BTC USD 58,588.0 Gold USD 1,796.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahasiswa Unisel dibenar menyertai demo air

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,285
Reaction score
32
Points
70
SHAH ALAM, 3 Dis – Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini memberikan lampu hijau kepada mahasiswanya untuk menyertai perhimpunan ‘baju merah’ bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu, lapor Malaysiakini.

Naib Canselor Unisel Prof Datuk Dr Rosti Saruwono berkata, pihak universiti menerima tindakan itu selagi mereka tidak melanggar peraturan universiti dan undang-undang negara.

Menurut beliau, ini kerana, secara tidak langsung menunjukkan golongan “pemimpin masa depan itu” kini lebih bertanggungjawab walaupun masih di peringkat pembelajaran.

“Pelajar saya adalah pelajar yang sudah dewasa dan kita menggalakan mereka supaya berfikiran sebagai orang dewasa. Kita mengharapkan mereka boleh berfikir bukan sahaja dalam bidang akademik malah mengambil berat tentang isu masyarakat dan sejagat,” katanya.

Sambil memberitahu istilah demonstrasi “mungkin terlalu negatif”, Dr Rosti menambah:

“Mungkin mereka ingin menyerahkan sesuatu memorandum, itu memang kami (pun) sentiasa terima.”

Terus memuji mahasiswanya, Dr Rosti berkata di Unisel golongan itu memang aktif dan peka dengan pelbagai isu, termasuklah isu Palestin dan nasib haiwan.

“Mereka mengadakan (semua) program ini secara sukarela di Unisel di mana ini merupakan satu perkara yang bagus sebagai pelajar prihatin untuk kebaikan am,” katanya.

Sumber

---------------
Ini baru betul. Libatkan pelajar yg sudah dewasa ke arah yg baik (berdemo utk halang Syabas naikkan harga air). Pelajar2 Universiti yg boleh mengundi juga sepatutnya boleh melibatkan diri dalam p/raya. Bukannya tangkap pelajar2 tu.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register