BTC USD 56,979.9 Gold USD 1,779.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Persekutuan akan putuskan cabaran lelaki terhadap tuduhan seks luar tabii

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,701
Reaction score
1,185
Points
111
Semua undang2 tu manusia sendiri yg buat..

kalau org islam buat depa namakan syariah
Kalau lord reid buat, dia namakan sivil
Undang2 sivil lebih adil
Dia kenekan hukuman semua pd pesalah tanpa mengira agama
Manakala Undang2 syariah dia nak potong tgn pd pesalah muslim saja

Cuma masalah undang2 sivil
Dia lepaskan pesalah vvip saja
Hahah

Saya rasa bro salah faham ni pasal potong tangan pesalah muslim ni.

Yang potong tangan tu, hudud & qisas. Undang-undang tu bukan untuk muslim saja. Kalau negara tu laksanakan hukuman potong tangan untuk pencuri, semua rakyat dalam negara tu mesti tertakluk pada hukuman yang sama tak kiralah pencuri tu muslim ka non-muslim.

Hudud & qisas tu undang-undang bernegara. Kaedah perlaksanaannya jugak secara bernegara. Tak pilih bulu bosss..
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
1614312958745.png


ULASAN | Apa maksud keputusan mahkamah isu seks luar tabii?
Mohamed Hadi A.H
Diterbitkan 25 Feb 2021, 3:47 pm

Dikemaskini 25 Feb 2021, 4:06 pm



ULASAN | Apa sebenarnya yang berlaku di Mahkamah Persekutuan hari ini?
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kesalahan jenayah liwat (seks di luar tabii) yang terkandung di dalam Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (EJS 1995) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Apa asal-usul kes ini?
Pemohon, Iki Putra bin Mubarrak telah didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi.

Tidak berpuas hati dengan pertuduhan ini, Iki Putra telah mencabar peruntukan Seksyen 28 EJS 1995 dengan mendakwa negeri/Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal/membicarakan jenayah liwat.

Benarkah dakwaan negeri dan Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa ke atas jenayah liwat?
Kita perlu kembali kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Siapa yang ada bidang kuasa terhadap apa.

Secara umumnya, undang-undang jenayah merupakan bidang kuasa kerajaan persekutuan di bawah Senarai Persekutuan (Federal List). Di bawah Senarai Negeri (State List), Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan secara spesifik satu senarai panjang (tetapi terhad) mengenai bidang kuasa negeri dan Mahkamah Syariah dalam kesalahan jenayah, iaitu "...pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam senarai persekutuan..."

Kata kunci penting di sini ialah kesalahan penganut Islam terhadap perintah agama atau dalam bahasa Inggerisnya creation and punishment of offences by persons professing the religion of Islam against precepts of Islam.

Tun Abdul Hamid Mohamad ketika menjadi Ketua Hakim Negara di dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2008 telah merumuskan satu formula mengenai bidang kuasa jenayah Syariah seperti berikut:
(i) kesalahan itu mestilah terpakai terhadap penganut agama Islam sahaja;
(ii) kesalahan itu mestilah bercanggah dengan perintah agama (against the precepts of Islam);
(iii) kesalahan itu tidak termasuk di bawah bidang kuasa Senarai Persekutuan; dan
(iv) kesalahan itu mengikut bidang kuasa jenayah yang ditetapkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 (hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan).

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini turut menggunapakai formula di atas dan memutuskan kesalahan jenayah liwat di bawah EJS 1995 memenuhi ciri-ciri butiran (i), (ii) dan (iv) tetapi tidak memenuhi syarat butiran (iii).

Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap jenayah liwat kerana kesalahan liwat telah termaktub di dalam Kanun Keseksaan, antaranya di bawah Seksyen 377A.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed turut memutuskan bahawa bidang kuasa jenayah Syariah yang dimiliki oleh negeri dan Mahkamah Syariah ialah bersifat 'residual', iaitu apa yang tidak diambil oleh kerajaan persekutuan/Mahkamah Sivil, bakinya akan diambil oleh negeri/Mahkamah Syariah.

Ini merupakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sendiri seperti mana yang terkandung di dalam Senarai Negeri. Memandangkan kerajaan persekutuan telah mengambil jenayah liwat dan diletakkan di bawah Kanun Keseksaan, negeri/Mahkamah Syariah tidak ada kuasa lanjut untuk mendakwa/membicarakan jenayah liwat.

