Mageran 2.0 boleh ambil alih kerajaan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,364
Reaction score
4,272
Points
201
854685.jpg

Mohammad Tawfik Yaakub

SHAH ALAM - Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang telah dibubarkan 49 tahun lalu boleh diwujudkan semula sebagai badan pentadbiran sementara negara sekiranya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan untuk menggantung Dewan Rakyat atau prorog Parlimen.

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, berdasarkan perkembangan terkini kemelut politik tanah air, beliau menjangkakan tindakan prorog adalah paling wajar dilaksanakan Seri Paduka Baginda.

Bahkan, katanya, titah nasihat terbaharu Al-Sultan Abdullah yang mahu ahli politik bermuhasabah supaya negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik ketika berdepan ancaman Covid-19 memperlihatkan ‘bunga-bunga’ untuk prorog dilaksanakan.

“Menurut perlembagaan, Agong boleh melakukan prorog atau membubarkan Parlimen. Namun dalam keadaan sekarang, adalah mustahil untuk Parlimen dibubarkan mengambil kira ancaman wabak Covid-19 yang membimbangkan.

“Saya lebih lihat bahawa Al-Sultan Abdullah mempunyai peluang untuk memprorog atau menghentikan sementara Parlimen.

“Baginda boleh memanggil untuk mewujudkan Mageran 2.0 bagi mentadbir semula negara dengan ahli-ahlinya dilantik daripada kalangan profesional dan perkhidmatan awam seperti Mageran 1.0 sebelum ini,” kata Mohammad Tawfik kepada Sinar Harian semalam.

Mageran pernah ditubuhkan pada 1969 susulan pengisytiharan darurat disebabkan tragedi 13 Mei 1969.

Bagaimanapun, Mageran telah dibubarkan pada tahun 1971. Bagi mengelakkan berulangnya insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, kerajaan ketika itu bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik berkata, rakyat kini bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak dalam konteks perlembagaan ada.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105664/BERITA/Nasional/Mageran-20-boleh-ambil-alih-kerajaan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,738
Reaction score
630
Points
81
Patut buat...ahli politik makin merapu...dlm tempoh mageran ni..sumbat semua ahli politik yg bersalah ke dlm penjara...tinggalkan yg baik² sahaja...covid-19 dh tamat...baru buat blik pilihanraya.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,802
Reaction score
2,071
Points
201
Patut buat...ahli politik makin merapu...dlm tempoh mageran ni..sumbat semua ahli politik yg bersalah ke dlm penjara...tinggalkan yg baik² sahaja...covid-19 dh tamat...baru buat blik pilihanraya.
aku betul betul dan fep up perangai politiaik ni.....baik A..B...C...memang bawa suwey untuk Malaysia....rakyat hidup tak tenang....fitnah...mengadu domba....buat live dok mengata kat org...teori itu ini ..semua nak jadi penganalisis.....tukang hasut...tukang sebar...hey..KORANG NI TAK INGAT NAK MATI KE.....PAHALA masing masing dah berkepuk kepuk ke.....bikin suwey betul lah politaik ni
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,315
Reaction score
2,162
Points
206
ahli politik malaysia ni kualiti sangat teruk. ketanggungjawaban pun kurang walaupun pegang macam-macam jawatan.
lepastu tarikh luput panjang. umur dah nak dekat 100 tahun pun sibuk main politik.
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,738
Reaction score
630
Points
81
ahli politik malaysia ni kualiti sangat teruk. ketanggungjawaban pun kurang walaupun pegang macam-macam jawatan.
lepastu tarikh luput panjang. umur dah nak dekat 100 tahun pun sibuk main politik.
Betul tu..mcm dah takde life lain..org kerja..60 pun dh pencen...ini mmg takmau pencen²... Rakyat mati pun xpe...janji masyuk geng² politaik
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,863
Reaction score
11,092
Points
1,906
'Prorog Dewan Rakyat tidak selesaikan masalah'
Oktober 15, 2020 @ 2:15pm

10hmfathi1_1602742490.jpg

Pakar perlembagaan yang juga Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof

KUALA LUMPUR: Syor supaya Dewan Rakyat digantung (prorog) kerana ketidakstabilan politik bagi memberi laluan kepada usaha mengekang penularan COVID-19 dalam negara tidak akan menyelesaikan masalah itu.
Pakar perlembagaan yang juga Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof, menjelaskan jika cadangan itu diguna pakai, pembentangan belanjawan yang menjadi asas perbelanjaan negara untuk tahun depan, tidak dapat dilaksanakan.

