BTC USD 56,924.1 Gold USD 1,786.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Persekutuan akan putuskan cabaran lelaki terhadap tuduhan seks luar tabii

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,423
Reaction score
2,345
Points
201
Heret Hadi ke mahkamah atas ‘serangan’ terhadap badan kehakiman, kata bekas hakim

March 7, 2021 11:59 AM

View attachment 349758
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata, kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menghina mahkamah dan Perlembagaan Persekutuan.

PETALING JAYA: Seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan mahu prosiding menghina mahkamah dimulakan terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana memfitnah panel hakim berhubung keputusan bahawa enakmen syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai kesalahan jenayah bercanggah dengan perlembagaan.

Gopal Sri Ram berkata, jelas daripada kenyataan Hadi itu bahawa beliau tidak membaca penghakiman Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

“Dengan penuh hormat, saya berpendapat, kenyataan beliau bersifat menghina mahkamah dan juga Perlembagaan Persekutuan. Serangan itu menunjukkan bahawa beliau sama sekali tidak menghormati kedaulatan undang-undang,” kata Sri Ram kepada FMT.

Beliau merujuk kepada kenyataan Hadi di Facebook dua hari lepas sebagai respons terhadap keputusan panel sembilan hakim pada 25 Feb.

Tengku Maimun berkata, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bercanggah dengan perlembagaan kerana badan perundangan negeri tidak mempunyai kelayakan untuk meluluskan undang-undang tersebut kerana ia sudah ada dalam Senarai Persekutuan.

Hakim tertinggi yang mengetuai panel Sembilan hakimitu berkata, kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen.

Pada 21 Ogos 2019, ketua pendakwa syarie Selangor mengemukakan tuduhan di bawah Seksyen 28 enakmen tersebut terhadap seorang lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Lelaki tersebut, yang identitinya dirahsiakan atas permintaan peguam, didkwa cuba mengadakan hubungan seks luar tabii dengan lelaki lain di sebuah rumah di Selangor pada 9 Nov 2018.

Dia meminta dibicarakan dan prosiding tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan bantahan perlembagaannya di Mahkamah Presekutuan.

Sri Ram berkata, pihak yang mempunyai kepentingan dalam hal itu harus segera memulakan prosiding komital terhadap Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang dan duta khas kerajaan ke Timur Tengah.

“Jika Malaysiakini disabitkan kesalahan menghina mahkamah, maka situasi Hadi tidaklah lebih baik, malah mungkin lebih buruk.

“Tidak boleh ada pendekatan dwistandard dalam isu serangan terhadap tonggak utama kerajaan,” kata beliau.

Mkini Dotcom Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan Malaysiakini, didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan setelah didapati bersalah memfitnah badan kehakiman melalui siaran komen pembaca tahun lalu.

Peguam Negara mengemukakan tuduhan terhadap portal berita tersebut dan ketua pengarangnya, Steven Gan, yang kemudiannya didapati tidak bersalah.

Silap2 you kena maki hamun sama penyokong Hadi Awang nanti. Tak caya tengoklah.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
ok mek,

ru355 tidak perlu undian 2/3

dun negeri tidak bole mengubah undang2 syariah kerana tertakluk kpd Pihak persekutuan

dan artikel 121 tu memberitahu kita mahkamah syariah tidak bole masuk + hal mahkamah syariah

tidak kah persekutuan telah melanggar artikel 121 dlm hal iki ni?

jika federal saja bole tentukan undang2 syriah..knp federal masih ikut perlembagaan?

tidak kah mereka tahu agama islam adalah agama rasmi negara? Dan hubungan homoseksual itu melanggar peraturan islam?

persekutuan dan perlembagaan ni lebih tinggi drp agama islam ke apa?

kalau perlembagaan kita lapuk, dan tak mampu nak menegakkan kan islam, takkan kita masih nak folo juga?

perlembagaan tu kertas

Kalau tak betul, manusia la kene betulkan

knp perlu folo lg..?

gini tn akudotcom,

syariah vs sivil

undang undang sivil adalah undang undang oram puteh. biasanya undang sivil adalah dlm kontraks, tanah, jenayah, syarikat dsb

undang undang syariah adalah undang undang yg bersumberkan Alquran sunnah dsb regulate muamalah dengan manusia lain, hablumminannas
seperti wakaf pernikahan perceraian hadhanah jenayah dan sebagainya

oleh itu dengan peruntukan undang undang Artikel 121(1A), terdapat dua jenis mahkamah yg mempunyai bidang kuasanya sendiri.

Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa ekslusif yang tidak boleh dicampuri oleh Mahkamah Sivil
takde berlaku pertindihan kuasa kat sini

selesai sekarang hal Artikel 121 (1A).

dari sini kita tahu, untuk membentuk biidang kuasa eksklusif Mahkamah syariah memerlukan parlimen pinda Artikel 121 (1A)

Ok cukup. ini jelas. dah tak timbul pasal bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah

MAHKAMAH​

SIVIL
SYARIAH​

CABANG UNDANG UNDANG​

-KONTRAKS.

