Mahathir sebut lagi kemungkinan tubuh parti baru

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Dr M, Pejuang tak boleh pergi jauh tanpa PH, kata penganalisis

September 1, 2020 8:08 AM

bendera-pakatan-harapan-fmt-200219-3.jpg

Penganalisis politik Azmi Hassan berkata gabungan bersama PH akan menjamin Pejuang mendapat sokongan DAP dan PKR

PETALING JAYA: Dua penganalisis berkata kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim pada Sabtu bukti Dr Mahathir Mohamad dan parti barunya Pejuang tidak boleh pergi jauh tanpa bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, keputusan PRK itu menunjukkan populariti Mahathir semakin lemah, sementara Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berpendapat calon Pejuang hanya mendapat 1/3 daripada undi diperoleh PH pada 2018.

Awang Azman berkata, Mahathir amat popular pada suatu ketika kerana sokongannya kepada Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, tetapi popularitinya semakin merosot ketika beliau menolak pencalonan Anwar sebagai perdana menteri.

Sebilangan besar penyokong PH, menolak Mahathir kerana marah dan kecewa.



“Jika Pejuang sudah berasa tersekat, maka ia harus mengakui dasar dan pendirian PH. Tanpa PH, Mahathir dan Pejuang tidak boleh pergi jauh,” kata Awang Azman.

“Sekiranya mereka bergabung dengan PH, tetapi tidak bersetuju mengenai perkara asas seperti pencalonan Anwar, maka Mahathir dan Pejuang akan dianggap hanya memecah-belahkan PH. Oleh itu, PH harus menolak Mahathir dan Pejuang,” katanya.

Jika PH memilih untuk menolak Mahathir dan partinya, ini boleh menjadi “pengakhiran” kepada parti itu, kata Awang Azman.

Pejuang perlu keluar daripada bayangan Mahathir jika parti itu benar-benar ingin membuat percaturan politik, yang boleh dilakukan dengan memberi lebih banyak ruang kepada pemimpin muda untuk menyuarakan pandangan mereka dan menentukan arah tuju parti.

Muafakat lonjak BN, Pejuang hilang pengundi PH
Azmi Hassan berkata, majoriti besar BN pada PRK itu dibantu oleh gabungan Muafakat Nasional (MN) Umno dan PAS, sementara calon Pejuang hanya mendapat sekitar 1/3 undi yang diperoleh PH pada 2018.
Katanya, itu adalah isu yang Mahathir perlu lihat, sambil menambah pemimpin PH tidak bersungguh-sungguh berkempen untuk calon yang disokong Pejuang, mungkin menjadi salah 1 sebab utama ianya suram.
“Saya rasa Pejuang harus bersama PH, dan bukan hanya menjadi parti bebas yang mesra PH, kerana ia nampaknya tidak berjaya di Slim.

“Bebas daripada PH akan memperoleh undi simpati orang Melayu, itu objektif utama Pejuang. Tetapi hasil pada PRK jelas menunjukkan strategi itu gagal, sebagaimana PPBM gagal menentang Umno pada pilihan raya 2018,” katanya.

Pejuang tidak boleh bersendirian. Ia memerlukan sokongan bukan Melayu. Bergabung dengan PH akan menjamin mereka mendapat sokongan DAP dan PKR, kata Azmi.

Pada PRK Slim, calon BN Mohd Zaidi Aziz dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) baru.

Beliau memperoleh 13,060 undi dengan majoriti 10,945 berbanding calon bebas disokong Mahathir, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mendapat 2,115 undi.

Kemenangan BN memulihkan semula penampilannya yang suram pada pilihan raya 2018 apabila mengekalkan kerusi itu dengan majoriti hanya 2,183.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Parti Pejuang laluan untuk lantik Mukhriz sebagai PM

1 September 2020


MGF27082020_CERAMAH-PERDANA-PRK-SLIM_05-681x454.jpg

Penubuhan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dilihat hanya untuk menjadikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri, kata Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr R Sivaperegasam Rajanthiran.

KUALA LUMPUR – Penubuhan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dilihat hanya untuk menjadikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr R Sivaperegasam Rajanthiran berkata, selain untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), motif penubuhan Pejuang itu dilihat untuk memudahkan laluan bekas Menteri Besar Kedah itu ke puncak karier dalam politik.


“Pada pengamatan saya mungkin ada motif yang lain dalam penubuhan Pejuang ini. Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya memastikan anaknya Datuk Mukhriz Mahathir sebagai presiden parti itu. Barangkali itu hakikat penubuhan Pejuang.

“Mukhriz akan akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN yang bertajuk ‘Pencapaian, Harapan dan Cabaran,’ di Persatuan Alumni UM (PAUM) hari ini.