Hakim Besar Malaya juga bersetuju bahawa dengan adanya dua jenayah berbeza di dua mahkamah berbeza, ini akan membawa kepada ketidakadilan yang nyata kerana penganut Muslim yang meliwat boleh didakwa di Mahkamah Syariah yang memperuntukkan hukuman yang lebih ringan, sedangkan orang bukan Islam yang meliwat pula perlu didakwa di Mahkamah Sivil yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat. Ini bercanggah dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi disebabkan agama.


Adakah keputusan seumpama ini pernah berlaku sebelum ini?
Ada, tetapi terbalik. Pada tahun 1988 Mahkamah Agung di dalam kes Mamat Daud telah memutuskan bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana parlimen/kerajaan persekutuan telah melanggar bidang kuasa negeri dalam menggubal undang-undang berkenaan dengan pelanggaran terhadap ajaran Islam yang jatuh di bawah bidang kuasa negeri.
Di dalam kes tersebut, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan insiden sembahyang dua imam yang menggugat keharmonian masyarakat.

Mahkamah Agung dengan majoriti 3:2 memutuskan bahawa kerajaan persekutuan melalui parlimen tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang yang melibatkan keharmonian agama Islam kerana itu merupakan bidang kuasa negeri.

Disebabkan itu Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak terpakai untuk negeri-negeri dan hanya sah digunapakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja sehingga ke hari ini.

Dah boleh meliwat ke lepas ni?
Kesalahan meliwat tetap merupakan satu jenayah di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan variasi seksyen-seksyen lain yang berkaitan dengannya.

Apa selepas ini?
Kesemua peruntukan kesalahan jenayah liwat di bawah enakmen jenayah Syariah negeri-negeri tidak sah. Namun bukan semua negeri mempunyai peruntukan untuk kesalahan liwat di dalam enakmen jenayah Syariah.

Contohnya, enakmen jenayah Syariah negeri Perak dan Pahang tidak ada kesalahan liwat. Ini pun boleh dikira satu diskriminasi juga. Ada negeri seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan, liwat ialah jenayah Syariah.

Tetapi di Perak dan Pahang, bukan jenayah Syariah. Bolehkah satu maksiat menjadi satu kesalahan di satu negeri tetapi tidak menjadi satu kesalahan di negeri lain?
Selama ini juga penulis belum pernah mendengar jenayah liwat yang didakwa di Mahkamah Syariah (mungkin ada, tetapi kita sendiri tidak pernah tahu melainkan kes terpencil dan tidak mendapat liputan media).
Tindakan Pendakwa Syarie Selangor yang memulakan pendakwaan kes ini di Mahkamah Syariah pun dikira ajak janggal kerana kes ini boleh diadukan terus ke pihak polis untuk siasatan jenayah di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Apakah sudah ada siasatan rasmi yang dilakukan oleh pihak polis? Kita tidak tahu apa yang berlaku di dalam kes ini. Jika benar-benar siasatan pihak berkuasa mendapati terdapat asas di dalam perlakuan jenayah liwat, maka platform terbaik untuk menyelesaikan kes ini ialah pendakwaan di mahkamah Sesyen, seperti yang berlaku di dalam kes-kes lain sebelum ini.

Kerajaan negeri perlu menyemak semula satu-persatu peruntukan jenayah Syariah di dalam enakmen/ordinan jenayah Syariah masing-masing untuk memastikan kesalahan-kesalahan jenayah Syariah ini memenuhi formula kes Sulaiman Takrib dan disahkan oleh kes Iki Putra hari ini.

Tetapi secara praktikalnya, tidak ada apa-apa pun perubahan yang berlaku kerana pendakwaan di Mahkamah Syariah untuk jenayah liwat pun tidak ada, kecuali kes Iki Putra ini.

Negeri-negeri yang terbabit pun tidak ada keperluan segera untuk meminda enakmen jenayah Syariah negeri bagi membuang peruntukan jenayah liwat.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana peruntukan kesalahan liwat ini boleh masuk ke dalam enakmen jenayah Syariah negeri-negeri sedari awal? Untuk berlaku adil, ini merupakan budi bicara negeri masing-masing yang merasakan mereka mungkin mempunyai bidang kuasa (dan tidak ada keputusan mahkamah yang menyatakan mereka tidak ada bidang kuasa).

Namun ada negeri yang memilih untuk tidak menjadikan kesalahan liwat sebagai satu jenayah di dalam enakmen jenayah Syariah memandangkan kesalahan itu telah ada di dalam Kanun Keseksaan, malahnya hukumannya juga lebih berat.

