Mahathir sebut lagi kemungkinan tubuh parti baru

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Dua bulan tanpa jawapan, Pejuang desak RoS putuskan segera.
#malaysiagazette #news #PEJUANG

Dua bulan tanpa jawapan, Pejuang desak RoS putuskan segera


29 October 2020

pejuang.jpg

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sementara menunggu PRU-15.


KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menjelaskan mengapa pendaftaran parti itu belum diluluskan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan berkata, permohonan Pejuang untuk diluluskan sudah memasuki dua bulan dan tidak ada tanda-tanda untuk diterima RoS.


“Kesemua tujuh permohonan, malangnya yang tidak mendapat maklum balas bertulis dari Menteri Dalam Negeri dari pihak JPPM,” katanya.
Amiruddin turut melahirkan rasa hairan mengapa permohonan Pejuang menerima layanan amat berbeza dengan dua parti yang lain.

Katanya, pendaftaran parti Makkal Sakti Malaysia diluluskan dalam tempoh dua minggu manakala Perikatan Nasional pula diluluskan dengan kadar segera dalam proses yang annat meragukan.
“Oleh demikian, pihak Jawatankuasa Penaja PEJUANG sekali lagi ingin YB Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah JPPM untuk membuat suatu keputusan segera dan jelas agar pendaftaran PEJUANG diluluskan mengikut prinsip undang-undang,” katanya.

Amiruddin juga berkata, tiga bulan tanpa sebarang jawapan bertulis adalah tidak munasabah dan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa RoS kini kembali menjadi “alat kerajaan’ bermotifkan politik sehingga menimbulkan kecurigaan di kalangan rakyat.

Pada 19 Ogos lalu, pengasas parti itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengemukakan permohonan rasmi penubuhannya sebagai parti politik kepada RoS.

Antara penaja lain adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar, Datuk Mohamad Nuhairi Ahmad dan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai Pengerusi.

Pada 28 September lalu, RoS meminta pihak penaja Pejuang melakukan beberapa pindaan ke atas permohonan pendaftaran parti itu.

Pindaan-pindaan tersebut adalah berkaitan isu-isu teknikal kecil.

Parti itu berlogokan motif huruf Jawi ‘pa’ mewakili maksud pejuang manakala tiga titik adalah lambang tiga rukun iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara. – MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Dakwaan Pejuang adalah tidak berasas sama sekali, tegas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
#AWANInews #AWANI745

Jawatankuasa Penaja tidak selesaikan permohonan pendaftaran Pejuang sepenuhnya - JPPM

Oktober 30, 2020 13:44 MYT
Jawatankuasa Penaja tidak selesaikan permohonan pendaftaran Pejuang sepenuhnya - JPPM

Semakan rekod sehingga 29 Oktober mendapati, permohonan Pejuang belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan Sistem eROSES. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Dakwaan Jawatankuasa Penaja Parti Pejuang Tanah Air tentang pendaftaran parti mereka dilengah-lengahkan, adalah tidak berasas sama sekali, tegas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam satu kenyataan hari ini.
JPPM berkata, semakan rekod sehingga 29 Oktober mendapati, permohonan parti berkenaan belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan Sistem eROSES.

Jabatan itu berkata, pihak Jawatankuasa Penaja Parti diingatkan untuk berhubung terus dengan JPPM bagi menyelesaikan urusan permohonan pendaftaran tersebut.
Mereka berkata, Pejuang juga telah dimaklumkan mengenai keperluan pendaftaran yang lengkap melalui sistem, sebelum pertimbangan sewajarnya dilakukan.

Semalam, Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah dalam satu kenyataan berkata, sudah tiga bulan tanpa sebarang jawapan bertulis daripada JPPM mengenai pendaftaran parti itu.
Menyifatkan ia sebagai suatu yang tidak munasabah, Ahli Parlimen Kubang Pasu itu berkata, ia menunjukkan seolah-olah jabatan itu menjadi ‘alat kerajaan’ bermotifkan politik, sehingga boleh menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat.


"Situasi permohonan Pejuang amat berbeza dengan pendaftaran dua buah parti lain antaranya Parti Makkal Sakti Malaysia yang diluluskan dalam tempoh dua minggu, manakala Perikatan Nasional diluluskan dengan kadar segera dalam proses yang amat meragukan.

“Pihak Jawatankuasa Penaja Pejuang sekali lagi ingin Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Mohd Hamzah Zainuddin) dan Ketua Pengarah JPPM (Masyati Abang Ibrahim) membuat keputusan segera dan jelas agar pendaftaran Pejuang diluluskan mengikut prinsip undang-undang,” katanya lagi.


Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, JPPM berkata, Jawatankuasa Penaja Parti sendiri mengakui beberapa kali mengadakan perbincangan bersama pihak JPPM bagi tujuan semakan dan mendapatkan pandangan mengenai tindakan lanjut.

JPPM berkata, semakan terperinci hendaklah dilakukan pada setiap permohonan yang dikemukakan termasuk dokumentasi terutamanya perlembagaan yang merupakan rujukan utama sesebuah pertubuhan berdaftar.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Ketiadaan Maszlee dalam kenyataan itu tidak mengejutkan, kata sumber.
#mnow #pejuang #maszlee #muhyiddin

Maszlee tidak lagi bersama Pejuang?

