Mahathir sebut lagi kemungkinan tubuh parti baru

CG Sponsors




Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,047
Reaction score
153
Points
33
Pejuang hati-hati pilih ahli baharu

805611.jpg


ALOR SETAR - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan lebih berhati-hati dalam urusan pengambilan ahli baharu yang akan menyertai parti politik tersebut.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bukan semua permohonan untuk menyertai Pejuang akan diterima.

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) buat masa ini belum meluluskan permohonan rasmi penubuhan Pejuang sebagai parti politik.

"Disebabkan itu, kita belum menerima permohonan keahlian walaupun ramai yang menghubungi saya untuk menubuhkan bahagian, proses itu akan berlaku kemudian.

"Namun, kali ini kita akan lebih memilih dan bukan semua akan terima," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Menurutnya, bakal ahli perlu mengemukakan permohonan keahlian melalui borang permohonan untuk menyertai Pejuang, malah keahlian bukanlah automatik.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, mereka sememangnya menjalinkan kerjasama erat dan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) di tahap baik walaupun hanya blok ketiga.


== sinar harian
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Muhamad Harris Nasril
2j ·

Macam mana ni? Pejuang Petai kata saya di penjarakan oleh Facebook kerana hina logo parti mereka. Eh eh, logo parti PETAI dilancarkan pada 19 ogos, yang dalam gambar tu saya kena penjara pada April 2020. Hahahahahahahqhhqhah
Mohon Atuk PM saya untuk saya beri kelas kepada pejuang Petai bagaimana nak buat propaganda di media sosial. ****** sangat ni bukan kaleng2.


1598500882026.png





Julia Fx

· 20 Ogos ·



Hasil PEJUANG BERJUANG!

Selamatlah kau ketua Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) dipenjara oleh Mark Zuckerberg.

Hinalah JAWI lagi.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
1598500981240.png


Pejuang ditubuhkan untuk halang Anwar jadi PM - Umno


Diterbitkan Hari ini 12:00 pm

PRK SLIM | Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baru diumumkan Dr Mahathir Mohamad ditubuhkan untuk memastikan Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak dijadikan perdana menteri, kata Umno.

Ketua penerangannya, Shahril Sufian Hamdan, juga mendakwa kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini adakah kerana agenda peribadi membabitkan dua individu berkenaan.

"PH ini satu lagi yang gagal adalah mereka gagal berkawan sesama sendiri. Bukan hanya janji dia kepada rakyat tidak tertunai, tetapi janji sesama sendiri pun dia tak tunai.

"Bergaduh dan bermain kuasa antara blok-blok yang mana diketuai oleh dua individu yang kita tahu dah berdekad-dekad bergaduh.

"Pergaduhan antara mereka mejadi satu isyarat kepada kita. Kalau antara mereka pun tak boleh nak berdamai, macam mana nak mentadbir negara?" katanya semasa berceramah di Felda Gunung Besout 2, malam tadi.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, difahami pemimpin Umno itu merujuk kepada Mahathir dan Anwar.

"Hari ini ada parti baru. Namanya Pejuang. Pejuang untuk apa, kalau tidak lain tidak bukan berjuang untuk agenda peribadi.

"Dia (Dr Mahathir) dah jadi perdana menteri dua kali. Saya tak pasti apa lagi dia berjuang.

"Tapi agak-agak dia nak berjuang antara lain untuk memastikan seorang lagi itu (Anwar) tak jadi perdana menteri," katanya di hadapan lebih 100 hadirin.

Masih dalam proses daftar
Untuk rekod, Mahathir dan Anwar kini menjadi Pengerusi PH dilihat tidak lagi sehaluan berhubung calon PM bagi blok pembangkang yang kini dikenali sebagai PH Plus.

Ekoran krisis dalaman PH, BN kembali menjadi kerajaan pada akhir Feb lalu dengan bantuan Muhyiddin Yassin yang membawa Bersatu meninggalkan gabungan berkenaan.

Ia turut dibantu langkah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, bersama sekumpulan anggota parlimen parti itu berpaling tadah untuk bekerjasama dengan Muhyiddin serta BN dan PAS.

Anwar dan Mahathir - yang kini saling memerlukan untuk membentuk majoriti di Dewan Rakyat - berada dalam kebuntuan berhubung siapa yang wajar dinamakan sebagai calon perdana menteri jika usaha PH Plus itu berjaya.

Selepas Mahathir hilang kelayakan sebagai anggota Bersatu yang ditubuh olehnya, dia bertindak mengumumkan parti baru dikenali sebagai Pejuang.

