BTC USD 56,832.4 Gold USD 1,786.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Persekutuan akan putuskan cabaran lelaki terhadap tuduhan seks luar tabii

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
79200E01-6395-4A4C-80DC-3C3B0A3EB2E7_4_5005_c.jpeg


jumlah yg sain petisyen
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Lukman Sheriff

· 1j ·

Kita kena Selesaikan 3 isu ini
Adalah harapan saya isu2 ini boleh diselesaikan dengan cara terbaik dalam beberapa bulan ini. Ada yang terlalu lama ditangguh.
1. Isu Kalimah Allah - sekurang2nya rayuan dibuat. Penyelesaian muktamad perlu dibincangkan.

2. Isu Iki Putra- Kita tiada pilihan kecuali meminda perlembagaan. #Pertahankan bidangkuasa Shariah. #Pinda Perlembagaan. Teruskan menyokong http://chng.it/5DJVqKm6r8. Kita sudah mencapai 5k dalam 3 hari. (Kenapa yang tidak memahami isu ini sila lihat infografik di https://www.facebook.com/100005766761380/posts/1691762341025975/?extid=0&d=n)

3. Isu Adib- sudah dua tahun tiada keadilan untuk keluarga Adib. Kita perlu closure. Polis mesti menamatkan hasil siasatan dan menyatakan mereka boleh kesan pembunuh atau tidak. Kalau tidak berikan alasan. Oleh kerana kes ini sudah terlalu lama mungkin ramai boleh faham kesukaran mencari pembunuhnya tetapi mesti terus terang. Jangan tukar keputusan coroner yang hanya akan mengguris keluarga. Kita mesti ada closure untuk keluarganya. Kes Arwah Adib sepatutnya kes contoh untuk penjawat am yang terkorban dalam menjalankan tugas. Keluarga Arwah patut dibantu dan diberi pampasan. Mereka patut tahu Anak mereka terkorban sebagai hero dan disanjung.

Jom kawan2. Kalau kita ada kesatuan pemikiran (wahdatul Aqli) dan kesatuan hati (wahdatul qalbun) kita boleh selesaikan ini. Stand and be counted.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Lukman Sheriff

· 1j ·

Walaupun saya beri tumpuan kepada Iki Putra, saya perlu nyatakan beberapa pendirian for the record. Kita mungkin boleh agree to disagree.

1. Kes menurun ke 1000 lebih dengan ekonomi yang terbuka, menunjukkan perimbangan yang berjaya oleh kerajaan hari itu. Langkah yg diambil cukup untuk turunkan jumlah kes walaupun saya ambil maklum polemik kurang testing. Kalau dapat turun bawah 1000 secara konsisten, ini menunjukkan kejayaan yang nyata. Tahniah kerajaan. Harap tidak Naik dan kita maintain SOP.

2. Ordinan fake news tentang berita darurat membimbangkan. Adalah dilaporkan mengatakan kerajaan hilang majoriti boleh disifatkan fake news. Ini tidak betul pada saya. Seseorang mungkin mengeluarkan pendapat berdasarkan analisis. Analisa politik berubah2 berdasarkan fakta pada waktu itu terutamanya apabila politician kita selalu melompat ke sana sini. Jadi Tak semestinya Fake news. Cara terbaik menanangi fake news adalah dengan “counter” nya dengan kebenaran terutamanya apabila kerajaan ada jentera besar.

3. Saya tidak bersetuju Parlimen tidak boleh bersidang atas alasan ramai yang tua. Adalah lebih baik dijalankan dengan SOP.

4. Saya harap kalau boleh vaksinasi negara disegerakan dengan secepat mungkin. Ini amat penting untuk negara.

Ini adalah pendirian saya. Masing2 ada pendirian sendiri. Saya defend view saya tetapi kalau boleh saya nak tumpu kepada penerangan kes Iki Putra yang saya lihat ramai masih terkeliru.

