BTC USD 26,328.1 Gold USD 1,942.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah perintah dua NGO Hindu bayar kos RM10,000 kepada Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

notepad

Legendary Member
gem
Messages
12,017
Joined
Sep 17, 2011
Messages
12,017
Reaction score
1,380
Points
206

Mahkamah perintah NGO Hindu bayar kos RM10,000 kepada saya – Zamri Vinoth​

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa rayuan Pertubuhan Hindu Dharma Malaysia dan Majlis Belia Hindu Malaysia ditolak dengan kos sebanyak RM10,000 yang perlu dibayar kepada penceramah mualaf, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

mahkamah-perintah-ngo-hindu-bayar-kos-rm10000-kepada-saya-zamri-vinoth.jpg

Foto: Penceramah mualaf, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa rayuan Pertubuhan Hindu Dharma Malaysia dan Majlis Belia Hindu Malaysia ditolak dengan kos sebanyak RM10,000 yang perlu dibayar kepada penceramah mualaf, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

Muhammad Zamri berkata kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hindu sebelum ini juga diperintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar kos RM10,000 yang memfailkan saman terhadapnya.

“Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah membuat rayuan di mahkamah rayuan Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran Facebook hari ini.

Selain itu, katanya, perayu-perayu tersebut juga diperintahkan membayar kos RM10,000 kepada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia.

“Alhamdulillah, Allahuakbar! Sekali lagi kemenangan berpihak kepada kebenaran.

“Terima kasih juga kepada unit undang-undang MRM yang membiayai kos guaman sepanjang perbicaraan kes ini,” katanya.
Pada 28 April tahun lalu, kedua-dua NGO berkenaan memfailkan saman terhadap Muhammad Zamri, PDRM, KDN dan Kerajaan Malaysia.

Advertisement

Kumpulan-kumpulan itu mendakwa pihak berkuasa gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengekalkan keamanan, apabila enggan mengambil tindakan terhadap Muhammad Zamri.

Dia dituduh berkongsi sembilan video di akaun media sosialnya yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu di Malaysia

Pertubuhan-pertubuhan itu turut mendesak Muhammad Zamri agar memohon maaf kepada penganut Hindu di negara ini dan membayar ganti rugi RM1 juta kepada mereka. – The Merdeka Times

Sponsored Post

notepad

Legendary Member
gem
Messages
12,017
Joined
Sep 17, 2011
Messages
12,017
Reaction score
1,380
Points
206

Mahkamah batal saman terhadap penceramah mualaf​

Pertubuhan Hindu Dharma Malaysia dan Majlis Belia Hindu Malaysia diarahkan membayar kos RM10,000 kepada Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.
17 Jan 2022, 7:45pm

Zamri-Vinoth-080519-10.jpg

Pertubuhan Hindu Dharma Malaysia dan Majlis Belia Hindu Malaysia mendakwa pihak berkuasa gagal bertindak terhadap penceramah Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, walaupun laporan polis dibuat terhadapnya.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan oleh penceramah kontroversi, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu membatalkan saman terhadapnya dan kerajaan berkaitan kenyataannya yang didakwa menghina kaum dan agama lain.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Arief Emran Arifin turut membenarkan permohonan sama oleh kerajaan.

Beliau memerintahkan Pertubuhan Hindu Dharma Malaysia dan Majlis Belia Hindu Malaysia membayar kos RM10,000 kepada Zamri.

Peguam Shankar Sundaram yang mewakili dua kumpulan Hindu itu berkata, mahkamah memutuskan anak guamnya tiada kausa tindakan, seterusnya menolak permohonan mereka untuk memaksa polis menangkap dan menyiasat Zamri.

“Saya diarahkan memfailkan rayuan,” katanya kepada FMT, selepas keputusan itu dibuat dalam prosiding maya.

Pada 28 April tahun lalu, A Radhakrishnan dan C Arunkumar – ahli dua NGO berkenaan – memfailkan saman terhadap kerajaan, polis dan Zamri dengan mendakwa pihak berkuasa gagal melaksanakan tugas mereka untuk mengekalkan keamanan, apabila enggan mengambil tindakan terhadap Zamri.

Menurut mereka, Zamri berkongsi sembilan video di akaun media sosialnya yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu di negara ini.

“Kami percaya beliau mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian negara kerana menggalakkan keganasan dan mengancam orang awam,” menurut tuntutan mereka.

Mereka mendakwa polis tidak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Zamri berdasarkan laporan polis yang dibuat.

“Kami mohon deklarasi mahkamah bahawa Zamri adalah ancaman kepada keselamatan negara, dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya polis menangkap serta menyiasatnya,” menurut tuntutan mereka.

Radhakrishnan dan Arunkumar turut mendesak Zamri memohon maaf kepada penganut Hindu di negara ini dan membayar ganti rugi RM1 juta kepada dua NGO berkenaan.

Zamri, polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan kemudian memfailkan permohonan membatalkan saman itu.

Antara lain, defendan berkata, tuntutan plaintif tidak menyatakan kausa tindakan munasabah, selain tindakan itu disifatkan penyalahgunaan proses mahkamah.

pelitaminyak

Legendary Member
gem
Messages
14,839
Top Poster #3
Joined
Aug 13, 2008
Messages
14,839
Reaction score
4,306
Points
261
Awards
1

Saman balik la........ Minta ganti rugi
 
akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,987
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
30,987
Reaction score
5,628
Points
486
Awards
1
tin milo org pas punya..persatuan hindu ni pi la amik tin biskut merry ka..besaq skit..asik nk tiru ja..xgentle la😂😂😂

tin milo besar kot dari biskut mery
tin milo terutama nak puasa ni bernilai tinggi

sbbnye boleh buat meriam tanah
 
Sponsored Post

Top
Log in Register