akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,986
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,986
- Reaction score
- 6,428
- Points
- 881
- Awards
- 1
Mahasiswa terkena tempias kenaikan harga diesel
shaheedul.attamimJune 16, 2024
KUALA LUMPUR: “Sekiranya harga barangan naik, apakah kerajaan bersedia membela nasib mahasiswa yang akan terhimpit dengan tekanan ekonomi tersebut?”
Itu persoalan yang diutarakan Kelab Mahasiswa Penyokong PAS Selangor, susulan kenaikan harga diesel yang dilaksanakan kerajaan pada 9 Jun lepas.
“Pada waktu ini pun golongan mahasiswa perlu mencatu wang untuk menguruskan keperluan harian.
“Jangankan mahu beli buku rujukan, mahu makan pun terpaksa hadkan. Apatah lagi jika harga barangan naik kelak, sudah pasti akan membebankan lagi kehidupan golongan mahasiswa,” kata kenyataan itu pada hari ini.
Tambahnya, dengan lonjakan harga diesel sebanyak RM1.20 yang sangat drastik ini mampu memberi kejutan kepada ekonomi.
“Apakah kerajaan mampu menjamin dapat mengawal kesan kenaikan harga barang selepas ini?” soalnya lagi.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, pada hakikatnya, kerajaan sendiri tidak mampu melaksanakan penguatkuasaan yang jitu bagi membanteras aktiviti penyeludupan diesel sebelum ini.
“Malah, beras tempatan yang menyumbang lebih 60 peratus kepada pasaran tempatan pun ghaib, bagaimana penguatkuasaan kawalan harga barang mahu dilakukan kelak?
“Jangan hanya pandai membina formula tetapi gagal mencipta solusi!” tegasnya.
Justeru, SiswaPAS Selangor menggesa kerajaan untuk melihat semula mekanisme penyasaran semula subsidi ini supaya ia tidak membebankan rakyat terbanyak.
“Tugas kerajaan adalah mencari solusi bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela, bukan mencipta masalah bagi menutup masalah sedia ada. Mahasiswa perlu pembelaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/6/2024