-WAKAF​
-PERNIKAHAN PERCERAIAN
-PERNIKAHAN PERCERAIAN​
-JENAYAH.
-JENAYAH​
-SYARIKAT.
-DSB​

kemudian kita narrow down dan soroti kepada jenayah yg mana bawah undang undang sivil dan undang undang syariah

masalah yg kita hadapi sekarang adalah penggubalan undang undang jenayah i.e undang undang JENAYAH syariah dan juga undang undang JENAYAH sivil

yg cabang undang undang jenayah tu sebenarnya bawah jurusdiction sapa, bawah bidang kuasa sapa
sapa yg berhak gubalnya

ada 3 benda asas yg patut tn akudotcom tahu dlm penghakiman Mahkamah
1. maksud precept of islam:
Dalam kes Sulaiman Takrib, YAA Tun Hamid (Ketua Hakim Negara ketika itu) terima definisi yang diberi oleh 3 tokoh besar Islam di Malaysia (Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj Abdul Rahman, Professor Dr Mohd Kamal bin Hassan dan Professor Muhammad Hashim Kamali). Definisi Perintah Agama Islam yang diterima ialah “ia tidak terhad kepada 5 rukun Islam semata-mata, bahkan termasuk juga undang-undang dan Syariah”.

asas pertama, definisi Perintah Agama Islam yang luas termasuk undang-undang dan syariah DITERIMA.

2.pastu kuasa Dun yg boleh menggubal undang undang berkenaan dibawah Senarai Negeri (State List) Item 1 senarai 2 Jadual kesembilan (Ninth Schedule) yg dikenali sebagai preclusion clause

“creation and punishment of offences by persons professing the religion of islam against precepts of that religion,” except in regard to matters included in the Federal List.

Jadual Kesembilan Senarai II Senarai Negeri memberi hanya memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-undang berkaitan dengan “pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama Islam (creation and punishment of offences by persons professing the religion of Islam against precepts of Islam).
Kuasa Dewan Undangan Negeri adalah terhad oleh perkataan “kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan” (Preclusion Clause).
Justeru itu, Jadual Kesembilan di dalam Senarai II Senarai Negeri juga dihadkan oleh Preclusion Clause ini.

Negeri boleh membuat undang-undang berkenaan precept of Islam selagi mana tidak menyentuh perkara dalam senarai persekutuan/federal list
ni asas kedua

3.item 4 senarai 1 jadual sembilan menyatakan parlimen mempunyai bidangkuasa untuk membuat undang undang jenayah/criminal law. criminal law mempunyai erti amat luas di bawah perlembagaan
Tiada definisi khusus diberikan untuk “Criminal Law” dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri mahupun Kanun Keseksaan. Mahkamah Persekutuan juga tidak berikan definisi tersebut dengan jelas.

asas ketiga, tiada definisi “Criminal Law” yang jelas.

4.Mahkamah mengatakan bahawa negeri boleh membuat undang-undang berkenaan precept of Islam selagi mana tidak menyentuh perkara dalam senarai persekutuan. Criminal law adalah perkara dalam senarai persekutuan.
Apa makna ini? Negeri-negeri tidak boleh langsung meluluskan undang-undang jenayah syariah. Period. Itu alasan ketua hakim negara kita. Maksudnya semua undang jenayah Islam negeri adalah unconstitutional.

Maksudnya, tiadalah undang-undang jenayah Islam yang boleh digubal DUN.

++++++++++++++++++++++++++++
Mahkamah Persekutuan mengambil pendekatan kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu (2008) di mana Tun Abdul Hamid (Ketua Hakim Negara ketika itu) menyatakan bahawa “pewujudan dan penghukuman kesalahan” (creation and punishment of offences) tertakluk kepada:

i) pelaku kesalahan itu mestilah menganut agama Islam;

ii) kesalahan itu bercanggah dengan perintah agama Islam (precepts of Islam);

iii) kesalahan itu tidak tersenarai di bawah Senarai Persekutuan ; dan

iv) hukuman ke atas pesalah tersebut mengikut bidang kuasa jenayah Syariah di bawah seksyen 2 Akta 355 1965 – hukuman tidak lebih 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5 ribu dan tidak lebih enam kali sebatan.

Dalam penghakiman ini, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara mengambil pendekatan ini dalam menentukan sama ada pewujudan dan penghukuman kesalahan (creation and punishment of offences) itu, ia mesti memenuhi keempat-empat ciri di atas.

Memandangkan ia tidak memenuhi syarat ketiga iaitu kesalahan itu tidak tersenarai di bawah kuasa Senarai Persekutuan, maka kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii di dalam seksyen 28 EJSS 1995 adalah tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah.

Tambahan pula, Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap jenayah persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii kerana kesalahan yang sama termaktub dalam seksyen 377A Kanun Keseksaan.

++++++++++++++++++++++++++++++++

tn akudotcom, Artikel 121 (1A) dah jelaskan yg Mahkamah syariah ada bidang kuasa esklusif yg tak boleh diganggu oleh Mahkamah sivil.
tu settled
pastu kita concentrate fokus pada antara cabang cabang undang-undang yg berada dibawah bidang kuasa mereka iaitu undang undang jenayah

sebelum kita nak masukkan undang undang jenayah sivil dan undang undang jenayah syariah ke dlm pembahagian bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah
terlebih dahulu, kita nak tengok penggubalan undang undang jenayah tersebut.
mana satu jatuh bawah bidang kuasa Federal/Persekutuan, mana satu jatuh bawah bidangkuasa Dun.
nampak dari keputusan Mahkamah Persekutuan bhw DUN tak boleh menggubal undang undang jenayah syariah

setelah kita determine bidang kuasa penggubalan undang undang jenayah tu milik Persekutuan,
barulah kita pergi ke Artikel 121 (1A) mengenai bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
nampaknya Mahkamah Syariah takde kes undang undang jenayah syariah utk dia handle, sebab undang undang jenayah syariah takde
yg ada hanyalah undang undang jenayah bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil

