BTC USD 51,635.6 Gold USD 1,681.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie Mael Totey The Movie - RM6.4 juta dalam 24 hari

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
Pengarah "Mael Totey The Movie" bakal diangkat sebagai ikon pengarah muda - FINAS
Kejayaan filem "Mael Totey The Movie" arahan pertama Muhammad Syahmi mengutip lebih RM7 juta, bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid berkata pengumuman secara rasmi akan dibuat pada satu majlis apresiasi bagi menghargai mereka yang berjaya dalam bidang perfileman negara awal tahun depan.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1912475


Pengarah "Mael Totey The Movie" bakal diangkat sebagai ikon pengarah muda - FINAS
cbea0b05ef1e1e18346bd0251eebae785f0975fae225a.jpg



15/12/2020 04:41 PM

KOTA BHARU, 15 Dis -- Kejayaan filem "Mael Totey The Movie" arahan pertama Muhammad Syahmi mengutip lebih RM7 juta, bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid berkata pengumuman secara rasmi akan dibuat pada satu majlis apresiasi bagi menghargai mereka yang berjaya dalam bidang perfileman negara awal tahun depan.

"Pengarah muda ini akan diangkat namanya sebagai ikon selepas berjaya menghasilkan filem dengan kutipan yang tinggi dan ini satu pengiktirafan kepada anak-anak muda.



"Dia (Muhammmad Syahmi) bukan sahaja berjaya dalam usahanya tetapi juga telah mengangkat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam filemnya," katanya ketika melawat pejabat produksi pengarah itu di sini hari ini.

Beliau berkata pengarah muda itu telah membuktikan kejayaannya tanpa meminta bantuan pihak lain termasuk FINAS.
Zakaria berkata pengarah muda yang lain perlu menghasilkan karya yang dikehendaki golongan muda yang tidak lagi tertumpu kepada kisah yang stereotaip sebaliknya bagaimana dapat membina bangsa dan negara melalui filem.


"Kita tidak mahu berterusan kisah cinta seperti orang kaya berkahwin dengan orang miskin tetapi mesti mempunyai idea bagaimana dapat memberi semangat kepada golongan muda dalam membina negara," katanya.

Sementara itu Muhammad Syahmi, 25, berkata beliau merancang untuk menghasilkan satu filem baharu hujung tahun hadapan, dengan penggambaran dijangka bermula pada bulan Mac.

"Kejayaan Mael Totey akan menjadi perangsang kepada saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan akan menggunakan pelakon yang sama untuk filem berlatarbelakangkan kehidupan rakyat Kelantan," katanya.

Beliau seterusnya menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau mengeksploitasi golongan OKU, sebaliknya beliau berkata apa yang dilakukannya adalah untuk mengangkat kebolehan golongan itu.
"Kalau saya menggunakan mereka (eksploitasi), sudah lama mereka tidak bersama saya," katanya, yang juga seorang Youtuber.
-- BERNAMA

 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,665
Reaction score
768
Points
121
Pertama kali dengar nama SS ni hari ni menerusi cg. Benda positif saya sokong.

Cuma nak jadikan ikon tu macam terlalu reaktif.
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
1608109006601.png


Al Jafree 'musykil' Finas nak jadikan Syahmi ikon pengarah muda


Diterbitkan Hari ini 4:20 pm


Pengarah filem dan penulis skrip Al Jafree Md Yusop mempersoalkan kewajaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mahu mengangkat pencipta karya Mael Totey The Movie sebagai ikon pengarah muda.
Kata Al Jafree, dia melihat pengumuman itu dibuat dengan terburu-buru selain tidak mempertimbangkan nama pengarah lain yang dirasakan lebih sesuai berdasarkan kualiti dan kredibiliti mereka dalam bidang perfileman.
“Finas hantar Roh - filem yang diarahkan Emir Ezwan - untuk ke Oscar, tiba-tiba pengerusinya (yang sah bukan cinephile) bercadang nak angkat Syahmi Sazli sebagai ikon pengarah muda.
“Boleh sesiapa tolong jelaskan kat aku? Sebab apa dia (Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid) buat keputusan tu dan apa rasionalnya?


