- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
SHAH ALAM 13 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan bantahan awal pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal (gambar) untuk mengetepikan permohonan bekas isterinya, Shafnie Zainudin yang memohon agar dia dipenjarakan ekoran kegagalan menjelaskan tunggakan nafkah dua orang anak lelakinya berjumlah RM50,000.
Keputusan bertulis hakim syarie, Saarani Ismail yang dibacakan hakim syarie, Abu Zaky Mohammad turut menyatakan Shafnie selaku plaintif sepatutnya memfailkan permohonan komital tersebut di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kesnya.
Menurut hakim, kes itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di Kajang dan bukannya di mahkamah di sini. Justeru itu, hakim memerintahkan agar kos bagi permohonan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak.
Dalam prosiding hari ini, Shafnie dan peguam syarie, Azmi Mohd. Rais tidak hadir di mahkamah. Peguam syarie, Siti Aishah Din hadir bagi pihak AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zani, 37.
AC Mizal dalam bantahan awal itu bertindak sebagai pemohon. Dia dan Shafnie telah bernikah pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9 tahun.
Mahkamah Rendah Syariah Kajang telah memerintahkan supaya responden membayar nafkah anak-anak sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun.
Namun, plaintif mendakwa, responden telah enggan, gagal atau cuai dan tidak mematuhi perintah Mahkamah Rendah Syariah Kajang bertarikh 22 Disember 2004 bagi menjelaskan bayaran nafkah anak-
anaknya sepenuhnya sejak Februari 2002 secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji dari akaun.
Selain itu, responden turut diperintahkan untuk membayar nafkah semasa bagi setiap bulanan untuk kedua-dua anak sebanyak RM300.
Berdasarkan perintah bertarikh 22 Disember 2004, Mahkamah Rendah Syariah Kajang, hakim bicara merekodkan beberapa terma mengenai nafkah anak iaitu responden mestilah menjelaskan bayaran nafkah tertunggak RM50,000 secara ansuran.
Terdahulu, mahkamah yang sama menetapkan 10 Februari depan bagi sebutan semula kes yang difailkan oleh AC Mizal pada bulan September 2008 bagi mengubah perintah hak jagaan dua anaknya itu yang kini dijaga oleh Shafnie.