oleh itu kat sinilah kita perlukan pinda perlembagaan utk kembalikan kuasa DUN utk menggubal undang undang jenayah syariah, dan meletakkan senarai kedua senarai negeri State List tu dlm keadaan yg sepatutnya
kat sini undang undang jenayah semuanya bawah Persekutuan sebab menurut Mahkamah Persekutuan, semua criminal laws adalah bawah kuasa Persekutuan utk gubal dan bawah bidangkuasanya

misalnya jika berjaya pinda perlembagaan, maka undang undang jenayah syariah boleh digubal oleh Dun dan seterusnya barulah menjadi bidangkuasa Mahkamah Syariah utk handle kes jenayah syariah

melalui statement diatas, saya menjawab bahwa
1.hal sekarang takde kena mengena dengan Artkel 121 (1A)
2.sebelum nak membincangkan Artikel 121 (1A) terlebih dahulu kita kena tahu kuasa penggubalan undang undang jenayah syariah, criminal laws bawah sapa
menurut Federal list, State list
3. selepas kita tahu sapa yg menggubal criminal laws, atau undang undang jenayah syariah, barulah kita bercerita pasal bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sepertimana yg dijelaskan oleh Artikel 121 (1A)
sebab kita tahu yg handle kes undang undang jenayah adalah Mahkamah Sivil

4.Persekutuan sama sekali takde melanggar Artikel 121(1A)
5. Disebabkan kita follow perlembagaan persekutuan mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan, penghakiman oleh YAA Tengku Maimun Ketua Hakim Negara yg memutuskan bahawa criminal laws tidak boleh digubal oleh DUN

6.YAA Hakim semuanya tahu mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara di Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
dan hasil dari pengetahuan inilah, mereka menggunakan takrif precept of islam sebagaimana dlm kes Sulaiman Takrib
dan membezakan dengan definisi criminal laws

precept of islam-preclusion clause-criminal laws

7.mereka tahu hubungan homo ni melanggar peraturan Islam, namun mereka kategorikan liwat ni adalah criminal laws, maka criminal laws bawah Federal List, dan hanya Federal yg boleh gubal criminal laws, dan hanya Federal boleh handle kes jenayah criminal laws

persoalan ni adalah berkenaan bidang kuasa Federal bawah Federal list dan apakah bidang kuasa Dun bawh State List. Dun takleh gubal dan handle undang undang criminal laws

8.YAA Hakim semuanya sedar Islam adalah lebih tinggi daripada perlembagaan. sebab tu lah mereka ambik definisi precept of islam tu adalah segala galanya termasuk undang undang syariah

namun kat Federal List ada senaraikan senarai bawah bidang kuasa ia termasuklah criminal laws
oleh sebab itu criminal laws, undang undang jenayah syariah takde bawah Dun

ada kekurangan-defect kat sini oleh itu kita mahu pinda peruntukan undang undang yg relevan demi mengembalikan kuasa Dun utk menggubal undang undang jenayah syariah

9.disebabkan kita nak menegakkan undang undang syraiah lah jadi kita mahu 2/3 majority utk pinda perlembagaan

10.perlembagaan tu kertas
Kalau tak betul, maka manusialah yg memindanya.
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Lukman Sheriff

· 1j ·

Petisyen pinda perlembagaan

Alhamdullilah petisyen peguam bergerak maju. Target asal saya tidaklah tinggi. Sekadar mencapai sokongan G100 pun cukup untuk memberi impak. Tetapi Alhamdulillah atas dorongan kawan2 nombor itu diatasi. Ini pun ada rakan2 yang belum bergerak penuh. Jadi saya buka masa lagi untuk rakan2 menyokongnya. Selepas itu Insyaalah satu press conference dicadang diadakan dalam masa terdekat. Dari base narrative ini kita bergerak tuan puan.

Oleh kerana petisyen ini progressing well, saya akan usahakan petisyen umum dikeluarkan minggu ini. Saya harap ramai kawan2 di sini support petisyen tersebut.

Ada yang bertanya pelbagai soalan. Antara soalan adalah apakah pindaan yang dirancang dibuat. Saya pernah pinda perlembagaan dan ketika itu saya mencadangkan pindaan paling mudah sekali dan diterima. Apa yang saya fikirkan sekarang adalah untuk meminda “preclusion clause” sahaja dengan menambah beberapa perkataan supaya dapat kembali kepada keadaan sedia ada. Tetapi saya recognise mungkin lain ada pelbagai pandangan lain. Jadi saya mahu mendengar lain juga. Saya akan berikan contoh pindaan nanti dan berbincang dengan dengan seberapa ramai rakan2 yang menyokong nanti. Sebab itu akhirnya saya tidak letak cadangan pindaan di dalam petisyen.

Cadangan pindaan ini sepatutnya akan diketuai oleh AG. Selalunya AG akan panggil semua stakeholders. Dan saya harap AG dapat memanggil kami untuk beri pandangan. Kalau nombor petisyen peguam dan umum besar saya rancang akan maklum kepada AG petisyen kita sekiranya beliau tidak tahu lagi.

Antara soalan lain adalah kepada siapa petisyen2 ini akan diberi. Saya belajar dari ICERD. Yang paling kuat hasil petisyen adalah kesatuan kita. Kalau ramai bersatu ia akan memberi impak yang besar. Ini tujuan utama saya.