Pada saya rakyat mesti jelas mahkamah dengan nyata menaklukkan kes Sulaiman takrib kepada preclusion clause dan preclusion clause prevail. Preclusion clause diberi tafsiran yang amat luas yang menyebabkan bidangkuasa negeri kita pun tergugat. Akibatnya mungkin kita tidak boleh lagi menggubal banyak undang2 jenayah Islam. Contohnya perjudian. Kalau Ini bakal dicabar, kalau hakim ikut kes Iki, negeri tiada lagi kuasa menggubal. Tetapi masalahnya persekutuan pun tiada kuasa menggubal untuk perkara Islam di negeri2. Jadi tak boleh halang muslim berjudi lagi di negeri2? Ini absurd. Something wrong with the rationale.

Walaupun sekarang prioriti ramai adalah Kalimah Allah, saya akan terus menerangkan ini.

Jangan lupa untuk share dan kongsi
http://chng.it/5DJVqKm6r8

1615683793573.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Lukman Sheriff

· Semalam jam 6:12 PG ·

Isu kalimah Allah meletup sepuluh macam saya nampak. Tidak seperti dahulu yang mula2 ada yang teragak dan apologetik, nampak kali ini ramai yang tegas dan lantang. Saya rasa ramai sudah ada pendirian sendiri yang tetap. Moga yang terbaik terhasil dari isu ini. Saya berpandangan penyelesaian isu ini bukan sahaja patut melalui undang2 tetapi “non legal way” melalui persepakatan juga. Wallahualam.
Utk Iki putra, saudara
يوسفاريزال يوسف
telah menyediakan ringkasan kes infografik ini untuk fahaman umum. Terima Kasih Yus. Moga dimanafaati sekalian. Minta dikongsi supaya difahami umum.

Setakat ini alhamdulillah untuk 3 hari petisyen telah ia sudah mencecah 5000. Terima Kasih kawanku. Teruskan menyokong http://chng.it/5DJVqKm6r8

Let’s make a difference. Mari kita lakukan perubahan. #Kita pinda perlembagaan.

1615689055502.png

1615689063214.png

1615689071772.png

1615689080443.png

1615689089461.png

1615689112330.png

1615689126224.png

1615689138648.png

1615689180224.png

1615689191567.png

1615689201169.png

1615689209661.png

1615689224161.png

1615689232949.png

1615689242050.png
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,941
Reaction score
2,223
Points
201
Hakim mahkamah sivil
Org islam wanita & memakai tudung
graduan UM beb
Tp ideology liberal lbgt
sapa la lantik dia ni ye
1615733503827.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906

يوسفاريزال يوسف


12m ·

KEKELIRUAN PENDEKATAN MEMAHAMI IKI PUTRA

Ada yang berpendapat bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra tidak membawa kesan yang besar kepada penggubalan undang-undang jenayah Islam. Mereka berpendapat seperti berikut:-
1. Bahawa garis panduan untuk DUN menggubal undang-undang tentang kesalahan Perintah Agama Islam adalah jelas, dan ia hanya tertumpu kepada undang-undang peribadi Orang Islam semata-mata.

2. Ujian yang perlu dibuat ialah sama ada amalan dan tinggalan yang ingin dijadikan kesalahan tersebut dilakukan oleh Orang Islam sahaja atau juga Orang Bukan Islam. Kalau amalan dan tinggalan tersebut dilakukan oleh Orang Islam sahaja, maka ia adalah undang-undang peribadi yang boleh digubal oleh DUN.

3. Maka sekiranya amalan dan tinggalan itu mempunyai kesan dan juga dilakukan oleh Orang Bukan Islam, maka ia tergolong dalam kuasa Persekutuan dibawah Senarai Persekutuan, dan menjadi Undang-Undang Jenayah.

Saya hormati pandangan ini. Namun begitu, saya memohon untuk tidak bersetuju sepenuhnya dengan pandangan ini atas 2 faktor utama:-
1. Pandangan ini tidak menggambarkan kesan sebenar Penghakiman kes Iki Putra;

2. Ujian yang disarankan tersebut tidak “watertight” dan “foolproof”. Pendek kata Ujian tersebut boleh menyebabkan lebih kekeliruan, serta mengecilkan dan memencikan Undang-Undang Syariah .