Polemik ini sering diulas sejak tahun 1998 lagi ekoran kes Sukma Darmawan namun memandangkan tidak ada pihak yang didakwa di Mahkamah Syariah kerana meliwat dan mencabar peruntukan tersebut di Mahkamah Persekutuan, maka peruntukan kesalahan liwat di dalam enakmen jenayah Syariah negeri-negeri tidak dapat diuji.

Namun penantian selama lebih 20 tahun berakhir hari ini apabila Mahkamah Persekutuan telah memberikan kata putus.

Kesimpulan
Dengan majoriti 9 - 0 Mahkamah Persekutuan hari ini telah mengambil keputusan yang konsisten dengan kes Sulaiman Takrib berdasarkan empat formula yang ditentukan oleh Tun Abdul Hamid Mohamad sebelum ini.
Tidak ada apa-apa yang telah 'tergadai' atau 'tergugat' di dalam isu ini. Sesetengah komen yang bersifat terlalu 'far-reaching' dan bersalut sentimen tidak perlulah diambil kira.

MOHAMED HADI A H merupakan lulusan undang-undang sivil dan syariah dari universiti yang terletak di Sungai Pusu, Gombak merupakan pemegang PhD.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
1614313100869.png


SIS: Keputusan Mahkamah Persekutuan tidak hina Islam
Sisters in Islam
Diterbitkan 26 Feb 2021, 11:32 am

Dikemaskini 11:34 am



ULASAN | Tulisan ini merupakan maklum balas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.
Sisters in Islam (SIS) menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengisytiharkan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 sebagai tidak berperlembagaan dan menetapkan bahawa kuasa untuk menggubal undang-undang jenayah terletak kepada Parlimen dan bukan kepada Dewan Undangan Negeri.

Keputusan ini tidak sekali-kali dilihat sebagai menghina agama Islam atau merendahkan umat Islam ataupun kedudukan institusi agama ataupun Majlis Raja-raja.


BACA BERKAITAN:

Undang-undang syariah Selangor isu seks luar tabii tak sah - Mahkamah Persekutuan
ULASAN | Apa maksud keputusan mahkamah isu seks luar tabii?

Sebaliknya keputusan Mahkamah Persekutuan ini menjelaskan tentang proses penggubalan undang-undang, khususnya undang-undang jenayah syariah yang dilihat bertentangan dengan semangat federalisme yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama dan tertinggi di Malaysia.

Keputusan sebulat suara yang dicapai oleh Mahkamah Persekutuan tersebut juga menyatakan bahawa Dewan Undangan Negeri tidak boleh menggubal undang-undang yang tidak termasuk di bawah bidang kuasanya sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Jadual ke-9, Senarai Negeri.

Mahkamah juga menyatakan frasa ‘the precepts of Islam’ tidak memberi kuasa mutlak kepada Dewan Undangan Negeri untuk menggubal apa-apa sahaja undang-undang Islam tanpa had.

Sebagai salah satu dari cabang penting kerajaan, mahkamah mempunyai kuasa untuk menyemak dan membatalkan mana-mana peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang yang digubal secara salah oleh badan perundangan (legislatif).

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini merupakan keputusan yang amat penting dan signifikan memandangkan komuniti LGBTQ di Malaysia masih lagi tidak diterima oleh orang ramai dan seringkali menjadi mangsa salah guna kuasa oleh pelbagai pihak seperti penguatkuasa agama dan pihak berkuasa yang lain.

Isu penganiayaan oleh penguatkuasa agama di bawah undang-undang jenayah syariah telah menyebabkan diskriminasi, penghinaan, keganasan dan ketidakadilan seperti serbuan di premis-premis peribadi (seperti di rumah persendirian, di bilik hotel dan lain-lain).

Ini dapat dilihat di dalam kes dua orang wanita yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak enam kali di hadapan lebih dari 150 orang di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada tahun 2018 atas kesalahan percubaan melakukan hubungan songsang.

a21a0e2836057f4b10e8c8081bac3ce2.jpeg


Ketidakadilan yang dilakukan oleh penguatkuasa agama ini juga dapat dilihat apabila tertuduh sukar untuk mendapat khidmat peguam di mahkamah kerana mereka ditangkap atas sebab jenayah yang terkait dengan agama.

Disebabkan ini, ramai yang memilih untuk mengaku salah tanpa perbicaraan bagi mengurangkan rasa malu dan hina akibat pendakwaan di bawah undang-undang Islam.