Pada masa ICERD dahulu saya telah cuba memberi petisyen kepada Raja2. Saya cuba pelbagai cara dan connection. Ia satu pengalaman yang mengajar. Setiap negeri mempunyai jalan tersendiri dan malangnya saya underestimate the proses ini dan “amount of work required”. Walauapapun icerd telah menjadi terlalu besar ketika itu dan setengah Raja2 saya difahamkan sudah ambil maklum.

Jadi kali ini saya mahu cara Yang direct. Dalam petisyen saya sudah maklumkan ia ditujukan kepada pihak eksekutif dan legislatif kerana melibatkan pindaan. Saya akan maklum kelak detailnya. Kalau jumlah petisyen umum ramai dan ada rakan2 yang boleh membantu, saya ingin cuba menyerahkannya kepada raja2 kita kerana ia melibatkan kuasa negeri. Saya tidak mahu janji kali ini tetapi kalau petisyen berjaya saya akan cuba usahakannya. Tanggungjawab meminda tetap kepada eksekutif dan legislatif. Saya hanya boleh merancang.

Jom kawan2. Kita bangkit sekali lagi.

fadl

Fun Poster
Joined
Feb 3, 2013
Messages
638
Reaction score
97
Points
30
Jangan jadi macam US plak nanti. Lelaki yang tolak cinta dari lelaki transgender dianggap hate crime.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Lukman Sheriff

· 1j ·

1. Fasal 74 Perlembagaan menyatakan persekutuan boleh menggubal undang2 dalam senarai persekutuan tetapi tiada kuasa menggubal perkara dalam senarai negeri.

2. Hanya negeri2 boleh menggubal undang2 dalam senarai negeri.

3. Dalam senarai negeri, setiap negeri berhak untuk mengadakan kesalahan dan hukuman bagi umat Islam yang melanggar perintah agama. Persekutuan dalam senarai persekutuan pun boleh berbuat demikian tetapi hanya untuk Wilayah Persekutuan.

4. Kalau mengikut Kes Iki Putra, negeri tiada lagi kuasa menggubal undang2 yang menyentuh “criminal law” dan jika persekutuan pula tiada kuasa menggubal undang2 berkenaan agama Islam untuk sesebuah negeri selain wilayah persekutuan, siapa yang ada bidangkuasa tersebut?

5. Adakah penggubal perlembagaan (framers of our constitution) menggubal perlembagaan supaya tiada badan yang ada kuasa menggubal. Tidak mungkin kan? Ini sudah menjadi “absurd”.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Lukman Sheriff

· 2j ·

Petisyen Rakyat: Pertahan Bidangkuasa Shariah. Pinda Perlembagaan
بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan ini saya mengajak kawan2 menyokong petisyen ini. Kita mula kecil dengan harapan ia memberi makna. Ranjaunya jauh dan jalan berliku2. Tetapi saya tidak nampak jalan yang
terbaik kecuali meminda perlembagaan.

Keseluruhan hakim mahkamah persekutuan telah membuat keputusan yang mempunyai implikasi mendalam terhadap perundangan jenayah Shariah. Ia sudah menjadi undang-undang. It has become the law. Dan saya rasa sukar mereka dan mahkamah persekutuan untuk mengambil pandangan berlainan dalam beberapa tahun akan datang. Sementara itu saya melihat satu demi satu cabaran dibuat di mahkamah sivil terhadap peruntukan2 jenayah shariah yang bakal melumpuhkan Sistem perundangan jenayah Shariah yang terpakai untuk muslim.

Kepada yang menyokong dan bersetuju, sila sokong dan kongsikan petisyen di http://chng.it/5DJVqKm6r8. Let’s make a difference.

#PertahanShariah
#PindaPerlembagaan

1615338248567.png
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
PERTAHAN BIDANGKUASA SHARIAH DAN PINDA PERLEMBAGAAN