Hujah saya begini.
1. Keputusan Kes Iki Putra dengan jelas menggariskan beberapa prinsip. Pertamanya, bahawa “Klausa Pengecualian” adalah terpakai dalam keadaan dimana DUN menggubal kesalahan jenayah Perintah Agama Islam yang termasuk dalam skop Undang-Undang Jenayah dalam Senarai Persekutuan.

2. Mahkamah Persekutuan mengembangkan lagi prinsip pengecualian itu dengan menyatakan, walaupun Undang-Undang Jenayah (untuk maksud Senarai Persekutuan) masih belum digubal, DUN tetap tidak boleh menggubal kesalahan Perintah Agama Islam jika ia berkait dengan Undang-Undang Jenayah yang digubal tersebut.

3. Mahkamah Persekutuan mengakui bahawa liwat adalah kesalahan Perintah Agama Islam. Namun oleh kerana sudah ada Seksyen 377A dalam Kanun Keseksaan tentang kesalahan seks luar tabi’I, maka ia dianggap sebagai Undang-Undang Jenayah (Untuk maksud Senarai Persekutuan). Maka “Klausa Pengecualian” terpakai, dan DUN tidak boleh menggubal kesalahan liwat.

4. Pun begitu, Mahkamah Persekutuan menerima takrifan “Perintah Agama Islam” sebagaimana ditafsir dalam kes Sulaiman Takrib yang membawa maksud bukan sahaja rukun Islam, bahkan kesemua ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.

5. Mahkamah Persekutuan juga hanya memberikan definisi Undang-Undang Jenayah sebagai undang-undang yang memperuntukkan hukuman sebatan dan penjara.

6. Mahkamah Persekutuan juga menyatakan bahawa kesalahan Perintah Agama adalah kesalahan yang mempunyai 2 kriteria – 1. “purely religious in nature that is directly concerned with religious matter or religious affairs”, 2. Terpakai hanya kepada Orang Islam. (Penghakiman Hakim Besar Malaya)

7. Konklusinya, kita boleh katakan seperti berikut – DUN hanya boleh menggubal kesalahan Perintah Agama Islam yang merangkumi kesalahan “purely religious in nature that is directly concerned with religious matter or religious affairs” membabitkan Orang Islam sahaja, DAN kesalahan Perintah Agama Islam tersebut mestilah tidak termasuk dalam Undang-Undang Jenayah dibawah Senarai Persekutuan.


Ujian Iki Putra dan Ujian Implikasi
8. Ujian dalam kes Iki Putra kini jelas. Ia adalah seperti berikut:-
Pertama: lihat sama ada kesalahan Perintah Agama Islam yang digubal oleh DUN tersebut adalah kesalahan “purely religious in nature that is directly concerned with religious matter or religious affairs” (kriteria pertama) dan membabitkan Orang Islam (kriteria kedua) sahaja ataupun tidak?
Kedua: Jika ya, lihat pula sama ada ia termasuk dalam takrif Undang-Undang Jenayah dibawah Senarai Persekutuan
Ketiga: Jika Soalan Kedua dijawab TIDAK, maka kesalahan Perintah Agama Islam itu sah. Jika YA, ia tidak sah.

9. Ujian Iki Putra ternyata berbeza dengan Ujian Implikasi. Ujian Implikasi hanya menekankan sama ada ia digubal untul amalan dan tinggalan Orang Islam sahaja, membabitkan undang-undang peribadi. Ujian Implikasi mengabaikan definisi “purely religious in nature” dan pertentangannya dengan takrif Undang-Undang Jenayah (untuk tujuan Senarai Persekutuan).