“Banyak lagi nama lain boleh dipertimbangkan sebagai calon ikon pengarah muda seperti pengarah siri animasi Ejen Ali, Muhammad Usamah Zaid Yasin,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Terdahulu, Al Jafree mempertikaikan keputusan tersebut di media sosial. Pada hantaran sama, pengarah filem Mencari Rahmat itu turut menyatakan kesediaannya untuk berdebat hal-hal berkaitan perfileman (cinephile) dengan Zakaria.
Perkongsian tersebut menuai perhatian antaranya pengarah Shamaine Othman yang secara sinikal menyifatkan filem mencecah pecah panggung menjadi penanda aras dalam pemilihan tersebut.

72e42d6c3b4e1f738173f1469d07281e.jpg


Sebagai pengiktirafan kepada anak-anak muda, Finas mengumumkan Syahmi bakal dijadikan sebagai ikon pengarah muda selepas bintang YouTuber bertukar pengarah itu mengutip RM7 juta melalui filem pertama arahannya Mael Totey The Movie.

Antara faktor lain, usaha Syahmi turut diiktiraf kerana pengarah berusia 25 tahun itu mengangkat bakat orang kelainan upaya (OKU) dalam filem yang dihasilkannya itu serta dia membuktikan kejayaannya tanpa memintabantuan pihak lain termasuk Finas.

Menurut Al Jafree, sebagai seorang yang bertanggungjawab mentadbir badan yang berfungsi membangunkan Finas, Zakaria wajib arif hal-hal berkaitan perfileman.
"Jika tak tahu mana baik dan buruk macam mana nak bangunkan industri tu?

“Saya bukan apa, cuma mahukan justifikasi kenapa Syahmi yang dipilihnya. Sebab apa dan atas kapasiti apa dia sebagai pengerusi buat kenyataan tu?

“Dan bahagian aku kata pengerusi bukan cinephile boleh berdebat dengan aku bila-bila masa. Pengerusi kalau nak berdebat dengan aku pun tak ada hal. Silakan!” katanya.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Zakaria bagi mengulas berhubung isu tersebut.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
Pengerusi Finas menjelaskan, bukan pengarah Mael Totey The Movie itu saja akan diberi penghargaan malah mungkin ada pengarah lain juga.

1608189408462.png


'Cadangan angkat Syahmi Sazli jadi ikon difahami di luar konteks'
Nadia Azam
Diterbitkan Hari ini 2:45 pm


Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Zakaria Abdul Hamid berkata ada kemungkinan kenyataannya mengenai rancangan mengangkat Muhammad Syahmi Sazli sebagai ikon pengarah muda difahami orang di luar konteks sebenar.

Kata Zakaria, apa yang disebutnya sebelum ini hanya bersifat cadangan agar ada majlis apresiasi dianjurkan tahun depan.

Justeru katanya mungkin ada lagi pengarah lain yang akan dinilai panel tertentu untuk diberi pengiktirafan dalam pelbagai kategori berbeza.

“Disebabkan tahun 2020 ni tak ada festival filem akibat Covid-19, Finas bakal adakan sebuah majlis apresiasi yang akan melibatkan beberapa panel dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).


“Berbeza dengan festival filem apabila panel menilai filem dari sudut kualiti dan teknikal, yang Finas cadangkan pula majlis apresiasi untuk menghargai pencapaian penggiat seni termasuk filem yang berjaya di luar negara," katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Zakaria lagi di negara ini memang ada ramai pengarah muda termasuk Emir Ezwan yang menghasilkan filem Roh dan dia mungkin dipertimbangkan untuk apresiasi lain pula.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pengarah dan penulis skrip Al Jafree Md Yusop mempersoalkan kewajaran Finas mengangkat sutradara Mael Totey The Movie itu sebagai ikon pengarah muda.

Tak ada isu timbul
Dalam kenyataannya, Al Jafree mempertikaikan mengapa Finas tidak menamakan seseorang pengarah itu berdasarkan kualiti kerja dan kredibiliti mereka dalam bidang perfileman.

Antara nama disebut-sebut pengarah Mencari Rahmat itu ialah Emir atau pengarah siri animasi Ejen Ali iaitu Muhammad Usamah Zaid Yasin.

Al Jafree yang menyifatkan seseorang tokoh penting dalam Finas seperti Zakaria wajar memahami selok-belok perfileman turut mengajak pengerusi itu bersemuka untuk berbahas lebih lanjut perkara tersebut.

c6a2019a93a0e351e428386125a214e0.jpg


Mengakui dirinya bukan individu hebat perfileman, Zakaria bagaimanapun berkata, ada sebab tertentu mengapa dia cenderung memilih Syahmi sebagai ikon pengarah muda.
Katanya, bintang YouTuber itu yang berasal dari luar bandar dilihat berjaya menerbitkan filem tanpa bantuan Finas.