POryROmuFIGiLIq-800x450-noPad.jpg

ABzmQFFAlhbbrwU-48x48-noPad.png

Pendukung Perlembagaan started this petition to KerajaanMalaysia and 3 others

KES MAHKAMAH IKI PUTRA: PERTAHANKAN SHARIAH DAN PINDAKAN PERLEMBAGAAN
  1. Kami merujuk kepada PETISYEN PEGUAM berkenaan implikasi keputusan kes Mahkamah Persekutuan Iki Putra v Kerajaan Negeri Selangor (“Kes Iki Putra”) yang pada masa ini telah mendapat ratusan sokongan peguam-peguam.
  2. Berdasarkan kepada petisyen di atas, kami percaya dan berpandangan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Iki Putra bakal membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah Shariah yang tersedia ada sayugia melumpuhkan langsung sistem jenayah Shariah di Malaysia. Mahkamah Persekutuan telah mengambil pendekatan yang berlainan dari keputusannya sebelum ini dan ini bakal menutup ruang gubalan Enakmen jenayah Shariah negeri-negeri di Malaysia yang sudah diamalkan sekian lama. Kami mahu keadaan ini diperbetulkan.
  3. Di dalam kes tersebut, Mahkamah telah sebulat suara menentukan bahawa, walaupun negeri mempunyai bidangkuasa luas untuk menggubal undang-undang Shariah menurut “perintah agama” Islam, tetapi bidangkuasa ini tidak boleh menyentuh apa-apa perkara berkenaan “undang-undang jenayah”/ “criminal law” kerana perkara “criminal law” adalah dalam bidangkuasa Persekutuan.
  4. Mahkamah telah mengambil takrifan yang luas bagi maksud “criminal law” untuk bidangkuasa persekutuan. Apa-apa peruntukan undang-undang yang membawa kepada hukuman misalnya denda atau penjara boleh disifatkan sebagai “criminal law”.
  5. Apabila Mahkamah mengambil pendekatan yang seluas begini, maka ia akan bertindih dengan banyak peruntukan jenayah Shariah kerana peruntukan jenayah Shariah juga bersifat kepada penghukuman seperti penjara atau denda. Yang lebih menekan adalah apabila Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang jenayah Shariah tetap terbatal walaupun tidak wujud undang-undang jenayah sivil selagimana isi kandungan/ “pith and substance” undang-undang Shariah menyentuh perkara “criminal law”.
  6. Ini jelas mempunyai implikasi yang terlalu luas. Tiada lagi ruang untuk mengharmoni dan menyelaraskan undang-undang jenayah sivil dan Shariah yang tersedia ada. Pindalah macam mana cara pun enakmen jenayah Shariah, selagi mana isi kandungannya menyentuh “criminal law” ia tetap terbatal.
  7. Selain itu, kes Iki Putra ini juga menghasilkan kelompongan di mana tiada badan samada persekutuan atau negeri yang boleh menggubal jenayah Shariah di negeri-negeri. Kita ambil contoh kesalahan berjudi yang jelas haram di sisi agama Islam. Selama ini, Enakmen jenayah Shariah memperuntukkan perjudian sebagai satu kesalahan bagi seorang muslim yang boleh dihukum dengan denda atau penjara. Ini jelas bertindih dengan hal kesalahan perjudian yang termaktub di bawah bidangkuasa “Criminal law” di bawah Perlembagaan. Maka jika kita mengikut keputusan kes Iki Putra, peruntukan perjudian Shariah bakal dibatal jika dicabar di mahkamah kelak dan negeri-negeri akan tiada lagi kuasa menggubal kesalahan perjudian bagi orang Islam sahaja. Ini juga boleh terpakai untuk kesalahan-kesalahan lain seperti minum arak, zina dsbg.
  8. Masalahnya bidangkuasa Parlimen pun terhad. Menurut Fasal 74 Perlembagaan, Parliamen tidak mempunyai bidangkuasa menggubal perkara dalam senarai negeri termasuklah undang-undang jenayah bagi orang Islam, kecuali untuk Wilayah Persekutuan. Jadi kalau kita ikut kes Iki Putra, bukan sahaja negeri-negeri tidak boleh menggubal kesalahan berjudi bagi umat Islam, Persekutuan pun tidak boleh juga kecuali di Wilayah Persekutuan. Bukankah ini satu keadaan yang sungguh “absurd”? Tidak mungkinkan Perlembagaan diolah oleh penggubal perlembagaan supaya tiada seorang pun yang boleh menggubal sedemikian?
  9. Berdasarkan sebab-sebab di atas, kami berpandangan dan percaya kes Iki Putra ini menggugat sistem jenayah Shariah yang diamalkan selama ini dan bakal melumpuhkannya selama2nya.
  10. Kami, sebagai rakyat Malaysia jelas, dari sebelum 1957, bahawa umat Islam tertakluk kepada dua undang-undang. (“Duality of Laws”) Satu undang-undang sivil dan satu lagi Shariah. Walaupun ia menimbulkan keadaan di mana satu perbuatan itu salah kepada muslim dan tidak salah kepada bukan muslim dan dengan itu diskriminatif, ini adalah apa yang diminta diamal oleh umat Islam dari sebelum merdeka lagi. Umat Islam mahukan mereka tertakluk kepada “social order” atau “personal law” Islam dan tiada masalah dengan diskriminasi ini. Mereka tidak mahu disamaratakan dengan bukan Islam dalam hal ini. “No equality of law”.
  11. Amalan “duality” ini termaktub di dalam Perlembagaan. Fasal 8 Perlembagaan kita menuntut kesamaratan di mana “everyone is equal before the law” dan tiada diskriminasi berdasarkan agama dibenarkan. Tetapi prinsip ini tidak mutlak. Prinsip kesamarataan ini diberi pengecualian selagimana diperuntukan sebaliknya di dalam Perlembagaan. Dan Jadual 9 Perlembagaan dengan jelas membenarkan setiap negeri menggubal undang-undang jenayah Shariah yang terpakai untuk orang Islam sahaja yang jelas bertentangan dengan konsep kesamarataan.
  12. Masalah utama kita adalah golongan yang mahu samaratakan kita. Cabaran demi cabaran dibuat di mahkamah untuk samaratakan umat Islam. Mereka ini tidak faham sejarah dan kompromi-kompromi Perlembagaan yang kita sepakati selama ini. Dan yang sedihnya Muslim yang terlibat tidak faham implikasi mencabar cara begini. Akhirnya seluruh sistem perundangan jenayah Shariah bakal runtuh.
  13. Sebagai rakyat Malaysia kita bantah kesamarataan ini. Umat Islam di sini mahu melaksanakan hak beragama mereka supaya tertakluk kenapa “duality of laws” dan kita hormati kehendak dan tradisi ini. Rata-rata umat Islam mahu amalan yang lama ini dikekalkan dan permintaan ini tidak langsung menyentuh hak bukan Islam.
  14. Oleh kerana keputusan mahkamah ini menyentuh Perlembagaan kita, maka kita tiada pilihan untuk mendesak Perlembagaan dipinda. Kita mahu undang-undang jenayah Shariah yang tersedia ada dipertahankan. Kita mahu Perlembagaan kita dipinda kepada keadaan sebelum keputusan kes Mahkamah Iki Putra.
Dengan itu, kami yang dinyatakan di bawah ini, menyokong penuh petisyen untuk mempertahankan bidangkuasa jenayah Shariah dan meminda Perlembagaan seperti yang dicadangkan di atas.