10. Oleh yang demikian, dengan hormatnya saya menyatakan Ujian Implikasi yang dicadangkan tidak menggambarkan prinsip sebenar yang digariskan dalam kes Iki Putra, atau saya kenali sebagai Ujian Iki Putra. Memandangkan Ujian Iki Putra merupakan undang-undang terkini dan tertinggi, maka ujian-ujian lain tidak boleh diterima pakai lagi ketika ini.

Masalah Ujian Iki Putra & Ujian Implikasi

11. Ujian Iki Putra gagal memberi penjelasan bagaimana takrifan”purely religious in nature that is directly concerned with religious matter or religious affairs” itu boleh diharmonikan dengan takrifan Perintah Agama Islam yang diberikan dalam kes Sulaiman Takrib.

12. Kalau Perintah Agama Islam ditafsirkan sebagai bukan sahaja rukun Islam, bahkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, bagaimana takrifan “purely religious in nature” mahu mengenepikan ajaran Al-Quran dan As-sunnah berkaitan hukum jenayah dalam Islam.

13. Islam agama yang sempurna dan lengkap. Ia bukan sahaja meliputi ritual dan ibadah tetapi merangkumi siyasah, muamalat dan juga jenayah. Bahkan hukum Islam sangat luas meliputi hudud, takzir dan qisas. Memaknakan Perintah Agama Islam sebagai ajaran Al-Quran dan As-Sunnah sepatutnya membawa maksud kesemua yang saya sebutkan tersebut.

14. Jadi apakah maksud “purely religious in nature that is directly concerned with religious matter or religious affair”? Adakah ia bermaksud mengecilkan skop Perintah Agama Islam yang telah diterima awalnya? Ia tidak dijelaskan.

15. Ujian Iki Putra (dan juga Ujian Implikasi) meletakkan golongan sasar sebagai kayu ukurnya. Jika ia libatkan amalan dan tinggalan Orang Islam sahaja, maka ia termasuk didalam kesalahan Perintah Agama Islam.
16. Lalu contoh diberikan seperti zina, khalwat, judi, minum arak dan menghina institusi agama Islam. Kononnya ia adalah amalan dan tinggalan Orang Islam sahaja.

17. Jika kita telusuri contoh yang diberikan, saya menyatakan bahawa ia juga boleh menjadi amalan dan tinggalan Orang Bukan Islam kerana ia adalah kesalahan yang boleh dilakukan bersama-sama Orang Islam.

18. Zina dan khalwat boleh berlaku antara seorang lelaki Melayu dan perempuan Cina. Orang Bukan Islam boleh melakukan kesalahan menghina Al-Quran, Nabi Muhammad dsb. Ia telah banyak berlaku. Minum arak dan judi tentunya boleh dilakukan oleh Orang Bukan Islam.

19. Jadi, jika kita memakai Ujian Implikasi atau kriteria kedua Ujian Iki Putra, adakah kita mahu menyatakan kesalahan zina, khalwat, judi, arak dan menghina agama juga tidak boleh dibuat oleh DUN hanya kerana amalan dan tinggalan tersebut boleh juga dilakukan Orang Bukan Islam?

20. Oleh yang demikian, secara adilnya, kesalahan yang memenuhi Ujian Pertama Iki Putra ini terlalu sedikit dan mengecil. Untuk berlaku adil, saya berikan contoh – kesalahan tidak solat jumaat, makan secara terbuka di siang bulan Ramadhan dan tidak bayar zakat. Kesalahan mengajar tanpa tauliah juga boleh dilakukan oleh Orang Bukan Islam sebenarnya. Adakah ini yang kita maksudkan?

21. Dan jangan dilupakan bahawa ini adalah baru diperingkat Ujian Pertama dalam Ujian Iki Putra, belum masuk Ujian Kedua. JIka sekiranya Ujian Pertama dilepasi, iaitu memang kesalahan tersebut adalah “purely religious in nature” dan membabitkan (boleh dilakukan) oleh Orang Islam sahaja, maka Ujian Kedua perlu dinilai. Memandangkan Ujian Kedua hanya mentakrifkan Undang-Undang Jenayah sebagai yang memperuntukkan kesalahan sebatan dan penjara, maka ia menimbulkan masalah yang baru.

