BTC USD 48,404.4 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAHKAMAH: Bapa Didakwa Cabul Anak Kandung

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
296,296
Reaction score
12,603
Points
2,376
FB_IMG_1615118738592.jpg

MAHKAMAH | Bapa Didakwa Cabul Anak Kandung

Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 14 tahun.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Pekerja pendawaian yang berusia 42 tahun itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya, di sebuah rumah, di Bandar Putra, Kulai pada Jun dan Februari tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(A) dan seksyen 14(B) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan, hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, selain penjara maksimum lima tahun dan dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh Tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan itu tidak membenarkan jaminan.

Sebutan semula kes 25 April depan.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register