“Dia berjaya terbitkan sebuah filem, tapi mungkin dari sudut teknikal dan kualiti tu boleh dipertikaikan. Namun, apa ingin saya tekankan adalah kejayaan Syahmi mengutip RM7 juta tanpa guna satu sen pun duit Finas.
“Satu lagi aspek lain adalah kecenderungan Syahmi menggunakan khidmat orang kelainan upaya (OKU) untuk berlakon.

“Walaupun ada kritikan kononnya dia mengambil kesempatan ke atas OKU, saya lihat dalam cerita tak timbul pun isu kerana mereka tak dipaksa hafal skrip malah pengucapan juga spontan,” katanya.

Bagi Zakaria, filem itu merupakan pencapaian amat baik buat Syahmi, malah tujuannya bukan ingin menilai mutu tetapi mengangkat seorang pengarah muda untuk dijadikan contoh kepada anak muda yang lain.
“Kita ramai anak muda yang berbakat tapi tak diberikan peluang untuk mereka aktif dalam perfileman khususnya YouTuber.

"Sekarang Finas nak bantu menjadikan mereka ni sebahagian dari ekosistem perfileman negara,” katanya yang terbuka untuk berbincang isu berbangkit dengan mana-mana pihak.

 

emir

Active+ Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
4,676
Reaction score
49
Points
30
punya byk pengarah2 muda... hmmm tu la, nak komen lebih2 nnt fans die marah pulak hehehe
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,281
Reaction score
2,630
Points
206
bila ahli politaik pegang jawatan yang bukan bidang end up jadi macam ni la.
caca merba dan populis.
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,249
Reaction score
1,070
Points
156
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Pengerusi Finas tu.
SS dipilih diluar konteks fikiran.
Maksudnya SS boleh berjaya buat filem tanpa bantuan sesen pun dari Finas dan gunakan pelakon OKU.
Compare dengan pengarah besar guna bantuan Finas tapi filem hambar.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,393
Reaction score
1,560
Points
201
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Pengerusi Finas tu.
SS dipilih diluar konteks fikiran.
Maksudnya SS boleh berjaya buat filem tanpa bantuan sesen pun dari Finas dan gunakan pelakon OKU.
Compare dengan pengarah besar guna bantuan Finas tapi filem hambar.
pasal kos tu payah nak ckp.. si symai memang ada duit dari utube gan fb.... masalahnya pilih calon kene la bersebab.. bukan sebb cerita dia ramai yg tgk terus up jadi icon mude... maybe leh calon kan dia sebagai pengarah utuber fb berjaya ke
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,820
Reaction score
2,309
Points
151
aku rasa layak Syahmi diangkat sebagai ikon pengarah muda ...

sebab (ni sebab peribadi aku)
- langsung tiada dana dari mana2 pihak (termasuk FINAS sendiri)
- menggunakan duit nya sendiri
- menggunakan bajet yg kecil (tapi mampu meraih kutipan yang sangat besar)
- bukan daripada org industri perfileman (tapi berjaya masuk ke industri perfileman dan menghasilkan sebuah filem PERTAMA yang hebat)
- usaha keras nya sendiri (bermula dari seburuk-buruk video, belajar dan usaha sikit demi sikit sehingga berjaya hasilkan sebuah filem)... bermula daripada video qualiti buruk pun sudah mampu menjana duit...sampai lah sekarang

so, aku setuju Syahmi diangkat menjadi "ikon pengarah muda" supaya boleh dijadikan contoh pada orang-orang muda yang lain..

aku tak kata filem dia tu hebat.....tapi dah nama pun "pengarah MUDA".....dan dia hasilkan FILEM PERTAMA pulak tu....semestinya lah tersangat banyak kekurangan...

tapi aku yakin, dengan USAHA dan KERJA KERAS dari Syahmi Sazli, aku yakin suatu hari nanti, dia pasti AKAN cipta satu filem yang berkualiti tinggi....

apa-apa pun, sekali lagi, aku rasa memang layak Syahmi Sazli diangkat sebagai IKON PENGARAH MUDA.....sekali lagi, "MUDA".......
 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,498
Reaction score
1,065
Points
151
Best ke filem dia tu?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register