BTC USD 63,050.0 Gold USD 1,745.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Persekutuan akan putuskan cabaran lelaki terhadap tuduhan seks luar tabii

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Mahkamah Persekutuan akan putuskan cabaran lelaki terhadap tuduhan seks luar tabii

February 22, 2021 5:28 PM

Istana-Kehakiman-Putrajaya-020920-FMT-1.jpg

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan akan memberikan keputusan pada Khamis selepas mendengar hujah daripada peguam.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, Khamis ini akan mengumumkan keputusan cabaran difailkan seorang lelaki terhadap badan perundangan Selangor yang tidak kompeten untuk meluluskan undang-undang syariah membabitkan seks luar tabii.

Peguam A Surendra Ananth berkata, panel sembilan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat akan menyampaikan keputusan melalui perbicaraan maya.

“Semua pihak telah diberitahu mengenai tarikh penghakiman itu hari ini,” katanya menerusi mesej kepada FMT.

Panel menangguhkan penghakiman pada 14 Dis selepas mendengar hujahan peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang hadir bagi pihak pemohon bersama Surendra.



Penasihat Undang-undang Selangor Salim Soib @ Hamid mewakili kerajaan negeri sebagai responden, dan peguam Halimatunsa’diah Abu Ahmad bagi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai responden kedua.

Peguam Rahim Sinwan hadir bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai “amicus curiae” atau rakan pengadilan.

Pemohon berusia 35 tahun, yang dirahsiakan identitinya atas permintaan peguam, mencabar keperlembagaan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Malik mengemukakan bahawa hanya Parlimen memiliki kuasa perundangan untuk menguatkuasakan peruntukan Kanun Keseksaan, dan badan perundangan negeri tidak akan memiliki kuasa untuk mengadili kesalahan tersebut bawah ajaran Islam jika kesalahan tersebut termasuk dalam definisi undang-undang jenayah syariah.

“Perkara seks di luar tabii adalah perkara yang termasuk dalam senarai persekutuan dalam Perlembagaan dan termasuk dalam bidang undang-undang jenayah,” katanya.

Salim mengemukakan bahawa undang-undang negara terhadap seks luar tabii adalah sah kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Antara lain, dia mengemukakan bahawa badan perundangan negeri diberi kuasa untuk menggubal undang-undang tersebut mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 21 Ogos 2019, ketua pendakwa syariah memutuskan untuk mengemukakan pertuduhan bawah Seksyen 28 enakmen terhadap lelaki tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Dia dikatakan cuba melakukan hubungan seksual dengan cara di luar tabii dengan seorang lelaki lain di sebuah rumah di Selangor pada 9 Nov 2018.

Lelaki itu mohon dibicarakan tetapi prosiding ditangguhkan sementara menunggu keputusan perlembagaannya di Mahkamah Persekutuan.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Zainul Rijal Abu Bakar

22 Februari jam 4:36 PTG ·

Khamis ini adalah keputusan yang penting untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan samada Dewan Undang Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah syariah. Jika jawapannya ye, tiada apa-apa kesan kepada perundangan yang sedia ada namun jika jawapannya tidak keseluruhan undang-undang jenayah syariah di negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan mungkin boleh disifatkan sebagai tidak berperlembagaan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Zainul Rijal Abu Bakar

15j ·

Rakan-rakan semua, esok 25 Feb 2021 Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan antara lain berkaitan dengan kuasa Dewan Negeri menggubal undang-undang jenayah syariah. Sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan Dewan Negeri tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang sedemikian maka semua undang-undang jenayah syariah di negeri-negeri selain Wilayah-Wilayah Persekutuan berkemungkinan menjadi tidak sah.

Pendengaran hujah telah dilakukan pada 14 Disember 2020 lepas dihadapan sembilan orang hakim seperti di dalam gambar di bawah.

Kesan keputusan ini sangat besar kepada perundangan jenayah syariah di negeri-negeri.

Oleh yang demikian saya memohon rakan-rakan sekalian titipkan doa dan bermunajat agar status quo yang ada sekarang mengenai keabsahan undang-undang jenayah syariah ini kekal.

Terima kaseh.

1614218484400.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Zainul Rijal Abu Bakar

12m ·

Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara memutuskan kesalahan liwat yang digubal oleh DUN Selangor adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Saya akan perincikan penghakiman tersebut kemudian nanti.
 

akukuli

Active Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,401
Reaction score
101
Points
38
Rasa elok hempap batu je kt kepala malaon ni..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Rasa elok hempap batu je kt kepala malaon ni..

tn akukuli, Mahkamah Persekutuan baru bagi keputusan,


Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara memutuskan kesalahan liwat yang digubal oleh DUN Selangor adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
tn akukuli, Mahkamah Persekutuan baru bagi keputusan,


Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara memutuskan kesalahan liwat yang digubal oleh DUN Selangor adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

dun selangor tu merujuk kepada mahkamah syariah ke?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Wow. Boleh tolak mentah2 macamtu je. Apa sebabnya CMM?


Malaysiakini (BM Version)



· 16m ·

Hakim memutuskan bahawa Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 belum digubal secara sah oleh badan perundangan negeri Selangor.

1614220265584.png


Undang-undang syariah S'gor isu seks luar tabii tak sah - Mahkamah Persekutuan


Diterbitkan 25 Feb 2021, 10:07 am

Dikemaskini 10:07 am



Mahkamah Persekutuan mengenepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Barisan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Peruntukan Syariah negeri itu menetapkan adalah satu kesalahan bagi umat Islam di Selangor melakukan seks di luar tabii.

Lelaki itu kini menghadapi kes berkaitan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, di mana dia didakwa di bawah peruntukan tersebut dengan tuduhan cubaan melakukan hubungan seks di luar tabii.

Anggota hakim yang lain adalah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim.

Dalam membacakan keputusan sebulat suara, Maimun memutuskan bahawa Seksyen 28 belum secara sah digubal oleh badan perundangan negeri Selangor.

Dia berkata bahawa ini kerana undang-undang mengenai perkara yang dibahas dalam Seksyen 28 - yang menyentuh mengenai seks di luar tabii - hanya boleh digubal melalui parlimen.

 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register