#PertahankanShariah
#PindaPerlembagaan.

https://www.change.org/p/pinda-perl...mpaign=share_petition&utm_term=share_petition
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

23j ·

Minda Presiden PAS

BUAYA SUDAH MENYENTUH UMPAN, TUNGGU MASA MENYENTAP KAIL

Saya tidak menyangka tulisan saya berkenaan kedudukan Islam dalam Perlembagaan menjadi pancing yang dimakan umpannya.

Benar sungguh pepatah Melayu yang tidak patut dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa:
“Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya.”

Apatah lagi binatang yang cerdik, pintar lagi ganas, sudah tentu sukar untuk dipancing. Namun, binatang yang paling cerdik seperti sang kancil akhirnya masuk perangkap juga. Bahkan sebesar-besar dan segagah-gagah binatang seperti gajah pun dapat ditangkap.

Begitulah juga seganas-ganas binatang seperti singa pun manusia tahu cara untuk menangkapnya, sehingga dipenjarakan di dalam zoo atau dijadikan binatang untuk pertunjukan sarkas sebagai tontonan bagi mendapatkan duit.

Maka buaya yang ganas akhirnya dapat ditangkap walaupun bijak berselindung di bawah permukaan air yang paling tenang yang disangka tiada buaya.

Buaya itu muncul atas nama tokoh-tokoh liberal, media dan NGO sehingga mengocak ketenangan hakim dan mahkamah.

Bukan mudah untuk mendedahkan kebenaran tentang seseorang penyokong dan pembela makhluk di luar tabii, kerana ia adalah suatu sifat yang sangat memalukan.

Binatang pun banyak yang tidak melakukan perkara yang paling luar biasa dalam kalangan makhluk di alam yang luas dan paling majmuk ini. Hanya segelintir manusia sahaja yang melakukan perbuatan makhluk di luar tabii.

Bahkan sebahagian dalam kalangan bukan Islam juga tidak mahu menjadi peminat kepada golongan terkutuk itu, kerana semua agama yang mempunyai kitab menentang amalan luar tabii. Maka, tidak sepatutnya dalam kalangan penganut Islam menjadi peminatnya.

Begitulah susahnya untuk seseorang manusia itu melakukan perkara di luar tabii. Maka, sudah tentu bukan mudah untuk menzahirkan seseorang yang dianggap bijak boleh menjadi pembela kepada makhluk di luar tabii. Justeru, betapa sukarnya untuk mengail manusia yang bersifat laksana buaya yang ganas dan dianggap cerdik.

Namun, kini perkara terebut sudah menjadi kebiasaan, termasuklah Malaysia hari ini, kerana kita berada di dunia yang sudah terlalu melampau dalam menuntut kebebasan. Sehingga kebebasan yang berada di luar tabii juga dituntut, laksana pemandu kereta di jalan yang sibuk. Atas nama kebebasan, ada pemandu yang memacu dengan melampaui tahap kelajuan. Bahkan mereka bersedia melanggar lampu isyarat dan bersedia menempah kemalangan yang membunuh diri mereka sendiri.

Tambahan pula, hari ini kita berada pada zaman manusia memperjuangkan hak asasi binatang secara lebih gigih dibandingkan daripada hak asasi manusia itu sendiri.

Maka, tidaklah patut Malaysia hari ini ada orang seperti itu, kerana sebahagian besar daripada masyarakat negara ini masih beragama, dan semua agama masih mempunyai fitrah kemanusiaannya. Inilah hikmah konsep kebebasan beragama yang dicatatkan dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya kebebasan berasaskan konsep liberalisme yang tidak beragama.

Maka, sungguh benar firman Allah SWT:
﴿وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ١٧٩﴾
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakan daripada kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah); dan mereka mempunyai mata, (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah); dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A'raf: 179)

Betapa jijiknya manusia yang bersifat luar tabii, sehingga al-Quran membawakan wahyu yang menceritakan tentang peristiwa yang benar berlaku, apabila Allah SWT mengutuskan seorang Rasul bernama Nabi Lut AS.

Firman Allah SWT:
﴿وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ٨٠ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ٨١﴾
“Dan Nabi Lut juga (yang Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: ‘Patutkah kalian melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini yang mendahului kalian? (80); Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kalian dengan meninggalkan perempuan, bahkan kalian ini adalah kaum yang melampaui batas.’ (81).” (Surah al-A'raf: 80-81)

Kesan bencana yang menimpa ke atas kaum Nabi Lut AS, telah meninggalkan laut yang dinamakan dengan Laut Mati dan peristiwa yang menyaksikan Allah SWT menenggelamkan sebuah negara yang dinamakan dengan negara Sodom.

Maka, munasabah kelakuannya dinamakan oleh bahasa Barat dengan perkataan ‘sodomy’. Tidak sepatutnya digunakan perkataan liwat yang dikaitkan dengan nabi yang mulia, Nabi Lut AS.

Rasulullah SAW memberikan amaran kepada umatnya bagi mencegah daripada berlakunya kemungkaran yang dahsyat ini, melalui sabdanya:
لَعَنَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بالنِّسَاءِ، والمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بالرِّجَالِ.
“Rasulullah SAW telah melaknat para lelaki yang berlagak menyerupai wanita dan para wanita yang berlagak menyerupai lelaki.” (Riwayat al-Bukhari 5885)

Laknat Rasulullah SAW itu bermaksud bencana terhadap kehidupan manusia di dunia dan dan kelak akan diseksa selepas meninggal dunia.

