BTC USD 60,168.2 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah batal keputusan k'jaan Kedah haramkan kedai judi

Sponsored Post

Yup memang ada hak cuma syarikat judi ni nak tuntut hak dia berdasarkan perlembagaan. Kita tengok siapa yang menang dalam kes ning.
Kalau diaorg menang pun.. Sanusi boleh je buat kedai judi tapi hanya boleh operasi satu kedai je dalam kedah sebab 78% islam.. Hahaha... Mcm kat china... Macau je boleh
 
Last edited:
sesuatu pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa bagi melakukan segala atau mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu:

(v) melakukan segala perkara yang perlu untuk atau yang bermanfaat kepada keselamatan, kesihatan dan kesenangan awam;
Dulu MITI dengan kerajaan negeri under PBT pernah bergaduh pasal seksyen ning time covid haritu.

 
Dulu MITI dengan kerajaan negeri under PBT pernah bergaduh pasal seksyen ning time covid haritu.

Sebab tu.. Orang yg beri lesen tak sama dengan orang yang uruskan lesen.. Kalau benda tu tak bagus boleh je dia tutup.. Lagipun majoriti kedah islam kot.. Raja lebih berkuasa dalam bidang agama.. Buat apa nak buka banyak 2 dekat kedah sampai 45 premis padahal 30% je bukan Melayu islam
 
Tgu jer lah penghakiman.

Isunya bukan akta yg mewajibkan adanya kedai judi, tp adakah wujud kuasa kerajaan negeri utk menghalang aktiviti yg dibenarkan oleh kerajaan pusat.

Pihak yg cabar ni dakwa kerajaan negeri cuma boleh tetapkan syarat perlesenan premis, tp x ada hak larang terus.

Kalau isu asal pun x faham, susahlah.

sape kerajaan pusat skng.. mintak la bang non ubah..
 
sape kerajaan pusat skng.. mintak la bang non ubah..
Masalahnya point of view PMX x sama dgn pendirian Sanusi.

Pendirian PMX aku rasa sma jer mcm BN sebelum ini iaitu hukum judi haram atas umat Islam, jadi pengharaman tersebut dah tertakluk bawah undang2 syariah.

Hal org bukan Islam nak berjudi, itu yg diberikan lesen.

Jadi x boleh nak kata kerajaan pusat halal kan judi, sbb Enakmen syariah mmg dah letak kan judi adalah satu kesalahan.

Andai kerajaan PMX hapuskan Enakmen Jenayah Syariah bagi kesalahan judi baru betul yg PMX mmg nak halal kan judi.
 
Kes macam ni ke yang hakim tu rujuk as tak berpelembagaan?

Sungai Petani: Terdesak selepas dipercayai melesapkan wang berjumlah lebih RM120,000 akibat kalah judi menjadi punca seorang pengurus firma kawalan keselamatan nekad merompak sebuah bank di Taman Ria Jaya, di sini, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusoff berkata, majikan suspek membuat laporan jam 5 petang, kelmarin selepas mendapati hasil wang kutipan daripada beberapa syarikat lebih RM120,000 yang dibuat suspek sebelum ini tidak dimasukkan ke dalam bank dan data maklumat syarikat.
 

Polis nasihat penganjur perhimpunan 'Kedah Bebas Judi' patuhi peraturan​

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 24, 2024 @ 8:55am
[email protected]

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad. - Foto NSTPZULIATY ZULKIFFLI
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad. - Foto NSTPZULIATY ZULKIFFLI

ALOR SETAR: Satu perhimpunan aman yang akan disertai kira-kira 100 gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dijangka diadakan di daerah ini, pada Jumaat ini.

Perhimpunan Aman 'Kedah Bebas Judi' itu dijangka disertai NGO gabungan Islam dikenali sebagai Gabungan Gerak Rakyat, Hidupkan Amar Makruf (GERAHAM) bersama masyarakat setempat yang menyokong isu penutupan premis judi di Kedah, dijangka diadakan selepas solat Jumaat.

Berikutan itu, pihak polis menasihatkan mana-mana individu atau kumpulan yang akan menganjurkan sebarang perhimpunan pada tarikh berkenaan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak berkuasa terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata mana-mana individu atau kumpulan yang akan menganjurkan sebarang perhimpunan pada tarikh itu perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak polis.

Beliau berkata, mereka perlu memberi pemberitahuan seperti mana yang diperuntukkan dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu berkait kehendak berhubung dengan pemberitahuan perhimpunan.

"Antara syarat yang perlu dipatuhi, penganjur perlu maklumkan kepada pihak polis dengan mengemukakan borang dalam Jadual Keempat Seksyen 10 yang turut menggariskan persetujuan pemunya dan penghuni tempat perhimpunan serta mematuhi garis panduan serta syarat ditetapkan.

"Polis juga ingin menekankan berkaitan perkara digariskan dalam jadual pertama Seksyen 3 Akta yang sama iaitu kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan adalah rumah ibadat, tempat pengangkutan awam, hospital serta sekolah dan beberapa kawasan larangan yang digariskan di bawah akta ini.

"Sehubungan itu, polis meminta pihak penganjur supaya mematuhi semua garis panduan diperuntukkan di bawah akta ini supaya pihak berkuasa akan memudahcara sepanjang perhimpunan berlangsung sekiranya dimaklumkan terlebih awal.

"Ia selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan awam terpelihara tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini," katanya di sini hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau penganjur perhimpunan perhimpunan yang didapati tidak mematuhi peruntukan sepertimana di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Tindakan tegas juga akan diambil terhadap pihak yang sengaja menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menyebabkan kacau ganggu terhadap ketenteraman awam di daerah ini," katanya.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register