Di PRK Slim, Pejuang diwakili Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang bertanding sebagai calon bebas kerana Pejuang masih dalam proses pendaftaran.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya selama empat penggal Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai.

Pada PRU lalu, Mohd Khusairi mempertahankan kerusi DUN Slim dengan mengalahkan calon Bersatu Mohd Amran Ibrahim dan Muhammad Zalfadli Zainal (PAS), dengan majoriti 2,183 undi.



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Kamarul Yusoff
4m

TUN DR MAHATHIR PEJUANG ATAU PETUALANG?

Bila 12 individu, termasuk 2 ADUN DAP, ditahan di bawah SOSMA bermula pada 10 Oktober 2019 dan didakwa di mahkamah bermula pada 29 Oktober 2019 kerana dikatakan terlibat dengan aktiviti LTTE, maka berdegarlah suara para pemimpin DAP mendesak Peguam Negara menarik balik pendakwaan ini dengan alasan bahawa LTTE bukanlah sebuah kumpulan pengganas.

Serentak itu, para pemimpin DAP juga mendesak kerajaan supaya mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas walaupun Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman (waktu itu), iaitu Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menyebut polis mempunyai bukti kukuh mengenainya.

Akhirnya, setelah kira-kira empat bulan penahanan dan pendakwaan ini berlaku, iaitu 21 Februari 2020, maka Peguam Negara (waktu itu), Tan Sri Tommy Thomas, pun mengeluarkan satu kenyataan media bagi membatalkan arahan pengguguran kes ke atas 12 tertuduh LTTE ini dengan penjelasan yang mempersoalkan kedudukan LTTE sebagai sebuah kumpulan pengganas.

Tahukah anda apa yang berlaku antara tarikh penahanan 12 tertuduh LTTE pada 10 Oktober 2019, tarikh pendakwaan 12 tertuduh LTTE pada 29 Oktober 2019 dan tarikh pembatalan arahan pengguguran kes ke atas 12 tertuduh LTTE oleh Peguam Negara pada 21 Februari 2020?

Faktanya ialah, pada 12 Februari 2020, Perdana Menteri (waktu itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menulis sepucuk surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri (waktu itu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berbunyi: “Saya berpendapat tidak ada sebab kita teruskan label LTTE sebagai terrorist… Saya fikir eloklah jika dikeluarkan LTTE dari senarai terrorist.”

Lihatlah pula kenyataan rasmi Tan Sri Muhyiddin pada 22 Februari 2020 mengenainya sebagai menjawab kenyataan media Tan Sri Tommy Thomas pada 21 Februari 2020 (dan secara tersiratnya surat rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Februari 2020) yang berbunyi:

(1) “Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas. Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.”

(2) “Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.”

Oleh itu, berdasarkan fakta ini, eloklah kita berfikir: Siapakah sebenarnya pejuang dan siapakah sebenarnya petualang?


 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,744
Reaction score
1,165
Points
111
Sedap kutuk melayu malas, Cucu sendiri tonggang air kencing setan.
 

aeolian

Active+ Member
Joined
Jul 30, 2010
Messages
3,346
Reaction score
161
Points
48
kuat drama putar belit mamak kerla tua ni, dulu sebab ada dia la aku jadi serba salah nak sokong ph, tapi aku terpaksa sokong jugak sebab takda pilihan lain nak jatuhkan najib dan umno masa tu.
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,841
Reaction score
457
Points
91
Strategi PH biarkan Pejuang bertanding di PRK Slim nampaknya membuahkan hasil. Pejuang tak diterima rakyat dan DSAI akan dpt sokongan penuh pimpin PH. Skang Pejuang dah bersendirian & dah tak relevan. Tun M dah boleh bersara. Penyokong Pejuang yg dah hilang arah tuju bolehlah kembali kpd Bersatu.

Warisan yg taat setia kat Tun M mungkin beralih sokongan taat setia kat DSAI lak.
 

lautjernih

Fun Poster
Joined
Jun 22, 2019
Messages
253
Reaction score
27
Points
30
Strategi PH biarkan Pejuang bertanding di PRK Slim nampaknya membuahkan hasil. Pejuang tak diterima rakyat dan DSAI akan dpt sokongan penuh pimpin PH. Skang Pejuang dah bersendirian & dah tak relevan. Tun M dah boleh bersara. Penyokong Pejuang yg dah hilang arah tuju bolehlah kembali kpd Bersatu.

Warisan yg taat setia kat Tun M mungkin beralih sokongan taat setia kat DSAI lak.
Dan boiboi mula lah takut ;p
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,744
Reaction score
1,165
Points
111
Bukan ke PH sendiri kata Tun nak serah kuasa pada Anwar. Ni sebelum pru 14 lah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register