BTC USD 63,268.5 Gold USD 1,744.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Arah Pemimpin Amanah Bayar Ganti Rugi RM450,000

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bersetuju menetapkan taksiran ganti rugi berjumlah RM450,000 untuk kedua-dua kes saman fitnah Pengerusi Amanah Marang, Miqdad Zakaria terhadap penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Mahkamah Arah Pemimpin Amanah Bayar Ganti Rugi RM450,000





03/03/2021



1614780288434.png




KUALA TERENGGANU – Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bersetuju menetapkan taksiran ganti rugi berjumlah RM450,000 untuk kedua-dua kes saman fitnah Pengerusi Amanah Marang, Miqdad Zakaria terhadap penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abdul Rani.
Miqdad Zakaria selaku defendan diarah membayar jumlah penuh sebanyak RM450,000 untuk kedua-dua kes saman fitnah kepada Ahmad Dusuki Abdul Rani selaku plaintif.

Penolong Kanan Pendaftar Norina Maludin membuat keputusan itu setelah menilai keterangan oleh plaintif dan hujahan peguamnya sebelum bersetuju dan memberikan taksiran ganti rugi sebanyak RM200,000 bagi ganti rugi am beserta kos untuk kes pertama.
Kes kedua pula sebanyak RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM50,000 untuk ganti rugi teladan beserta kos.

Ahmad Dusuki diwakili firma Tetuan Srihana Mohamad & Partners melalui peguamnya, Mohd Jamil Yaacob dan Wan Srihana Wan Mohamad.

Dalam hantaran Facebook pada Selasa, Ahmad Dusuki mengharapkan agar setiap para pemfitnah mengambil iktibar daripada setiap tulisan mahupun ucapan yang keluar di bibir.

“Moga ALLAH selamatkan kita semua dari sifat keji itu. Ini baru Mahkamah dunia, ada satu lagi mahkamah akhirat. Kemenangan ini untuk perjuangan Islam,” tulisnya.

Sebelum ini, Miqdad dalam Facebook peribadi miliknya ada menulis kata-kata berunsur fitnah yang berbunyi: “Sebab masa hidup suka sebar Hadis palsu….” yang diterbitkan pada 22 April 2018.

Saman kedua pula dibuat atas kata fitnah: “Dasuku Al Kazzab…”. Kata-kata fitnah itu diterbitkan juga di Facebook beliau pada 14 Julai 2020.

Pada 2 Oktober tahun lalu, plaintif pernah menghantar tuntutan kepada defendan agar membuat permohonan maaf tetapi tiada jawapan sebelum plaintif menfailkan saman pada 14 Oktober tahun lalu. – Sinar


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
@cek mek molek, saya tak berapa faham bahasa court..siapa yang salah ni ye..maaflah tak berapa clear

tn wan, dlm kes ni Plaintif iaitu penceramah bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani menyaman Defendan Pengerusi Amanah Marang, Miqdad Zakaria dlm 2 saman fitnah

Ahmad Dusuki menang 2 saman fitnah tersebut

jadi Mahkamah putuskan yg Miqdad Zakaria ni kena bayar pada Ahmad Dusuki sebanyak rm450,000.00
kes pertama-ganti rugi sebanyak RM200,000 bagi ganti rugi am beserta kos
kes kedua-RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM50,000 untuk ganti rugi teladan beserta kos.

gitulah kiranya tn wan :)
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,301
Reaction score
1,320
Points
201
Xbest betul la dengar berita mcm nie, patut boleh bermaafan
 

lautjernih

Fun Poster
Joined
Jun 22, 2019
Messages
334
Reaction score
56
Points
30
tn wan, dlm kes ni Plaintif iaitu penceramah bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani menyaman Defendan Pengerusi Amanah Marang, Miqdad Zakaria dlm 2 saman fitnah

Ahmad Dusuki menang 2 saman fitnah tersebut

jadi Mahkamah putuskan yg Miqdad Zakaria ni kena bayar pada Ahmad Dusuki sebanyak rm450,000.00
kes pertama-ganti rugi sebanyak RM200,000 bagi ganti rugi am beserta kos
kes kedua-RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM50,000 untuk ganti rugi teladan beserta kos.

gitulah kiranya tn wan :)
Selalunya pembayaran mcm kes ni dibuat secara serta merta ke CMM?
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,704
Reaction score
2,627
Points
201
Kaya ek org Amanah dapat bayar RM450K....wow..menabung ke?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,429
Reaction score
12,443
Points
1,906
Selalunya pembayaran mcm kes ni dibuat secara serta merta ke CMM?

tn lautjernih, cara pembayaran adalah berdasarkan perjanjian diantara dua pihak tersebut mengikut terma terma yg dipersetujui
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register