Kehidupan
CG Top Poster Club

- Messages
- 25,111
Paid Membership
- Joined
- Jan 11, 2008
- Messages
- 25,111
- Reaction score
- 218
- Points
- 123
Pulau Pinang, 20 Oktober - Pro M USM menyeru semua pihak dalam kalangan mahasiswa agar berani dan rasional dalam mempersoalkan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia di sini.
Seruan tersebut dibuat lanjutan amaran oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar agar pemimpin dan ahli BN tidak membincangkan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia di peringkat nasional hari ini.
Perlembagaan diwujudkan selain menjadi rujukan kepada negara, ia juga wajib dipelajari. Persoalan saya, bagaimana kita (mahasiswa dan rakyat) boleh memahami perkara-perkara yang termaktub dalam PP, kecuali kita terlebih dahulu mempersoalkan perkara-perkara yang kita berasa kurang faham (dan) kurang jelas,” ulas Pengerusi Pro M USM, Sdr. Adi Syahid melalui telefon.
Menurut Pengerusi ProM tersebut, perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan bukan hanya berkaitan special position etnik Melayu, Kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam sahaja, malah soal kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan berpersatuan turut dijamin dalam PP Malaysia.
Seruan saya ini (berani mempersoalkan PP) sebenarnya ada rasionalnya. Saya mahu mahasiswa tahu apakah hak-hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan. Saya mahu mereka (mahasiswa) tahu bahawa mereka tidak boleh diancam, diugut, ditakut-takutkan dengan propaganda ‘pepecahan’, cauvenisma Melayu dan sebagainya oleh pihak-pihak ‘tertentu’,” tegas Sdr. Adi Syahid lagi
Beliau juga menyatakan hasrat untuk memastikan mahasiswa tahu bahawa AUKU adalah bertentangan dengan hak-hak asasi mahasiswa (manusia) sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan kita (PP) dan UDHR 1948 [iaitu Artikal 2 dan Artikel 29(2)].
Perkara 5 (Kebebasan diri), Perkara 7 (Perlindungan di sisi Undang-Undang), Perkara 8 (kesamarataan), Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berkumpul dan berpersatuan) dan sebagainya telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia -ProMahasiswaUSM