Komuniti LGBTQ juga sentiasa menjadi mangsa kenyataan-kenyataan yang berbaur negatif oleh pihak berkuasa dan lebih banyak lagi kenyataan yang tidak benar dinyatakan, lebih banyak keganasan yang akan berlaku terhadap komuniti ini.

Ini akan menyebabkan stigma dan diskriminasi.
Akhir kata, undang-undang Islam yang digubal oleh mana-mana kerajaan di mana-mana negara termasuk Malaysia bukanlah berunsur ‘divine’ atau ilahi.

Undang-undang Islam yang ada di negeri-negeri di Malaysia adalah dari usaha pemahaman dan tafsiran manusia tentang Al-Qur’an yang kemudian dijadikan sebagai undang-undang yang digubal melalui proses penggubalan di dalam Dewan Undangan Negeri.

Keputusan tak lemahkan umat Islam
Segala pindaan atau perubahan atau pengkajian semula undang-undang Islam tersebut tidak bererti bahawa agama Islam diperkotak-katikkan.

Adalah mustahil bagi keyakinan dan keimanan kita sebagai umat Islam begitu lemah sekali sehinggakan kita meletakkan sumber kekuatan umat Islam semata-mata ke atas undang-undang Islam, Mahkamah Syariah dan institusi Islam yang sedia ada.

Nilai kita sebagai masyarakat dan umat Islam juga adalah terserlah pada keseluruhan undang-undang yang ada termasuklah Perlembagaan Persekutuan.

Nilai-nilai keislaman seperti keadilan, martabat dan kasih sesama manusia masih boleh diangkat oleh sistem perundangan Islam juga sivil.

Keputusan mahkamah ini tidak melemahkan Islam di Malaysia, ianya meluruskan sistem perundangan yang kita ada selari iaitu Islam dan sivil, di mana sebelum ini terdapat beberapa ketidakpastian.
Penjelasan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ini akan membawa kita lebih dekat kepada keadilan dan rakyat Malaysia adalah lebih saksama di bawah undang-undang negara.

NGO SISTERS IN ISLAM memperjuangkan hak-hak wanita Islam di Malaysia di dalam kerangka Islam, prinsip-prinsip hak asasi manusia, jaminan perlembagaan serta realiti kehidupan dan pengalaman wanita.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
SIS ni, mmg penghakiman Mahkamah Persekutuan takde langsung berkait pasal penghinaan terhadap Islam
aduuh jauh sekali Mahkamah Persekutuan nak buat penghakiman yg menghina Islam


penghakiman ni adalah berdasarkan bidang kuasa Persekutuan dan Negeri ( Federal list as vs state List in the Ninth Schedule)
pertindanan jenayah syariah dan jenayah sivil, sapa yg win upper hand
kedudukan jenayah syariah dan Mahkamah Syariah
dsb
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
Ibn Wan Husain Wan

2j ·

DISTINCTION BETWEEN CRIMES AND STATE OFFENCES UNDER OUR FEDERAL CONSTITUTION.

CRIMINAL OFFENCES are offences triable for muslims and non-muslims equally under Federal List.

On the other hand, STATE OFFENCES are legislated by the State Legislature after Merdeka Day (to be exact that is after 1948) for offences against the precepts of Islam that cover muslim personal law, and any other offences under its jurisdiction.

Prior to 1948, the State legislated both criminal law and offences in the manner deemed fit during the period.

The above interpretation is developed from the following authority:
[49] Abdul Hamid Mohamad, sitting as Chief Justice in Sulaiman Takrib appeared to hold the same view as his Lordship did in Latifah. Indeed, in Sulaiman Takrib, his Lordship observed as follows:
“CRIMINAL LAW [69] It was also argued that the offences are ‘criminal law’ and therefore within the federal jurisdiction to legislate. I admit that it is not easy to draw the dividing line between ‘criminal law’ and the offences that may be created by the State Legislature. Every offence has a punishment attached to it. In that sense, it is ‘criminal law’. However, if every offence is ‘criminal law’ then, no offence may be created by the State Legislatures pursuant to item 1, List II of the Ninth Schedule. To give effect to the provision of the Constitution a distinction has to be made between the two categories of offences and a line has to be drawn somewhere. The dividing line seems to be that if the offence is an offence against the precept of Islam, then it should not be treated as ‘criminal law’. That too seems to be the approach taken by the Supreme Court judgment in Mamat bin Daud & Ors v Government of Malaysia [1988] 1 MLJ 119.