Jelas Sivaperegasam lagi, parti yang masih dalam proses pendaftaran itu sememangnya banyak bergantung kepada Mahathir untuk bertapak sedangkan populariti bekas Perdana Menteri ketujuh itu semakin merudum.
“Pejuang yang banyak bergantung kepada pengaruh Dr Mahathir sedangkan populariti beliau telah jauh merudum. Sebahagiannya disebabkan oleh tindak tanduk beliau sendiri dan kegagalan beliau mengetuai kerajaan PH.
“Termasuk juga kegagalan beliau dan PH untuk melontar janji yang dijadikan sebahagian daripada manifesto PH.
“Kita dapati hampir semua kandungan manifesto ini tidak direalisasikan dengan baik.

“Dan bila ditanya dan dikritik tentang ini beliau memberitahu bahawa manifesto bukan Bible yang perlu diikuti dengan rapat,” katanya lagi.

Justeru itu, rakyat digesa agar bertanya niat sebenar Mahathir untuk menubuhkan parti Pejuang.

MGF010920_KONVENSYEN-SETENGAH-TAHUN-PENTADBIRAN-PN-3-1024x683.jpg

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr R. Sivaperegasam Rajanthiran berucap pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Persatuan Alumni Universiti Malaysia (PAUM), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 SEPTEMBER 2020.

Ujar beliau lagi, motif untuk menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa juga masih samar-samar untuk menarik rakyat untuk menyertai Pejuang.

“Persoalan menarik yang ditanya adalah mampukah Pejuang memberi ancaman kerajaan PN tatkala sudah wujud enam parti Melayu lain di negara ini.

“Rakyat wajar bertanya pada Tun Dr Mahathir, apakah sebenarnya motif dan agenda Pejuang.

“Jika ia dimaksudkan untuk menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa, persoalan yang berbangkit adalah sejauh mana kepemimpinan Tun Mahathir sebelumnya ketika menerajui UMNO dan ketika menerajui Bersatu.

“Apakah pada zaman pemerintahan Tun sewaktu menerajui kerajaan UMNO selama 22 tahun dan 22 bulan di bawah PH apakah rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak berlaku di bawah kerajaan PH.

“Kalau motif penubuhan Pejuang ini betul ianya untuk menghapuskan rasuah saya kira para penganalisis dan sarjana perlu renungkan kembali motif ini dengan baik.
“Atau ada motif lain yang terselindung di dalamnya,” katanya.- MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Astro AWANI
10m ·
Satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli.
#AWANInews #AWANI745

Pejuang belum edar borang permohonan keahlian parti - Mukhriz


September 1, 2020 15:11 MYT

Pejuang belum edar borang permohonan keahlian parti - Mukhriz

Menurut Mukhriz, satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli. - Gambar Astro AWANI

ALOR SETAR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerusi Urusetia Penubuhan Parti masih belum mengedarkan sebarang borang keahlian kepada orang ramai bagi menerima permohonan menyertai atau menjadi ahli parti berkenaan.
Bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindakan itu ialah bagi mematuhi peraturan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang masih menjalankan proses pendaftaran parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli.
Tegasnya, butiran berkenaan akan diambil kira sebagai permohonan untuk menjadi ahli parti itu.

Susulan itu, tegas Mukhriz, sebarang borang yang diedarkan secara fizikal atau atas talian yang tidak dikeluarkan Urusetia Penubuhan Parti, tidak diiktirat sebagai borang rasmi.

Semua yang berminat menjadi ahli Pejuang juga diminta untuk berurusan secara langsung dengan Urusetia Penubuhan Parti selain menantikan borang secara atas talian yang akan disiarkan dalam masa terdekat.
Pejuang yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad didaftarkan secara rasmi dan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo pada 19 Ogos lalu.

Mukhriz menjelaskan, logo berwarna ‘biru pantone’ itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
Selain Mukhriz dan Dr Mahathir, lima lagi nama diserahkan sebagai jawatan kuasa penaja Pejuang termasuk Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Datuk Seri Marzuki Yahya, Datuk Shahrudin Salleh dan Datuk Nuhairi Ahmad.


 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,783
Reaction score
755
Points
121
peju WANG - "perjuangan ke arah nepotisme Malaysia"
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,149
Reaction score
955
Points
121
Hidup melayu, bila perlu ya kt kena jaga ketunanan melayu......hidup melayu....bila xperlu...ya melayu bangsa malas....jgn harapan bantuan kerajaan....ya ya ya hidup melayu hahaha
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,956
Reaction score
1,698
Points
151
Melayu yg malas
Hanya mereka yg malas utk berubah
Dan bergantung nasib nya pd parti idola mereka
 
Sponsored Post
Top
Log in Register