BTC USD 23,802.9 Gold USD 1,768.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahathir & Najib Freemason??

fhans23

Active Member
Messages
2,470
Joined
Feb 18, 2008
Messages
2,470
Reaction score
0
Points
20
KONSPIRASI DR. MAHATHIR & YAHUDI
Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.
1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.

21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.
September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

OLEH : Penulis Siber
(Penulisan asal oleh Wak Reformasi - terdapat sedikit pengubahsuaian)
 
Sponsored Post

fhans23

Active Member
Messages
2,470
Joined
Feb 18, 2008
Messages
2,470
Reaction score
0
Points
20
Terbongkar: Manifesto Najib Razak, Benarkah Bakal PM Itu Ahli Koprorat
FreeMason Malaysia !!

Satu berita menggemparkan telah berlaku, dan kami sendiri tidak perasan
akan isu ini. Ianya berkaitan dengan laporan tentang Manifesto Najib
Razak dalam artikel terdahulu. Sungguh, tidak disangka-sangka bahawa
dalam maklumat tentang “perkhidmatan sosial” Najib, ada menyebutkan
beliau adalah “Ahli Kehormat FreeMason Malaysia” sejak 1980 hingga
sekarang. Ramai yang tertanya-tanya, dari manakan maklumat ini
diperolehi?. Kami sendiri terkejut dengan maklumat berkenaan. Namun,
s**a diingat bahawa segala maklumat berkenaan telah dihantar oleh salah
seorang puak-puak UMNO sendiri menerusi “database” profail peminpin
UMNO yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Jika benar Najib adalah Ahli Korporat FreeMason Malaysia. Maka ini adalah
sesuatu yang harus diberi perhatian dan lebih besar untuk kita
perkatakan. Perkara ini amat mengejutkan semua pihak. Namun, kami
tidak berani untuk mengiya atau menidakkannya. Hanya pembaca sendiri
boleh menilai dan menyiasat perkara ini. Kami hanya menyiarkan salinan
asal maklumat berkenaan sahaja.

Maka itu disini sedikit kami huraikan tentang Freemanson dan serta kaitan
dengan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-
sangat menjijikkan. Maka jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai
Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita
untuk menolak beliau naik. Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia
yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah
selama ini kita dirosakkan dengan “Islam Hadhari”. Mungkinkah p**a
selepas ini kita akan ditanamkan p**a dengan “Islam Glokal” p**a.

Sila rujuk dibawah :-

Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa
Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir
lagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan
‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini
menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk
merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal
(Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan
pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah.

Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang
merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam,
perhatian terus dihala kepada Islam.Pertubuhan ini dianggotai bangsa
Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain.

Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta
menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata,
pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan
B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah - menimbalkan keraguan dalam hati
umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti. Pertubuhan
Kesaksian Yehova.

Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan
Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang
Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk
menarik perhatian umat Islam.

http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/eksklusif-manifesto-najib-razak-bakal.html
 

clorox_bersih

Legendary Member
gem
Messages
18,906
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
erm..no komen..takut jadi fitnah..
semoga allah menunjukkan kebenaran..amin....
 

mido

Active+ Member
Messages
4,861
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
mmg fitnah bermahrajalela skrg nih..

kalo nk dikatakan nuat freemason mcmana plak??
 

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

bab ni korang pi la baca buku balik...jangan dari satu sumber...cari la dari beberapa sumber....
lepas tu bagitau balik kat dalam ni...
bahayanya korang copy and paste ni..ada yg kena cekup tak tentu pasal....

apa pun, yang tersirat dalam cerita macam ni ada orang dah terdesak sgt tak nak turun....
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
218
Points
123
huk3...

berat tuduhan ini...

semoga Allah tunjukkan kebenaran....
 

shane

Legendary Member
gem
Messages
14,064
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,064
Reaction score
247
Points
133
mmg fitnah bermahrajalela skrg nih..

kalo nk dikatakan nuat freemason mcmana plak??


Memang dah ada fitnah DSAI ejen Freemason, Illuminati, Yahudi, USA, etc,etc you name it. Pasai Dr M dituduh ahli Freemason tu dari tahun ~1973 lagi. Aku pun ada tulis pendapat aku sebelum ni. Bagi aku, baik ignore semua ni, sebab individu2 yg merosakkan negara ada kat dalam negara ni ada depan idung kita. Buat apa nak tengok jauh2 macam freemason, illuminati etc. Sejak tuduhan tahun ~1973 hingga sekarang apa kerosakan negara yg boleh directly tuduh freemason??? Baik tuduh/dakwa individu2 bertanggung jawab depan idung kita dari cuba menuduh pertubuhan2 seperti illuminati, freemason etc
 

baim

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Jan 22, 2007
Messages
3,214
Reaction score
18
Points
25
ala aper la bangan.g politik malaysia ni..
yg si umno tuduh nuar agen yahudi, yg geng nuar plak tuduh madey ngan najib freemason.. come on la, matang la sikit politik..
lepas ni aku nk wat citer, obama tu agen bukit aman.. ok tak??
skrng rakyat dh bijak, takdr tepengaruh ngan benda ****.h mcm ni.. org tahun 80an dulu boleh la kot percaya bendaalah ni.. skrng tahun 2008 la..
 

ADI78

Super Active Member
Messages
6,298
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
dah lamo aden dongar yg madir tu ahli freemason...bahkan majalah mastika pun ado gak ckp yg ramey vvip malaysia ni ahli freemason...payah nak buktikan kalu kito bukan ahli freemason sendiri....
 
Sponsored Post

Top
Log in Register