In that case the issue was whether s 298A of the Penal Code was invalid on the ground that it made provisions with respect to a matter with respect to which Parliament had no power to make. It was argued that the section was ultra vires the Constitution because, having regard to the pith and substance of the section, it was a law which ought to be passed NOT by Parliament but by the State Legislative Assemblies, it being a legislation on Islamic religion, according to art 11(4) and item 1 of List II, Ninth Schedule of the Federal Constitution. On the other hand, it was contended by the respondent that the section was valid because it was a law passed by Parliament on the basis of public order, internal security and also criminal law according to art 11(5) and items (3) and (4) of List I of the Ninth Schedule of the Federal Constitution.”. [50] His Lordship further observed that:

“[72] Considering the difficulty to draw the line between the two categories of offences and the fact that the Supreme Court in Mamat bin Daud too did not attempt to lay down the principles for the distinctions to be made, I too shall refrain from attempting to do it as I fear that it might do more harm than good. I would prefer that the issue be decided on a case to case basis. However, if, for example, a similar offence has been created and is found, in the federal law, since even prior to the Merdeka Day, that must be accepted as ‘criminal law’. But, where no similar ‘criminal law’ offence has been created, then, as in the case of Mamat bin Daud, the court would have decide on it.

[73] In the instant case, as the offences are offences against the precept of Islam, as there are no similar offences in the federal law and the impugned offences specifically cover muslims only and pertaining to Islam only, clearly it cannot be argued that they are ‘criminal law’ as envisage by the Constitution.”. [Emphasis added]

[51] With respect, we are unable to agree with his Lordship’s observations as regards his categorisation of which legislature (Federal or State) is empowered to make law within the context of item 1 of the State List. The words employed by item 1 since Merdeka Day has always been ‘except in regard to matters included in the Federal List’. The words are not: ‘except in regard to matters included in the Federal Law’. There is a critical distinction between the two categorisations and his Lordship appears to favour the latter approach over the former. Analysing the constitutional validity of State-legislated law on the basis of whether the same subject matter has already been included in the Federal Law, again would render the words ‘Federal List’ in the preclusion clause to item 1 nugatory.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
13,245
Reaction score
2,163
Points
201
Saya rasa bro salah faham ni pasal potong tangan pesalah muslim ni.

Yang potong tangan tu, hudud & qisas. Undang-undang tu bukan untuk muslim saja. Kalau negara tu laksanakan hukuman potong tangan untuk pencuri, semua rakyat dalam negara tu mesti tertakluk pada hukuman yang sama tak kiralah pencuri tu muslim ka non-muslim.

Hudud & qisas tu undang-undang bernegara. Kaedah perlaksanaannya jugak secara bernegara. Tak pilih bulu bosss..

yes ini sy stuju

berbeza dgn pahlawan ru355
Kerana mereka mahu hukuman keras pd pesalah islam saja
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
@cek mek molek ruu355 yg PAS bwk tu sebelum ni.. utk ke parlimen kan tuk masukkan dlm perlembagaan kan?

tn GamezStar, aah ye ruu355 tu dibawa ke parlimen utk digubal sebagai memperkasakan Mahkamah Syariah, hukumen jenayah syariah dan undang undang jenayah syariah.
tapi dah peruntukan jenayah syariah yg berada dlm federal list tu silap tak digubal awal awal via Parlimen, jadinya tak menjadi jugaklah ruu35 tu utk digubal

tu yg YAA TS Azahar Mohamad Hakim Mahkamah Persekutuan sebut s28 ni in the first place kena digubal kat peringkat parlimen,


tuk masukkan dlm perlembagaan kan?
bukan utk dimasukkan dlm perlembagaan. perlembagaan dah sempurna, stay as it is. takde pertambahan dah
cuma utk dijadikan pindaan & tambahan kepada undang undang/enakmen jenayah yg sedia ada
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA

1j ·

Oleh kerana Seksyen 28 ini telah diisytiharkan sebagai tidak sah, tidak berperlembagaan, Peguam Negara seharusnya membuat tindakan proaktif untuk membuka kertas siasatan dan memulakan pertuduhan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan ini.

