Mahkamah arah Dong Zong batal persidangan bantah tulisan jawi - PDRM (27 Dis 2019)

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,461
Reaction score
11,771
Points
1,906
collage

Real Madrid Cabar Pemain Teka Nama Rakan Sepasukan Dalam Kaligrafi Jawi
10 hours ago

Sergio Ramos menjaringkan gol penalti untuk membolehkan Real Madrid menang 4-1 ke atas Atletico Madrid selepas seri 0-0 pada 90 minit perlawanan di final Supercopa de Espana pada awal pagi tadi di King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi.

Untuk pengetahuan anda, pasukan Real Madrid dan Atletico Madrid sudah berkampung beberapa hari di Arab Saudi sebelum sepak mula berlangsung.


Antara sebab kenapa La Liga memilih Arab Saudi sebagai gelanggang akhir Supercopa de Espana adalah untuk mempromosikan liga mereka di kalangan masyarakat di sana.

Tetapi apa yang uniknya adalah selepas latihan santai berlangsung, kem Real Madrid telah melakukan satu aktiviti berpasukan di mana para pemain perlu meneka nama mereka di dalam bahasa jawi – untuk pengetahuan anda, jawi adalah sebahagian daripada bahasa arab.

Dalam satu hantaran terbaharu video di Twitter rasmi milik Real Madrid, kelihatan Lucas Vázquez dengan Álvaro Odriozola sedang mencari mana satu jersi mereka dalam tulisan jawi.


Anda boleh lihat gelagat para pemain yang boleh dikatakan main tembak sahaja jawapan mereka.

Usaha pasukan gergasi Sepanyol ini dilihat seperti mahu mengubah persepsi dunia bahawa segala apa yang kita faham tidak semestinya menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

Sebagai contoh ; jika Benzema berjaya meneka nama kawannya di dalam bahasa jawi ia tidak akan menjadikan Benzema seorang pak arab.

Ia cukup sekadar pengetahuan meluas bahawa seseorang itu memahami bahawa dunia tidak hanya berkisar kepada kita sahaja.

Kepelbagaian wujud kerana mahu menjadikan dunia ini cantik dan lebih menarik.

Bayangkan jika dunia ini hanya wujud dengan satu budaya sahaja, dunia akan jadi tempat paling boring untuk kita hidup.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,461
Reaction score
11,771
Points
1,906
Dong Zong akhirnya setuju Jawi bukan agenda Islamisasi
By
Norlaile Abd Rahman
-
15 January 2020

MGF15012020_PC-DONG-ZONG-BERTEMU-MUJAHID20200115_0014

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof (tengah) diiringi Pengerusi Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia), Tan Tai Kim dan Pengerusi Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia), Ong Chiow Chuen bercakap pada sidang media selepas menerima kunjungan wakil Dong Zong berhubung isu tulisan jawi dalam pembelajaran di SJKC di Kompleks Islam Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 15 JANUARI 2020.

PUTRAJAYA- Akhirnya Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bersetuju pelajaran tulisan Jawi di sekolah bukan bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam.

Ia adalah sebahagian daripada warisan budaya bangsa Malaysia seperti kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan etnik-etnik lain.

Justeru, setiap warisan itu termasuk Jawi perlu dihormati oleh semua pihak.

Ini dinyatakannya dalam satu kenyataan bersama Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong); Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong); Merdeka University Bhd.; Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia; LLG Cultural Development Centre; The Federation of Alumni Association of Taiwan Universities, Malaysia; The Association of Graduates From Universities and Collages of China Malaysia; Majlis Bahasa Cina Malaysia; Education Welfare Research Foundation; Global Organization of People of Indian Origin; Child Information Learning Development Centre dan Jabatan Perdana Menteri selepas mengadakan pertemuan selama sejam setengah bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuff Rawa.

Dalam kenyataan yang dibacakan Mujahid itu, kesemua pihak juga bersetuju dengan empat perkara asas yang lain termasuk Dong Jia Zong tidak pernah menentang pembelajaran Jawi sebaliknya hanya menentang kaedah pelaksanaannya yang mana perkara tersebut memerlukan perbincangan konstruktif oleh semua pihak.

“Perlu diingatkan ini bukan kenyataan saya seorang. Ini adalah kenyataan kami bersama hasil kesepakatan yang telah dicapai selepas mengadakan pertemuan selama sejam setengah.