22. Jika sekiranya Parlimen menjadikan jenayah baru dengan hukuman sebatan dan penjara, ia sudah menjadi Undang-Undang Jenayah yang tidak boleh disentuh oleh DUN. Apatah lagi kalau ia bukan “purely religious in nature” dan boleh membabitkan Orang Bukan Islam.

23. Tidakkah ini mengecilkan kuasa DUN? Dan memencilkan Mahkamah Syariah?


Perlunya pindaaan
24. Dikotomi yang berlaku memerlukan pendekatan yang harmoni dan sejahtera.

25. Memandangkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah keputusan dengan kekuatan 9 orang hakim, proses semakan (Peraturan 137) adalah hampir mustahil bagi saya. Cabaran, sekiranya boleh dibuat pun adalah dalam kes lain, namun memerlukan panel yang setara, kalaupun tidak lebih kuat. Ia tidak akan berlaku dalam jangkamasa terdekat.

26. Justeru, saya dan rakan-rakan mencadangkan agar dikotomi ini diselesaikan dengan meminda Perlembagaan khususnya “Klausa Pengecualian” dan memasukkan takrifan “Perintah Agama Islam” dan “Undang-Undang Jenayah”.

27. Kami menerima pelbagai saranan tentang apa perlu dipinda. Ia adalah untuk perbincangan dalam forum yang lain. Namun, cukup saya nyatakan, Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan boleh sahaja diharmonikan dengan membuang “Klausa Pengeculian” sebagai asasnya.


Kewujudan bersama Undang-Undang Jenayah dan Jenayah Syariah
28. Dalam kes Sukma Darmawan, Mahkamah Agung telah menjelaskan bahawa 2 undang-undang untuk kesalahan yang sama boleh wujud. Dan dalam keadaaan tersebut, pilihan diberikan untuk mendakwa dibawah satu undang-undang, asal saja tidak berlaku pendakwaan 2 kali atas kesalahan sama, dan “double jeorpardy”. Ini juga disokong oleh Seksyen 59 Akta Interpretasi.

29. Ramai bersetuju bahawa Undang-Undang Islam telah lama wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka. Sesetengah sarjana Inggeris sendiri mengiktirafnya sebagai “Muhammadan Law” dan “Lex Loci”. Maka, semangat dan sejarah ini tidak harus dilupakan.

30. Kesan pengecilan dan pemencilan Senarai Negeri dan Mahkamah Syariah tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa kita mula melupai semangat dan sejarah ini. Ia tidak harus berlaku.

31. Pada analisa terakhir, saya menyimpulkan bahawa kes Iki Putra memberi impak terlalu besar kepada Undang-Undang Syariah. Sedar atau tidak, serangan tersebut telah bermula, sedang berlaku dan akan diteruskan. Kita pula tidak harus memalingkan muka.

32. Tiba masanya, #Pertahankan Syariah, #Pinda Perlembagaan.

YUSFARIZAL BIN YUSSOFF
Pengerusi ADVOCS
——————
Sila klik pautan dibawah untuk menandatangani Petisyen #Pertahankan Syariah #Pinda Perlembagaan
http://chng.it/5DJVqKm6r8
http://chng.it/5DJVqKm6r8
http://chng.it/5DJVqKm6r8
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Lukman Sheriff

· 11m ·

Press release for today. Originally scheduled last week but the Kalimah Allah issue too presence.
#pertahankanBidangkuasaShariah
#PindaPerkembagaan
Sokong dan share http://chng.it/5DJVqKm6r8


——————————-
KENYATAAN AKHBAR

200 PEGUAM MENYERU PERLEMBAGAAN DIPINDA BERIKUTAN KES IKI PUTRA

Kami yang bernama di bawah, bagi pihak 200 peguambela dan peguam cara serta peguam Syarie, ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan Iki Putra v Kerajaan Negeri Selangor terhadap bidangkuasa negeri menggubal undang-undang jenayah Islam.