Kejadian yang menyebabkan merebaknya virus HIV yang lebih bahaya daripada wabak Covid-19 sudah cukup memberikan iktibar. Akan tetapi, begitulah perangai manusia dan bangsa yang mudah lupa.

Walaupun penularan Covid-19 telah dikatakan bermula daripada jangkitan binatang yang melakukan amalannya, tetapi terdapat manusia yang lebih parah kebodohannya daripada binatang.

Kita sedang menyaksikan tanda-tanda merudumnya tamadun Barat yang dianggap maju. Bermula dengan keruntuhan moral kemanusiaan dan hilangnya jati diri manusia yang sebenar, kemudian diikuti dengan berlakunya kezaliman yang mengganas.
Al-Quran menceritakan peristiwa benar yang akan berulang sepanjang zaman, sebagaimana firman Allah SWT:
﴿أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ٦ إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ٧ الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ٨ وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ٩ وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ١٠ الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ١١ فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ١٢ فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ١٣ إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ١٤﴾
“(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau memperhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum ‘Aad (yang kufur derhaka). (6); Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya). (7); (Bangunan) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (saiz binaan yang besar dan kukuhnya) di semua negeri (pada zamannya)? (8); Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadi al-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9); Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10); (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (11); Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12); Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka pelbagai paluan azab. (13); Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan pada Hari Akhirat). (14).” (Surah al-Fajr: 6-14)

Begitulah Allah SWT menamatkan ajal negara bertamadun yang terawal dengan menjelaskan bagi setiap manusia itu ajalnya dan kelak akan wujud suatu kehidupan yang lain.

Apa yang penting manusia yang berakal itu janganlah merosakkan diri sendiri, sehingga mereka menjadi laksana kelekatu dan serangga menerkam ke arah api yang membakar mereka.

Saya sedang menunggu kail dimakan lebih dalam dan ditelan lebih ke dalam untuk menyentapnya. Ini bukanlah mencabar mana-mana pihak, tetapi hanya sekadar memberi peringatan kepada mereka yang masih berakal budi.
Firman Allah SWT:
﴿قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُمْ بِوَاحِدَةٍ أَنْ تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِكُمْ مِنْ جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ٤٦﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku hanyalah mengajar dan menasihati kalian dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kalian bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kalian berfikir dengan cara paling matang (untuk mengetahui salah dan benarnya ajaran-Ku).’ Sebenarnya tidak terdapat pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kalian sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh);d ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kalian, sebelum kalian ditimpa azab yang berat (pada Hari Akhirat). (Surah Saba’: 46)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Rajab 1442 / 9 Mac 2021

1615338678599.png
 
teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,141
Reaction score
326
Points
51

View attachment 350414

Cakap je lah direct apa yang nak disampaikan.. nak berbunga2 lagi.. last2 isi penting pun tiada.. :ROFLMAO:

Perangai typical penunggang agama..hujung2 masuk segala hadis dan firman..
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,254
Reaction score
12,619
Points
1,906
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

19j ·

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) menyokong inisiatif ini dan menyeru orang ramai untuk menandatangani petisyen Kes Mahkamah Iki Putra: Pertahankan Shariah dan Pindakan Perlembagaan.
Keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes ini bakal membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah syariah yang tersedia ada lantaran akan melumpuhkan langsung sistem jenayah di Malaysia. Kita perlu mempertahankan Enakmen Jenayah Syariah dan mendesak untuk tidak diganggu-gugat sistem ini dan jika tiada tindakan, undang-undang ini bakal lumpuh selama-lamanya.

1f4cd.png
1f50e.png
Berikut adalah link petisyen:
http://chng.it/ZK42zJPc

KES MAHKAMAH IKI PUTRA: PERTAHANKAN SHARIAH DAN PINDAKAN PERLEMBAGAAN

1. Kami merujuk kepada PETISYEN PEGUAM berkenaan implikasi keputusan kes Mahkamah Persekutuan Iki Putra v Kerajaan Negeri Selangor (“Kes Iki Putra”) yang pada masa ini telah mendapat ratusan sokongan peguam-peguam.

2. Berdasarkan kepada petisyen di atas, kami percaya dan berpandangan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Iki Putra bakal membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah Shariah yang tersedia ada sayugia melumpuhkan langsung sistem jenayah Shariah di Malaysia. Mahkamah Persekutuan telah mengambil pendekatan yang berlainan dari keputusannya sebelum ini dan ini bakal menutup ruang gubalan Enakmen jenayah Shariah negeri-negeri di Malaysia yang sudah diamalkan sekian lama. Kami mahu keadaan ini diperbetulkan.

3. Di dalam kes tersebut, Mahkamah telah sebulat suara menentukan bahawa, walaupun negeri mempunyai bidangkuasa luas untuk menggubal undang-undang Shariah menurut “perintah agama” Islam, tetapi bidangkuasa ini tidak boleh menyentuh apa-apa perkara berkenaan “undang-undang jenayah”/ “criminal law” kerana perkara “criminal law” adalah dalam bidangkuasa Persekutuan.

4. Mahkamah telah mengambil takrifan yang luas bagi maksud “criminal law” untuk bidangkuasa persekutuan. Apa-apa peruntukan undang-undang yang membawa kepada hukuman misalnya denda atau penjara boleh disifatkan sebagai “criminal law”.

