BTC USD 54,465.6 Gold USD 2,497.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Israel arah kerahan tentera bagi pelajar Yahudi ortodoks

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,137
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,137
Reaction score
971
Points
121

Mahkamah Israel arah kerahan tentera bagi pelajar Yahudi ortodoks​

Jun 25, 2024 @ 2:28pm

Polis Israel menahan seorang penunjuk perasaan ketika menyuraikan orang Yahudi Ultra-Ortodoks yang menyekat lebuh raya semasa protes membantah kerahan tentera, di bandar Bnei Brak, Israel tengah. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Mahkamah tertinggi Israel sebulat suara memutuskan supaya negara itu menggubal undang-undang bagi mewajibkan lelaki Yahudi ultra-Ortodoks menyertai perkhidmatan ketenteraan.

Perkembangan itu dikatakan berupaya menggulingkan pentadbiran pakatan Israel yang dipimpin Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, namun dianggap perlu bagi perang menentang Hamas.

Menurut hakim, pihak eksekutif tidak mempunyai kuasa untuk menghalang penguatkuasaan Undang-undang Perkhidmatan Keselamatan untuk pelajar ultra-Ortodoks, Yeshiva, jika tiada rangka kerja perundangan yang sesuai.

"Tanpa undang-undang yang memberikan pengecualian kepada pelajar di seminari Yahudi, negara mesti bertindak untuk menguatkuasakan undang-undang itu," katanya dalam keputusan.https://www.bharian.com.my/dunia/as...es-mingguan-antikerajaan-israel-diperhebatkan

Sebelum ini, berdasarkan sejarah, lelaki ultra-Ortodoks, diberikan pengecualian menyeluruh daripada perkhidmatan mandatori tentera.

Polis Israel menyuraikan penunjuk perasaan Ultra-Ortodoks Yahudi yang menyekat lebuh raya semasa protes terhadap undang-undang mengenai kerahan tentera bagi komuniti Ultra-Ortodoks, di bandar Bnei Brak, Israel tengah. - Foto AFP

Namun, keputusan mahkamah tinggi dibuat susulan gesaan yang semakin meningkat supaya ultra-Ortodoks menyertai tentera, ketika Israel melancarkan perang berterusan terhadap Hamas di Semenanjung Gaza selain kemungkinan pertempuran di Lubnan.

Pada masa sama, mahkamah juga mengarahkan Israel menghentikan pembiayaan untuk Yeshiva jika pelajarnya mengelak daripada menyertai perkhidmatan tentera.
Keputusan mahkamah itu adalah tindak balas kepada beberapa petisyen oleh kumpulan masyarakat sivil yang menggesa perkhidmatan ketenteraan mandatori untuk lelaki ultra-Ortodoks.

Lelaki Israel Yahudi secara amnya dikehendaki menjalankan perkhidmatan ketenteraan namun wanita yang beragama dikecualikan oleh undang-undang.

Komuniti ultra-Ortodoks, yang wakil politiknya adalah sebahagian daripada kerajaan Netanyahu, sudah lama menerima pengecualian dengan membenarkan lelaki belajar di seminari agama untuk memelihara identiti Yahudi negara.

Pengecualian ini, yang gagal dikawal kerajaan dalam perundangan, menjadi punca pergeseran politik yang semakin meningkat selama beberapa dekad. - AFP

Sponsored Post

Tu bukan lebai, tapi tok kippah.

Orthodox Jew​

a Jew who adheres faithfully to the principles and practices of traditional Judaism as evidenced chiefly by a devotion to and study of the Torah, daily synagogue attendance if possible, and strict observance of the Sabbath, religious festivals, holy days, and the dietary laws.
 
rileks la pastor malaya @Yallah
Koyak habis DNA indon sorang ni tiap teret di tagged😂😂

Bukan saya yang pandai kata dna indon..tapi mereka sendiri (content creator) bigi tau ramai warga Indonesia yang tak boleh menerima kebenaran bahawa negara indon terlalu jauh ketinggalan dari negara Malaysia.

Apa lagi mengamuk habislah indon indon yang iq nya lebih rendah daripada chimpanzee😂😂 <—— ini pun indonesian content creators yang bagi tau😂😂
 
Jauh spin ke dna pulak pastor malaya sorang ni
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register