“Memandangkan kepada peningkatan budaya yang merosakkan ini, adalah wajar inisiatif meredakan ketegangan dilakukan demi memelihara kepentingan Perpaduan Nasional supaya kekal utuh dan kukuh.

“Menyedari betapa pentingnya mesej kedamaian dan keharmonian disampaikan pada saat kritikal ini, perbincangan kami dengan wakil pelbagai pertubuhan telah bersetuju atas beberapa perkara fundamental dalam memahami isu-isu perkauman yang membimbangkan majoriti rakyat hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada 12 persatuan terbabit di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Ng Chai Heng berkata, ada kalangan ibu bapa memberitahu mereka bimbang pembelajaran Jawi akan membawa pengaruh Islamisasi kepada anak-anak mereka.

Katanya, masyarakat umum khususnya kaum Cina di negara ini dilihat menolak pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah disebabkan ‘fear factor’ .

https://malaysiagazette.com/2019/12/26/takut-islamisasi-punca-penolakan-tulisan-jawi-dong-zong/

Mujahid ketika menjawab soalan media berkata, pertemuan itu tidak bermakna isu pelajaran Jawi telah selesai kerana ia bukan berada di bawah bidang kuasa beliau.

Bagaimanapun, kesemua perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat tadi termasuk isu-isu terknikal akan dibawa ke pengetahuan kabinet.

Apa yang dilakukan oleh beliau katanya hanyalah untuk memastikan isu pelajaran Jawi di sekolah rendah tidak merebak menjadi ancaman kepada perpaduan di dalam Malaysia.

“Kita melihat kepada kerangka yang lebih besar supaya isu ini tidak merebak menjadi ancaman kepada perpaduan yang lebih besar kepada negara kita.

“Jawapannya mudah kerana saya tidak ada kuasa untuk menentukan isu ini kerana saya hanya menjaga nilai yang saya bawa dalam pentadbiran saya.

“Saya tiada kapasiti atau kuasa untuk membuat keputusan,” katanya lagi.

Berikut adalah lima persetujuan yang telah dicapai oleh kerajaan dan 12 persatuan yang hadir dalam mesyuarat hari ini berhubung perpaduan:-

1.Kami bersetuju semua pihak perlu meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak melalui pendekatan penuh berhikmah dan bijaksana. Suasana ini amat penting agar pihak yang menangguk di air keruh selama ini tidak akan berpeluang mengeksploitasikan keadaan untuk agenda sempit

2. Kami juga bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Jiao Zong menentang pembelajaran Jawi. Isu yang dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua

3. Perbincangan sebentar tadi juga mencapai persetujuan bahawa pembelajaran Jawi tidak bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam. Malah kami bersetuju bahawa Jawi adalah sebahagian daripada warisan budaya negara bangsa yang perlu dihormati oleh semua.

4. Kami juga bersepakat bahawa agenda rasis yang bakal meruntuhkan keharmonian masyarakat berbagai kaum dan bangsa perlu ditentang bersama secara kolektif supaya tidak ada budaya kebencian sesama rakyat

5. Kita juga bersetuju bahawa mana-mana pihak yang dipertikaikan bersedia untuk berdialog dan terbuka untuk menerima sebarang – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,461
Reaction score
11,771
Points
1,906
at last..

apa la yg menggerakkan Dong Zong utk akhirnya mengiktiraf perkara ni..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,461
Reaction score
11,771
Points
1,906
Aminuddin Yahaya

· 27 min

Saya merujuk kepada kenyataan media Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa selaku Menteri Agama bersama-sama dengan Dong Jiao Zong petang tadi di Kompleks Islam, Putrajaya.

Melihat kepada kenyataan beliau itu, ada dua kemungkinan iaitu sama ada beliau ditipu atau rakyat diperbodohkan, itu saya tak pasti. Yang pasti ialah Dong Zong secara jelas jelas dalam banyak kenyataan dan tindakan mereka sebelum ini menentang pembelajaran tulisan Jawi.

Saya sungguh terkejut dengan kenyataan beliau ini. Apakah moral Menteri Agama kita begitu rendah sehingga sanggup membersihkan nama pertubuhan yang Perdana Menteri sendiri melabelkan mereka sebagai rasis.