Jika tidak, apa gunanya keputusan mahkamah semalam?
https://www.samudera.my/pembela-gesa-peguam-negara.../

PEMBELA Gesa Peguam Negara Mulakan Pertuduhan Ke Atas Kes Seks Luar Tabii

4 hours ago


IMG-20210226-WA0009-780x470.jpg


KUALA LUMPUR – PEMBELA mahu Peguam Negara membuat tindakan proaktif dengan membuka kertas siasatan dan memulakan pertuduhan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan terhadap pesalah seks luar tabii sejurus Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membenarkan hukuman bagi seks luar tabii diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Ada juga yang mencadangkan supaya pesalah ini dituduh di Mahkamah Sivil di bawah Seksyen 377A. Itu adalah di dalam bidang kuasa Peguam Negara untuk memulakan dan juga meneruskan sebarang pendakwaan. Oleh kerana Seksyen 28 ini telah diisytiharkan sebagai tidak sah, tidak berperlembagaan, Peguam Negara seharusnya membuat tindakan proaktif untuk membuka kertas siasatan dan memulakan pertuduhan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan ini,” ujar Timbalan Pengerusi PEMBELA Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Selain itu, Datuk Zainul Rijal juga menyarankan agar pihak berkuasa agama melihat kembali peruntukan undang-undang yang ada supaya perkara yang berlaku ketika ini tidak lagi terjadi di masa akan datang.
“Saya juga menyarankan kepada pihak berkuasa agama dan sebagainya untuk melihat kembali peruntukan undang-undang yang ada supaya pada masa akan datang ia menjadi lebih tuntas, tidak akan dicabar dan kita tidak akan mengalami perkara yang sama pada masa akan datang.”

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya juga menyatakan saranan yang sama.

“Kita meminta Majlis-Majlis Agama Islam Negeri membuat satu kajian terperinci dan semakan terhadap undang-undang Islam hari ini dan membuat perubahan ataupun pindaan bagi memastikan tidak ada lagi interpretasi yang berbeza ataupun yang akan menyahsampingkan ruang lingkup hukuman jenayah di dalam Islam.”

“Mereka kita kira pihak yang paling terkehadapan dan bertanggungjawab untuk melihat perkara ini dan harus mengambil tindakan sesegera mungkin untuk menghalang mana-mana cabaran yang akan dibuat di masa-masa hadapan terhadap hukum Islam,” ujar Hj Aminuddin.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan bahawa Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membenarkan hukuman bagi seks luar tabii adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Menurutnya, hanya Parlimen sahaja yang mempunyai bidang kuasa menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,645
Reaction score
12,493
Points
1,906
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA

1j ·

Kita menggesa majlis agama Islam negeri seluruh Malaysia untuk membuat kajian terperinci ke atas undang-undang jenayah Syariah yang sedia ada supaya bersedia jika menghadapi sebarang cabaran keperlembagaan di Mahkamah Persekutuan seperti semalam.

Sepatutnya peristiwa semalam menjadi 'wake up call' buat mereka.
https://www.sinarharian.com.my/.../Pembela-gesa-MAIN-buat...

Pembela gesa MAIN buat kajian terperinci undang-undang jenayah Islam

25 Februari 2021


1614324947275.png

Aminuddin (tengah) ketika sidang media Pembela di Pejabat Pertubuhan Muafakat, Ampang pada Khamis.

SHAH ALAM - Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) pada Khamis menggesa pihak berkuasa agama melakukan kajian terperinci terhadap undang-undang jenayah Islam.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, Majlis Raja-Raja perlu terlibat menasihati pihak bertanggungjawab untuk menyegerakan penambahbaikan undang-undang itu.
Pembela juga mahu kerajaan meneliti semula Perlembagaan dan menubuhkan satu jawatankuasa yang sesuai dengan status Malaysia sebagai negara Islam.

“Ini tidak bermakna kami menolak atau mengetepikan agama lain seperti yang ada dalam Perlembagaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pertubuhan Muafakat.
Turut Hadir, Timbalan Presiden Pembela, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Setiausaha Agung Pembela, Mahmud Hishamuddin.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan undang-undang syariah negeri Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah.

Panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan penetapan seks luar tabii sebagai jenayah di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah.

Dalam pada itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan itu bakal menjadi permulaan titik hitam kepada perundangan jenayah syariah dalam negara.

“Tindakan tersebut akan menjadi jenayah untuk mencabar kelakuan atau peruntukan jenayah syariah pada masa hadapan.

“Kami khuatir pada akhirnya, Mahkamah Syariah tidak lagi boleh mengadili kelakuan yang menjadi jenayah dalam agama Islam.

“Jadi sudah tentu ia menjadi senario yang tidak adil kepada bukan sahaja hukum syariah tetapi kepada umat Islam secara keseluruhannya,” katanya.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register