Mahkamah dengar hujah taksiran tuntutan Putera Kelantan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 24 Februari ini untuk mendengar hujah komprehensif berhubung taksiran ganti rugi bakal diterima Putera Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dalam kes saman fitnah terhadap isterinya.

Tengku Muhammad Fakhry memfailkan tuntutan RM105 juta terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina.

Pada 5 November lalu, Penolong Kanan Pendaftar Shazali Hidayat Shariff membenarkan Tengku Muhammad Fakhry memperoleh perintah ingkar terhadap dua defendan berkenan setelah mereka gagal melantik peguam bela bagi kes berkenan.

Pada 29 Oktober, Shazali memberi tempoh kepada Manohara dan emaknya sehingga 5 November untuk melantik peguam baru atau menghadapi risiko perintah ingkar dikenakan terhadap mereka.

Perintah ingkar adalah satu keputusan yang menyebelahi plaintif apabila defendan tidak memberi respons terhadap saman yang difailkan terhadapnya atau gagal menghadirkan diri di mahkamah.

Dalam saman yang difilkan pada 20 Julai, putera Sultan Kelantan itu mendakwa dua wanita berkenaan telah secara palsu dan jahat memfitnah beliau apabila mereka mendakwa pada satu sidang akhbar antara April dan Jun lepas bahawa Manohara telah didera.

Selain saman fitnah itu, Tengku Muhammad Fakhry juga memfailkan dua saman terhadap Manohara di Mahkamah Syariah yang meminta wanita itu kembali hidup bersamanya dan meminta isterinya itu membayar balik kepadanya hampir RM1 juta yang didakwanya dipinjam oleh Manohara.
 
Last edited:
Sponsored Post

sureheboh.com

Passed Away
Platinum Member
Joined
Jan 17, 2007
Messages
18,961
Reaction score
308
Points
131
Mano huru hara tu nak bayar dengan apa nanti ye...
 

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
bini manohara, dia sendiri pun huruhara skrg..apa nk jd la.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register