MAHB fail tuntut caj tertunggak RM78 juta daripada AirAsia X

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
airasia_1603377556.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengendali lapangan terbang itu berkata, anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), memfailkan writ saman dan penyata tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat penerbangan itu.

"Caj tertunggak penerbangan itu terdiri daripada caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan keselamatan penumpang, caj 'aerobridge', caj parkir pesawat, caj kaunter daftar masuk, caj pendaratan dan caj bayaran lewat," kata MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Sebagai sebahagian daripada tuntutan itu, MASSB juga meminta perintah bagi hak memegang harta berterusan dan berkontraknya ke atas harta pengguna AAX di KLIA dan hanya akan dilunaskan apabila dijelaskan sepenuhnya syarikat penerbangan itu daripada jumlah keseluruhan hutang.

MAHB menjelaskan, harta pengguna itu termasuk mana-mana pesawat, peralatan, aksesori, kenderaan, kelengkapan dan/atau sebarang harta lain milik dan/atau di bawah kawalan AAX atau mana-mana pengendali darat yang dilantik oleh syarikat penerbangan itu. - BERNAMA

 
Sponsored Post

iced_coolz

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,079
Reaction score
245
Points
33
mana2 penerbangan airasia yg dibatalkan, ditukarkan menjadi airasia credit.
yg masalahnya airasis credit tu hanya boleh digunakan untuk apa2 yg berkaitan dgn penerbangan je iaitu tiket, luggage, meal, etc. kalu boleh guna utk mende lain ok la jugak.
dah la tak boleh gi oversea lagi, nk gi naik flight dlm negeri pun risau penangan covid ni. tu blm lagi dah tk blh cross negeri selain urusan kerja.
tinggal setahun lebih lagi validity airasia credit ni. adakah akan burn mcm tu? riban juga tu nilainya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
MAHB mahu anak syarikat dikecuali skim penyusunan semula hutang AirAsia X

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini berkata anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), telah memfailkan permohonan bagi tujuan intervensi serta dikecualikan daripada cadangan skim penyusunan semula hutang AirAsia X Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata, mengikut terma Syarat Penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), MASSB adalah pemiutang AirAsia X yang berjamin dan mesti dikecualikan daripada cadangan skim berkenaan.

"Lebih terperinci, MASSB adalah pemegang hak lien yang mana hutang itu dijamin oleh lien berkontrak membabitkan harta pengguna AirAsia X," kata pengendali lapangan terbang itu.

Untuk rekod, pada 7 Oktober lalu, AirAsia X telah memfailkan satu saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon kebenaran mengadakan pertemuan dengan pemiutang tidak berjamin membabitkan cadangan mengenai skim penyusunan semula hutangnya.

Dalam permohonan itu, AirAsia X telah menamakan MASSB sebagai salah satu pemiutang tidak berjaminnya.

MAHB berkata, Lembaga Pengarahnya percaya adalah perlu untuk MASSB meneruskan permohonan intervensi itu demi melindungi kepentingannya.

"Permohonan intervensi itu dijangka tidak memberi sebarang kesan material terhadap kedudukan operasi syarikat," kata MAHB.

MASSB semalam mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X untuk menuntut sejumlah RM78.16 juta yang mana adalah caj tertunggak penerbangan yang gagal dikutip oleh syarikat penerbangan itu di KLIA.

Menurut MAHB, harta pengguna itu termasuk mana-mana pesawat, peralatan, aksesori, kenderaan, kelengkapan dan/atau sebarang harta lain dimiliki dan/atau di bawah kawalan AirAsia X atau mana-mana pengendali darat yang dilantik oleh syarikat penerbangan itu.

-BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,444
Reaction score
4,297
Points
201
Tuntutan MAHB tidak jejas pelan penstrukturan AirAsia X

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelaskan langkah pemfailan saman bernilai RM78 juta tidak akan menjejaskan langkah penstrukturan semula AirAsia X.

Pengendali 39 lapangan terbang di Malaysia dalam satu kenyataan, berkata ia mempunyai hak sah untuk mendapatkan semula hutang dari unit penerbangan jarak jauh AirAsia Group yang dilihat sangat penting untuk memelihara dan menyelenggara lapangan terbang.

"Bayaran aeronautik yang belum dijelaskan merangkumi caj yang dikuatkuasakan oleh kerajaan termasuk caj perkhidmatan penumpang (PSC), caj perkhidmatan keselamatan penumpang, caj parkir dan pendaratan pesawat termasuk caj 'aerobridge', caj kaunter daftar masuk serta caj pembayaran lewat.

"Wang ini akan disalurkan semula ke dalam perniagaan untuk mengekalkan operasi lapangan terbang dan memastikan tahap perkhidmatan terus disediakan kepada penumpang.

"Tambahan pula, hutang ini kurang dari 0.01 peratus dari jumlah keseluruhan hutang AirAsia X dalam pelan penstrukturan hutang syarikat itu," katanya.

MAHB menjelaskan, pengecualian hutang Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) dalam pelan berkenaan tidak akan melumpuhkan rancangan AirAsia X atau memaksa AirAsia X gulung tikar seperti yang didakwa akhbar harian berbahasa Inggeris.

"Industri penerbangan menghadapi masa yang sangat mencabar dan sukar disebabkan COVID-19. Semua syarikat penerbangan dan lapangan terbang menghadapi prospek yang sama dari segi penguncupan trafik dan kehilangan pendapatan.

"Walaupun beberapa syarikat penerbangan pasti tutup susulan situasi perniagaan yang ekstrim, lapangan terbang menghadapi keadaan yang juga sama. Namun, menutup lapangan terbang bukanlah pilihan yang mustahil untuk negara," katanya.

Menurut kenyataan itu, Ahli Lembaga Pengarah MAHB memiliki tanggungjawab untuk bertindak demi kepentingan syarikat bagi melindungi pemegang saham, infrastruktur pengangkutan udara negara dan lebih 10,000 kakitangannya di seluruh negara.

"Laporan media itu menterjemahkan motif tersirat kami sebagai 'ada campur tangan pihak atas yang berkuasa dalam menentukan pelan penstrukturan dan meminta syarat lebih baik'.

"Kedua adalah menggunakan kuasa untuk 'membunuh' AirAsia X di mana dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas. Kami ingin menyatakan secara tegas bahawa di bawah Bahagian VII Aktara Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), persaingan antara syarikat penerbangan dikawal. Sebarang campur tangan mana-mana pihak akan dipantau dan dikenakan denda oleh MAVCOM," katanya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia bertarikh 22 dan 23 Oktober lalu, MAHB menuntut hak undang-undang untuk mendapatkan semula hutang dari AirAsia X.

MAHB juga mendapati AirAsia X memfailkan cadangan penstrukturan hutang bersama pemiutang tidak bercagar menggunakan seksyen 366 Akta Syarikat 2016.

"MASSB berpendapat ia adalah pemiutang bercagar dan demikian itu ia memohon untuk dikecualikan dari pelan berkenaan.

"Kami sentiasa melayan semua rakan syarikat penerbangan kami secara adil. Persetujuan sebarang pengurangan ke atas sesebuah syarikat penerbangan akan memberi kesan kepada yang lain.

"Bagaimanapun, kami sedar pentingnya AirAsia sebagai rakan niaga utama dan kami akan terus berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik," katanya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register