Ahli Parlimen Simpang Rengam itu dilihat tidak bersama-sama menandatangani satu kenyataan dikeluarkan Pejuang semalam.

Nov 2, 2020 9:52 AM






Anwar_maszlee_AnwarFB_22062019-1068x712-1.jpg

Maszlee Malik didakwa menandatangani akuan bersumpah bagi menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.







Persoalan timbul sama ada bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik masih bersama Pejuang, sekumpulan ahli Parlimen Bersatu yang berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad.
Ini berlaku selepas ahli Parlimen Simpang Rengam itu tidak bersama-sama menandatangani satu kenyataan dikeluarkan Pejuang semalam, parti baru diketuai Mahathir.

Dalam kenyataan itu, Mahathir, anaknya Mukhriz, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh menggesa kandungan Belanjawan 2021 diteliti terlebih dahulu sebelum keputusan untuk memberikan sokongan dibuat.

“Kami merasakan memberi persetujuan tanpa terlebih dahulu meneliti isi kandungan belanjawan tersebut adalah tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.

Pejuang juga menyokong saranan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan agar tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi di Sabah supaya tidak menyebabkan kluster baru Covid-19 terbentuk.
Bulan lepas MalaysiaNow mendedahkan Maszlee menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Langkah itu dilihat mengeruhkan lagi hubungan Maszlee dengan Mahathir yang sebelum ini memintanya meletakkan jawatan sebagai menteri pendidikan, dua bulan sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Satu sumber yang dekat dengan Pejuang memberitahu MalaysiaNow ketiadaan Maszlee dalam kenyataan itu tidak mengejutkan.

“Lagipun Maszlee tanda tangan SD anwar. Landasan tak sama (dengan ahli Parlimen Pejuang),” katanya.

Percubaan untuk mendapatkan komen Maszlee tidak berjaya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Najib Razak



10m ·


Nama Maszlee dan Syed Saddiq hilang?
Maszlee dah tak kamcing dengan Petai ke? Sibuk layan Mekdi kot.

1604287888518.png
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,705
Reaction score
611
Points
121
aku rasa dia ni paranoid lah. takut kalau bila dia dah tak ada di dunia ni utk berjumpa dengan Sang Pencipta, legasi dia dan generasi dia kena makan dan dijatuhkan.

aku rasa je la.
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,383
Reaction score
617
Points
81
Ketiadaan Maszlee dalam kenyataan itu tidak mengejutkan, kata sumber.
#mnow #pejuang #maszlee #muhyiddin

Maszlee tidak lagi bersama Pejuang?

Ahli Parlimen Simpang Rengam itu dilihat tidak bersama-sama menandatangani satu kenyataan dikeluarkan Pejuang semalam.

Nov 2, 2020 9:52 AM






View attachment 305176
Maszlee Malik didakwa menandatangani akuan bersumpah bagi menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.







Persoalan timbul sama ada bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik masih bersama Pejuang, sekumpulan ahli Parlimen Bersatu yang berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad.
Ini berlaku selepas ahli Parlimen Simpang Rengam itu tidak bersama-sama menandatangani satu kenyataan dikeluarkan Pejuang semalam, parti baru diketuai Mahathir.

Dalam kenyataan itu, Mahathir, anaknya Mukhriz, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading Shahruddin Md Salleh menggesa kandungan Belanjawan 2021 diteliti terlebih dahulu sebelum keputusan untuk memberikan sokongan dibuat.

“Kami merasakan memberi persetujuan tanpa terlebih dahulu meneliti isi kandungan belanjawan tersebut adalah tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.

Pejuang juga menyokong saranan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan agar tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi di Sabah supaya tidak menyebabkan kluster baru Covid-19 terbentuk.
Bulan lepas MalaysiaNow mendedahkan Maszlee menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Langkah itu dilihat mengeruhkan lagi hubungan Maszlee dengan Mahathir yang sebelum ini memintanya meletakkan jawatan sebagai menteri pendidikan, dua bulan sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Satu sumber yang dekat dengan Pejuang memberitahu MalaysiaNow ketiadaan Maszlee dalam kenyataan itu tidak mengejutkan.

“Lagipun Maszlee tanda tangan SD anwar. Landasan tak sama (dengan ahli Parlimen Pejuang),” katanya.

Percubaan untuk mendapatkan komen Maszlee tidak berjaya.

Pejuang belum tubuh lagi ahli dah cabut



Mesra betui mazlee dgn anuar ....... Berpegangan tangan .......... Jgn sampai checkin hotel sudah le
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,968
Reaction score
1,923
Points
206
aku rasa dia ni paranoid lah. takut kalau bila dia dah tak ada di dunia ni utk berjumpa dengan Sang Pencipta, legasi dia dan generasi dia kena makan dan dijatuhkan.

aku rasa je la.
itu yg aku nampak pada atuk
atuk mmg jaga legasi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register