Jika Menteri Agama berpendirian sebegini, maka tidak ada apa yang orang Melayu dan umat Islam boleh harapkan sebagai tempat untuk bergantung dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

Saya mohon laluan agar Menteri Agama membenarkan NGO-NGO Islam dan Melayu untuk bertemu dengan beliau bagi menjelaskan apa sebenarnya yang dilakukan oleh Dong Zong. Jangan kerana sayangkan jawatan, Mujahid sanggup 'membersihkan' mereka yang cuba menghapuskan identiti negara iaitu identiti bangsa Melayu sebagai teras.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
15 Januari 2019

Baca lanjut: https://malaysiagazette.com/2020/01/15/terkini-dong-jia-zong-tidak-menentang-pembelajaran-jawi-dan-tak-rasis-mujahid-yusof/

#MembangunUmatBeragenda
#MengangkatSuaraUmat



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,461
Reaction score
11,771
Points
1,906
Malaysiakini (BM Version)
1 min ·
"Kami bersetuju semua pihak perlu meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak," kata menteri di JPM.


Dong Jiao Zong tak rasis, tak tolak pelajaran Jawi - Mujahid


Diterbitkan Hari ini 9:24 malam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof bersama gabungan persatuan lembaga pengelola dan guru sekolah Cina, Dong Jiao Zong telah mencapai kata sepakat mengenai langkah kerajaan memperkenalkan pelajaran Jawi di sekolah vernakular.

Ini selepas suatu mesyuarat berlangsung di Putrajaya hari ini.

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) bersetuju dengan pihak menteri bahawa pelajaran Jawi bukan bertujuan untuk 'mengIslamkan' murid bukan Islam tetapi ia warisan kebudayaan Malaysia yang perlu dihormati.

"Kami juga bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Jiao Zong menentang pembelajaran dan pengajaran Jawi.

"Dong Zong bukan pertubuhan yang rasis.

"Isu yang dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua pihak," kata beliau sambil membacakan lima perkara yang dipersetujui bersama dalam mesyuarat itu.

Mujahid bercakap pada sidang akhbar di Kompleks Islam Putrajaya selepas pertemuan itu.

Katanya, beliau akan membawa hasil perjumpaan hari ini pada mesyuarat kabinet akan datang.

Menangguk di air keruh

Mujahid juga berkata peserta mesyuarat hari ini turut bersetuju bahawa semua pihak perlu "meredakan ketegangan" dalam isu-isu yang menyentuh sensitivitu mana-mana pihak.

"Kami bersetuju semua pihak perlu meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak melalui pendekatan penuh berhikmah dan bijaksana.

"Suasana ini amat penting agar pihak yang menangguk di air keruh selama ini tidak akan berpeluang mengeksploitasikan keadaan untuk agenda sempit mereka," katanya.

Berdasarkan polisi semasa yang berkuat kuasa sejak awal tahun ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah vernakular akan menghantar borang kaji selidik kepada ibu bapa bertanyakan jika mereka menyokong pengajaran pelajaran Jawi sebagai sebahagian daripada subjek Bahasa Malaysia.

Jika sekurang-kurangnya separuh daripada ibu bapa di sekolah tersebut bersetuju, maka tiga halaman pelajaran Jawi berkenaan akan diajar di sekolah itu.

Dong Jiao Zong telah mengkritik langkah berkata ia melemahkan kuasa lembaga pengelola sekolah untuk menguruskan hal ehwal di sekolah mereka sendiri, tetapi Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching menafikan dakwaan ini.

Sebaliknya, Teo berkata kerajaan hanya mengutamakan suara ibu bapa.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,461
Reaction score
11,771
Points
1,906
Mohamad Jamalee
7 min ·

Pertamanya, Menteri Agama kita ni dah tengok ke tidak 3 mukasurat "pembelajaran Jawi" yang dimaksudkan? Apa yang tak kena sangat dengan 3 mukasurat tu sampai nak buat kongres menentang Jawi?

Keduanya, kalau nak guna hujah "kaedah pembelajaran" yang jadi isu, so bagitahulah kaedah macam mana yang Dong Zong nak? Haa kemudian implementasikan.

Tak ada jugak buat.

Apa kerjanya asyik nak membodek dan membodohkan je ni?



 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,518
Reaction score
1,097
Points
151
Bang mazlee pun xleh settle, tp kekanda mujahid dpt settle terbaik kekanda
 
Sponsored Post
Top
Log in Register