2.Di dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan untuk berbeza dari keputusan-keputusannya sebelum ini dan menghadkan lagi bidangkuasa negeri menggubal jenayah Shariah. Dengan keputusan ini, kami bimbang makin banyak lagi peruntukan enakmen jenayah Shariah negeri-negeri yang sedia ada bakal dicabar dan dibatalkan atas alasan yang sama; yang akhirnya boleh melumpuhkan sistem jenayah Islam negeri-negeri seluruh Malaysia.

3. Di dalam kes Iki Putra, Mahkamah Persekutuan, secara ringkasnya, memutuskan bahawa:
(i) walaupun negeri mempunyai bidangkuasa luas untuk menggubal kesalahan undang-undang mengikut “perintah ajaran agama Islam” (“precepts of Islam”), tetapi undang-undang ini tidak boleh menyentuh mana-mana perkara “Senarai Persekutuan” termasuklah perkara “Undang-undang Jenayah” / “Criminal Law”;

(ii) ungkapan “Undang2 Jenayah” di bawah Senarai Persekutuan mempunyai maksud yang luas. Akibatnya ini bakal membatalkan banyak peruntukan jenayah Shariah negeri jika dicabar kelak;

(iii) walaupun tidak wujud atau tiada apa-apa pertindihan dengan mana-mana undang-undang Persekutuan yang sedia ada, undang-undang jenayah Shariah negeri tetap tidak sah jika menyentuh perkara Senarai Persekutuan terutamanya perkara “Undang-undang Jenayah”; dan

(iv) apa-apa pindaan yang bakal dibuat dalam mana-mana peruntukan enakmen jenayah Shariah untuk mengatasi kes Iki Putra masih tetap tidak sah, jika “pith and substance”/ isi kandungannya, menyentuh perkara “Undang-undang Jenayah”.

4. Kes ini juga membawa kepada ketidaktentuan bidangkuasa. Ia boleh menimbulkan keadaan di mana tiada badan legislatif samada di peringkat Persekutuan atau negeri boleh menggubal undang-undang yang menghalang umat Islam melakukan perkara haram dalam shariah.

5. Contohnya, kesalahan berjudi jelas haram dalam Islam. Tetapi kesalahan berjudi ini tergolong dalam perkara “Undang-undang Jenayah” Senarai Persekutuan. Oleh itu, mengikut kes Iki Putra, kesalahan berjudi di bawah enakmen-enakmen negeri boleh dan bakal dibatalkan jika dicabar kelak. Negeri tiada kuasa menggubal undang-undang berkenaan perjudian. Permasalahan yang timbul ialah Persekutuan pula tidak boleh menggubal apa-apa perkara dalam Senarai Negeri termasuklah undang-undang berkenaan kesalahan mengikut ajaran agama Islam. Jadi, kes Iki Putra ini menimbulkan keadaan di mana kedua-dua badan legislatif persekutuan dan negeri tidak boleh menghalang umat Islam khususnya dari berjudi di negeri-negeri. Ini akan juga terpakai untuk kesalahan2 jenayah yang lain. Ini satu keadaan yang amat “absurd”.

6. Oleh kerana kes ini menyentuh peruntukan perlembagaan, maka pada kami, tiada penyelesaian yang sesuai wujud kecualilah perlembagaan persekutuan kita dipinda. Perlembagaan perlu dipinda sekurang-kurangnya kepada keadaan sebelum keputusan Iki Putra ini.

7. Kami dengan ini, bagi pihak 200 peguambela dan peguamcara serta peguam Syarie menyeru pihak eksekutif dan legislatif untuk meminda perlembagaan dengan sesegera yang mungkin.

Yang Benar,
Bagi pihak 200 peguambela dan peguamcara serta peguam Syarie yang menandatangani petisyen menyeru pindaan kepada Perlembagaan berikutan kes Iki Putra,
1. Lukman Sheriff Alias
Pengerusi MACSA
2. Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
3. Tuan Haji Musa Awang,
Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).


1616112383591.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register