem Jenayah shariah yang telah cuba dibina selama ini oleh prof Ahmad, saya rasa kita kena gerak. Kes ini bakal menjatuhkan satu per satu peruntukan jenayah shariah. Selama ini mahkamah telah berdekad2 cuba harmonikan pertembungan ini tetapi pada saya, dengan Iki Putra sudah tidak boleh lagi. Ruang pengharmonian telah ditutup. Preclusion clause will always prevail. Bidangkuasa sivil akan sentiasa mengatasi bidangkuasa shariah walaupun tiada undang2 federal. Kita pinda apapun undang2 jenayah shariah ia tetap salah. Peruntukan melarang umat Islam berjudi misalnya boleh dicabar dan negeri tidak boleh gubalnya lagi. Begitu juga peruntukan jenayah shariah lain. Takkan kita nak duduk diam melihat satu demi satu dicabar dan dibatalkan? Kita tiada pilihan kecuali meminda perlembagaan.

Masalah sekarang kita tiada lagi orang sekaliber prof Ahmad. Kita sudah berpecah. Sudah bercerai roboh. Siapa ada majoriti pun kita tidak tahu siapa. Dan Kita tiada lagi senada. Sosial media mempengaruhi pemikiran kita sehingga ramai terikut nilai2 dan propaganda asing secara totok. Kita tak boleh bergantung kepada politician dah yang mempunyai pelbagai lagi kepentingan. Yang tinggal hanyalah kita yang nak make a difference. Tinggal kita sahaja. Kalau kita pilih tak bergerak, salahnya kita nanti.

Jom saudaraku. Kita #pindaperlembagaan. #pertahankan bidangkuasa shariah.


1617669856582.png


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906

'Kita tidak boleh mengiyakan LGBT' - Menteri Agama [METROTV]​



Kuala Lumpur: Kerajaan tetap akan melakukan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Semakan 1988) (Akta 355) bagi membolehkan hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas individu terbabit dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tindakan itu diteruskan kerana budaya LGBT bukan hanya menjadi satu kesalahan syarak dan undang-undang Islam, malah bertentangan fitrah manusia.
Beliau berkata, apa yang mahu dipastikan ialah lelaki terus kekal dengan sifat kelelakiannya manakala perempuan juga tetap dengan sifat keperempuanannya.

"Seperti mana kita tahu dari satu sudut budaya LGBT bukan hanya bertentangan dengan ajaran Islam, malah bertentangan fitrah manusia.
"Jadi kita tidak boleh mengiyakan (menerima) perbuatan seperti itu (LGBT). Cuma kita kena kendalikan isu berkenaan dengan penuh hikmah, mengajak dan mendidik mereka (golongan LGBT) kembali ke pangkal jalan serta sama-sama membetulkannya.

"Selebihnya kita kena tengok dari aspek perundangan dan pandangan pakar (Peguam Negara) mengenai pindaan sebelum Akta 355 dibentangkan ke Kabinet dan Parlimen untuk kelulusan ke arah mewujudkan keharmonian, kebaikan dan keselesaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada masa depan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. FOTO Fariz Iswadi Ismail.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. FOTO Fariz Iswadi Ismail.

Zulkifli berkata demikian ketika mengulas desakan bekas kumpulan penjawat kanan kerajaan dikenali sebagai 'G25' membantah cadangan kerajaan untuk meminda Kanun Keseksaan Islam bagi menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas LGBT.

Dalam satu kenyataan G25 dilaporkan berkata, pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Semakan 1988) (Akta 355) dapat ditafsirkan sebagai langkah pertama negara untuk melaksanakan hudud.

Ditanya sama ada pindaan Akta 355 akan dibentangkan ke Parlimen pada sesi sidang Dewan Rakyat akan datang, Zulkifli berkata, perkara itu belum ditetapkan.

"Proses pindaan mesti melalui beberapa proses, bukan semata-mata kita mesti bentangkan sekali gus atau terus tetapi kita akan menuju ke arah berkenaan.

"Kita juga melihat dari segi kemungkinan akan dibentangkan dan diluluskan terlebih dahulu ke Kabinet dan kalau tiada apa halangan dan suasana membenarkan kita akan masuk (bentang) ke Parlimen tidak lama lagi," katanya.

Disiarkan pada: April 6, 2021 @ 1:57pm

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906

Hisham Nazir & Cronies
berada di
Hisham Nazir & Cronies
.​

3j · Subang Jaya, Selangor ·

Benarkah dakwaan negeri dan Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa ke atas jenayah liwat?

Secara umumnya, undang-undang jenayah merupakan bidangkuasa kerajaan persekutuan di bawah Senarai Persekutuan (Federal List). Di bawah Senarai Negeri (State List), Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan secara spesifik satu senarai panjang (tetapi terhad) mengenai bidangkuasa negeri dan Mahkamah Syariah dalam kesalahan jenayah.

Tun Abdul Hamid Mohamad ketika menjadi Ketua Hakim Negara di dalam kes Sulaiman Takrib vs. Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2008 telah merumuskan satu formula mengenai bidangkuasa jenayah Syariah seperti berikut:
(i) mestilah terpakai terhadap penganut agama Islam sahaja;
(ii) kesalahan itu bercanggah dengan perintah agama (against the precepts of Islam);
(iii) kesalahan itu tidak termasuk di bawah bidangkuasa Senarai Persekutuan; dan

(iv) kesalahan itu mengikut bidangkuasa jenayah yang ditetapkan di bawah Akta 355 (tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan).
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini turut menggunapakai formula di atas dan memutuskan kesalahan jenayah liwat di bawah EJS 1995 memenuhi ciri-ciri butiran (i), (ii) dan (iv) tetapi tidak memenuhi syarat butiran (iii).

Hakim Besar Malaya, TS Azahar Mohamed memutuskan hari ini bahawa bidangkuasa jenayah Syariah yang dimiliki oleh negeri dan Mahkamah Syariah ialah bersifat 'residual', Memandangkan kerajaan persekutuan telah mengambil jenayah liwat dan diletakkan di bawah Kanun Keseksaan, negeri/Mahkamah Syariah tidak ada kuasa terhadap jenayah liwat.

Hakim Besar Malaya juga bersetuju bahawa dengan adanya dua jenayah berbeza di dua mahkamah berbeza, ini akan membawa kepada ketidakadilan yang nyata kerana penganut Muslim yang meliwat boleh didakwa di Mahkamah Syariah yang memperuntukkan hukuman yang lebih ringan, sedangkan orang bukan Islam yang meliwat pula perlu didakwa di Mahkamah Sivil yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat. Ini bercanggah dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi disebabkan agama.

Zahirah Bahari
Bandar Saujana Putra
4/2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register