BTC USD 64,262.2 Gold USD 2,387.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahasiswa rakyat Malaysia ditahan di Mesir telah dibebaskan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,722
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
49,722
Reaction score
6,148
Points
481
Awards
1
Mahasiswa rakyat Malaysia ditahan di Mesir telah dibebaskan

September 25, 2022

PUTRAJAYA: Seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir sudah pun dibebaskan pada petang 24 Sept.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan malam ini berkata, mahasiswa itu berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di universiti tersebut.

Katanya, Kementerian Luar bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar Republik Arab Mesir melalui Kedutaan Malaysia di Kaherah serta Kedutaan Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur bagi memastikan kebajikan mahasiswa itu terpelihara.

“Kerajaan Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama erat dalam perkara ini,” katanya.

Saifuddin berkata kementerian sentiasa prihatin akan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.

Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia sentiasa peka dan mematuhi undang-undang negara tuan rumah di mana mereka berada. – BERNAMA
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register