"Jika belanjawan tidak dibentangkan dan tidak diluluskan Parlimen, maka kita berdepan dalam situasi 'government shutdown' atau kerajaan ditutup.
"Kerajaan tidak akan mempunyai wang untuk dibelanjakan bagi pelaksanaan pentadbiran kerajaan khususnya untuk tahun depan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Sebaliknya, Muhammad Fathi berpendapat, tindakan lebih tepat bagi menangani COVID-19 adalah melalui pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Jelasnya, jika pengisytiharan itu dibuat, negara dapat memberi lebih tumpuan kepada usaha menangani COVID-19 dengan lebih berkesan.
"Apabia diisytiharkan darurat, secara tidak langsung beberapa perkara membabitkan pilihan raya umum atau sidang Parlimen yang boleh menyebabkan pembubaran Parlimen dan sebagainya, dapat
dielakkan.

"Ini kerana pengisytiharan darurat, sesuatu peraturan dan undang-undang itu dapat dilaksanakan melalui ordinan darurat. Malah ordinan perbekalan juga boleh dilaksanakan berdasarkan peraturan darurat itu," katanya.

Beliau percaya pengisytiharan itu akan melancarkan lagi struktur pentadbiran kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri kerana langkah menangani COVID-19 ketika ini hanya dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan.

"Walaupun kaedah ini betul tetapi pengisytiharan darurat adalah lebih menyeluruh untuk kita memastikan usaha menangani wabak ini dilakukan dengan lebih bersepadu, dengan memberi kuasa untuk memimpin pentadbiran kepada MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri," katanya.

Semalam, bekas Speaker Dewan Negara yang juga Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mengesyorkan supaya Dewan Rakyat digantung bagi memberi laluan kepada pengendalian penularan COVID-19 dalam negara.

Katanya, cadangan berkenaan mampu membantu kerajaan memulihkan ekonomi dan menstabilkan keadaan politik negara dan ia boleh dilakukan menerusi Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.


 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,138
Reaction score
950
Points
121
Patut buat...ahli politik makin merapu...dlm tempoh mageran ni..sumbat semua ahli politik yg bersalah ke dlm penjara...tinggalkan yg baik² sahaja...covid-19 dh tamat...baru buat blik pilihanraya.
Buat pun xguna sebab ahli mageran pun org politik jgk hahahah
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,863
Reaction score
11,092
Points
1,906
ni vigneswaran punya statement

Vigneswaran syor Dewan Rakyat digantung
Oktober 14, 2020 @ 10:26pm


aSA_VIGNESWARAN_DEWAN_RAKYAT_1602685595.jpg

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: MIC mengesyorkan supaya Dewan Rakyat digantung bagi memberi laluan kepada pengendalian penularan COVID-19 dalam negara.
Cadangan itu dikemukakan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, berikutan polemik pembentukan kerajaan baharu susulan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memiliki majoriti untuk berbuat demikian.

Vigneswaran dalam kenyataannya berkata, cadangan berkenaan mampu membantu kerajaan memulihkan ekonomi dan menstabilkan keadaan politik negara
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu berkata, cadangan itu boleh dilakukan menerusi Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

"Memprorog (menggantung) Dewan Rakyat adalah tindakan paling selamat bagi menjaga ketenteraman awam, ekonomi dan kestabilan politik. Sidang Dewan Rakyat akan ditangguh dan urus tadbir negara akan dijalankan kerajaan sedia ada, sepanjang tempoh prorog.

"Ini antara beberapa pilihan untuk negara berdepan dengan ketidakstabilan politik, selain syor mengadakan pilihan raya umum (PRU) bukanlah tindakan terbaik kerana mampu mengakibatkan peningkatan mendadak kes COVID-19," katanya.

Beliau mengulas ketidaktentuan politik negara berikutan dakwaan Anwar memiliki majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika menerima menghadap Anwar, dilapor menitahkan Presiden PKR itu supaya akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi usaha mengambil alih kepemimpinan negara.

Baginda bertitah demikian apabila Anwar pada pertemuan itu memaklumkan kepada baginda, jumlah Ahli Parlimen menyokong beliau untuk mengambil alih pentadbiran negara, namun tidak menyerahkan senarai wakil rakyat bagi mengukuhkan dakwaan terbabit.