5. Apabila Mahkamah mengambil pendekatan yang seluas begini, maka ia akan bertindih dengan banyak peruntukan jenayah Shariah kerana peruntukan jenayah Shariah juga bersifat kepada penghukuman seperti penjara atau denda. Yang lebih menekan adalah apabila Mahkamah memutuskan bahawa undang-undang jenayah Shariah tetap terbatal walaupun tidak wujud undang-undang jenayah sivil selagimana isi kandungan/ “pith and substance” undang-undang Shariah menyentuh perkara “criminal law”.

6. Ini jelas mempunyai implikasi yang terlalu luas. Tiada lagi ruang untuk mengharmoni dan menyelaraskan undang-undang jenayah sivil dan Shariah yang tersedia ada. Pindalah macam mana cara pun enakmen jenayah Shariah, selagi mana isi kandungannya menyentuh “criminal law” ia tetap terbatal.

7. Selain itu, kes Iki Putra ini juga menghasilkan kelompongan di mana tiada badan samada persekutuan atau negeri yang boleh menggubal jenayah Shariah di negeri-negeri. Kita ambil contoh kesalahan berjudi yang jelas haram di sisi agama Islam. Selama ini, Enakmen jenayah Shariah memperuntukkan perjudian sebagai satu kesalahan bagi seorang muslim yang boleh dihukum dengan denda atau penjara. Ini jelas bertindih dengan hal kesalahan perjudian yang termaktub di bawah bidangkuasa “Criminal law” di bawah Perlembagaan. Maka jika kita mengikut keputusan kes Iki Putra, peruntukan perjudian Shariah bakal dibatal jika dicabar di mahkamah kelak dan negeri-negeri akan tiada lagi kuasa menggubal kesalahan perjudian bagi orang Islam sahaja. Ini juga boleh terpakai untuk kesalahan-kesalahan lain seperti minum arak, zina dsbg.

8. Masalahnya bidangkuasa Parlimen pun terhad. Menurut Fasal 74 Perlembagaan, Parliamen tidak mempunyai bidangkuasa menggubal perkara dalam senarai negeri termasuklah undang-undang jenayah bagi orang Islam, kecuali untuk Wilayah Persekutuan. Jadi kalau kita ikut kes Iki Putra, bukan sahaja negeri-negeri tidak boleh menggubal kesalahan berjudi bagi umat Islam, Persekutuan pun tidak boleh juga kecuali di Wilayah Persekutuan. Bukankah ini satu keadaan yang sungguh “absurd”? Tidak mungkinkan Perlembagaan diolah oleh penggubal perlembagaan supaya tiada seorang pun yang boleh menggubal sedemikian?

9. Berdasarkan sebab-sebab di atas, kami berpandangan dan percaya kes Iki Putra ini menggugat sistem jenayah Shariah yang diamalkan selama ini dan bakal melumpuhkannya selama2nya.

10. Kami, sebagai rakyat Malaysia jelas, dari sebelum 1957, bahawa umat Islam tertakluk kepada dua undang-undang. (“Duality of Laws”) Satu undang-undang sivil dan satu lagi Shariah. Walaupun ia menimbulkan keadaan di mana satu perbuatan itu salah kepada muslim dan tidak salah kepada bukan muslim dan dengan itu diskriminatif, ini adalah apa yang diminta diamal oleh umat Islam dari sebelum merdeka lagi. Umat Islam mahukan mereka tertakluk kepada “social order” atau “personal law” Islam dan tiada masalah dengan diskriminasi ini. Mereka tidak mahu disamaratakan dengan bukan Islam dalam hal ini. “No equality of law”.

11. Amalan “duality” ini termaktub di dalam Perlembagaan. Fasal 8 Perlembagaan kita menuntut kesamaratan di mana “everyone is equal before the law” dan tiada diskriminasi berdasarkan agama dibenarkan. Tetapi prinsip ini tidak mutlak. Prinsip kesamarataan ini diberi pengecualian selagimana diperuntukan sebaliknya di dalam Perlembagaan. Dan Jadual 9 Perlembagaan dengan jelas membenarkan setiap negeri menggubal undang-undang jenayah Shariah yang terpakai untuk orang Islam sahaja yang jelas bertentangan dengan konsep kesamarataan.

12. Masalah utama kita adalah golongan yang mahu samaratakan kita. Cabaran demi cabaran dibuat di mahkamah untuk samaratakan umat Islam. Mereka ini tidak faham sejarah dan kompromi-kompromi Perlembagaan yang kita sepakati selama ini. Dan yang sedihnya Muslim yang terlibat tidak faham implikasi mencabar cara begini. Akhirnya seluruh sistem perundangan jenayah Shariah bakal runtuh.

13. Sebagai rakyat Malaysia kita bantah kesamarataan ini. Umat Islam di sini mahu melaksanakan hak beragama mereka supaya tertakluk kenapa “duality of laws” dan kita hormati kehendak dan tradisi ini. Rata-rata umat Islam mahu amalan yang lama ini dikekalkan dan permintaan ini tidak langsung menyentuh hak bukan Islam.

14. Oleh kerana keputusan mahkamah ini menyentuh Perlembagaan kita, maka kita tiada pilihan untuk mendesak Perlembagaan dipinda. Kita mahu undang-undang jenayah Shariah yang tersedia ada dipertahankan. Kita mahu Perlembagaan kita dipinda kepada keadaan sebelum keputusan kes Mahkamah Iki Putra.

Dengan itu, kami yang dinyatakan di bawah ini, menyokong penuh petisyen untuk mempertahankan bidangkuasa jenayah Shariah dan meminda Perlembagaan seperti yang dicadangkan di atas.
#PertahankanShariah
#PindaPerlembagaan

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register