BTC USD 22,789.8 Gold USD 1,922.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahathir sedia jadi PM jika tiada pilihan lain

makcikcomei

Active+ Member
Messages
2,679
Joined
Dec 3, 2010
Messages
2,679
Reaction score
756
Points
81
Atok dah check in IJN. Udah2 ler fikir pasal dunia.

Atok pun bukannya clean sangat. 22 tahun memerintah Atok lahirkan protege2 yang rakus menyakau harta negara. Masa Atok perkenalkan 3M, KBSM, KBSR dan segala bagai, Almarhum Engku Aziz dah bagi peringatan, pendidikan negara akan hancur jika diserahkan kepada politician.

Saya suka Atok sebab bagi bonus sebulan gaji kat kakitangan awam jer
 
Last edited:
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,808
Joined
Jun 28, 2011
Messages
28,808
Reaction score
3,726
Points
261
Awards
1
KETEPIKAN EGO 2

1. Saya perlu buat sedikit penjelasan berkait dengan klip video saya baru-baru ini berkenaan mengenepikan ego.

2. Kenyataan itu sebagai satu penerangan kepada mereka yang mengata dan menghina saya kerana dulu terhegeh-hegeh jumpa Datuk Seri Anwar untuk dapat sokongan sebelum PRU ke 14.

3. Saya terangkan saya sanggup lakukannya kerana ketika itu saya merasa negara berdepan dengan kerosakan yang amat besar akibat perbuatan Datuk Najib dan kleptokrat di dalam Kerajaan.

4. Kerana itu saya ketepi perasaan peribadi dan sanggup telan kecaman yang kata saya jilat ludah sendiri apabila bertemu musuh musuh saya termasuk Datuk Seri Anwar untuk menjatuh musuh Negara yang amat besar kejahatannya.

5. Saya berasa pada ketika itu Datuk Seri Anwar juga berfikir semacam saya, dan sebab itu dia juga sanggup bekerjasama dengan saya.

6. Atas sebab-sebab tersebut, semasa itu, saya sanggup memulakan langkah jika yang lain tidak sanggup memulakannya.

7. Kenyataan itu adalah satu rujukan kepada apa yang berlaku sebelum pilihan raya 2018 dan menjelas kenapa saya sanggup bekerjasama dengan musuh-musuh politik saya ketika itu.

8. Dan keputusan saya pada ketika itu telah membuah hasil hingga pembangkang berjaya jatuhkan Kerajaan yang rasuah dan merompak harta Negara.

9. Jadi tidak timbul saya mahu atau tidak mahu bekerjasama dengan pemimpin pemimpin pembangkang yang lain pada kali ini kerana prinsip itu tidak berubah.

10. Yang saya tidak pasti ialah jika pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini telah berubah fikiran dan perasaan terhadap UMNO.

11. Saya juga tidak pasti jika pemimpin pemimpin pembangkang masih merasa UMNO akan merosakkan Negara jika kembali memimpin dan akan membawa kembali kleptokrat untuk memerintah.

12. Atau mungkin ada di kalangan pemimpin pembangkang bersedia bekerjasama dengan UMNO selepas pilihan raya.

13. Kerana itu saya tidak memulakan langkah kecuali dengan mereka yang saya yakin berfikiran semacam.

14. Untuk pemimpin pembangkang yang lain, kali ini terserah kepada mereka.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
26 Oktober 2022

 
Sponsored Post

Top
Log in Register