Ahli Parlimen Port Dickson pada sidang media selepas pertemuan itu bagaimanapun mendakwa, mengemukakan pengesahan lebih 120 Ahli Parlimen yang menyokongnya membentuk kerajaan baharu, dalam bentuk akuan bersumpah dan dokumen ditandatangani ketua parti.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,863
Reaction score
11,092
Points
1,906
Prorog Mampu Sejukkan Suhu Politik Malaysia -Pandikar


Dikemaskini pada 15, Oct 2020

pandikar1.jpg


15 OKT: Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, setuju dengan cadangan supaya Dewan Rakyat digantung atau prorog bagi memberi laluan kepada kerajaan menangani masalah penularan wabak COVID-19, sekali gus menyejukkan ‘suhu’ politik negara yang sedang panas sekarang.

Pandikar Amin yang juga Ketua Umum Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), berkata beliau bersetuju dengan cadangan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran, supaya Dewan Rakyat digantung bagi memberi laluan kepada kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19 dalam negara.

Bagaimanapun, Pandikar berkata, prorog bukan dibuat atas alasan untuk memanjangkan hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetapi demi keselamatan rakyat Malaysia yang lebih penting berbanding pilihan raya.
“Wabak COVID-19 disifatkan sebagai gelombang ketiga yang lebih mengancam, terutama di Sabah berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dibuat atas agenda politik semata-mata.

“Sebagai bukti bahawa kerajaan PN sekarang ini pula amat serius dan komited untuk memerangi wabak COVID-19 ini, adalah lebih baik kerajaan PN membuat rombakan Kabinet dan mewujudkan Kerajaan Perihatin (kerajaan campuran), di mana pemimpin dari blok pembangkang – Pakatan Harapan (PH) dijemput untuk menyertai Jemaah Menteri.

“Dengan tindakan sedemikian, maka ‘politiking’ di Malaysia akan dapat dipinggirkan buat sementara waktu sehingga wabak COVID-19 dapat dikalahkan.

“Setelah wabak COVID-19 telah dapat ditangani, maka barulah PRU15 diadakan seperti yang dicadangkan oleh Vigneswaran, sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.



Beliau mengulas perkembangan semasa politik tanah air susulan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kelmarin selepas mendakwa mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam pertemuan 25 minit itu, Anwar hanya mengemukakan jumlah sokongan Ahli Parlimen yang dikatakan dimilikinya namun tidak menyertakan senarai nama bagi mengukuhkan dakwaan berkenaan.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati Anwar supaya akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada sebelah malamnya, UMNO selepas Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi parti itu memutuskan untuk meletak syarat baharu bagi meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN.

Mengulas lanjut, Pandikar Amin berkata, keadaan politik Malaysia sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) amat bercelaru, yang menyaksikan pertukaran tiga kerajaan dalam masa tiga tahun, sekali gus menyebabkan ekonomi negara turut terjejas.

Pandikar Amin berkata, keadaan bertambah buruk selepas wabak COVID-19 melanda Malaysia dan kini wujud tanda kedudukan kerajaan PN akan turut tergugat.

“Persoalan yang merunsingkan fikiran ramai rakyat Malaysia sekarang ialah sama ada Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan kerajaan PN hujung tahun ini mendapat sokongan semua Ahli Parlimen ketika dibahas.

“Jika Parlimen tidak meluluskan Belanjawan 2021 hujung tahun ini, dua kemungkinan boleh berlaku mengikut Perlembagaan Persekutuan iaitu Parlimen dibubar dan pilihan raya diadakan (mengikut Artikel 43 (2)) atau prorog (Parlimen dikekalkan tanpa pembubaran seperti Artikel 55 (2)),” katanya.


 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,802
Reaction score
2,071
Points
201
Betul tu..mcm dah takde life lain..org kerja..60 pun dh pencen...ini mmg takmau pencen²... Rakyat mati pun xpe...janji masyuk geng² politaik
sebab rasa pahala dah terlalu byk berkumpul.....dan rasa dia je terbaik...org lain tak bagus....yg lain pulak terlalu dungu dok angkat dia...apakah yg lain tidak bersekolah langsung tak de pemimpin yg nak ganti....kayu dah dimakan anai anai...masih lagi nak galang tongkat.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register