Movie Mael Totey The Movie - RM6.4 juta dalam 24 hari

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,292
Reaction score
173
Points
33
WhatsApp_Image_2020-11-16_at_5.05.04_PM_1605519207.jpg


KUALA LUMPUR: Filem sulung arahan selebriti Youtube, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.

Filem yang ditayangkan sejak 22 Oktober lalu itu memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.

Pembikinan filem Mael Totey The Movie menarik perhatian kerana kos pembikinannya hanya kira-kira RM400,000 dan ditanggung sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA

Mengulas kejayaan itu, Syahmi menghargai sambutan baik penonton terhadap karya garapannya itu.

"Untuk memecah dua rekod filem hebat terdahulu adalah suatu kejayaan manis buat saya.

WhatsApp_Image_2020-11-16_at_5.05.20_PM_1605519210.jpg


"Terima kasih atas sokongan semua yang tidak putus-putus. Teruslah menyokong filem ini," katanya.

Ketika ini, sambutan terhadap filem Mael Totey The Movie masih memberangsangkan biarpun sudah memasuki minggu keempat tayangan di platform itu.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata kejayaan ini adalah sejarah dalam industri perfileman yang cukup dibanggakan.

"Apatah lagi filem ini dihasilkan pengarah baharu yang sebelum ini hanya aktif dengan kandungan digital.

"Kini, kutipan filem pertamanya itu berjaya menandingi filem pecah panggung di Astro First.

"Kami akan terus berusaha melalui rangka promosi yang kreatif untuk membawa filem ini ke tahap lebih jauh selain menarik minat orang ramai menontonnya.

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua penonton filem ini kerana memberi kepercayaan dan sinar buat penerbit tempatan untuk terus berkarya," katanya.

Filem Mael Totey The Movie dibintangi Syahmi, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.

Pelakon tempatan seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi turut terbabit dalam filem itu.


== bharian
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,643
Reaction score
11,577
Points
1,906
Salkukhairi Abd Sukor

6 November jam 9:27 PG ·

Dulu saya tidaklah minat sangat dengan video-video YouTube Syahmi Shazli ni. Tapi anak-anak saya minat.

Sekadar tengok sekali lalu begitu. Tidak adalah apa yang istimewa sangat bagi saya tentang video-video beliau.

Pada saya ketika itu, ia tidak lebih sekadar video-video lawak spontan biasa yang cuba "mengeksploitasi" watak beberapa orang remaja istimewa untuk dijadikan bahan gelak semata-mata.

Pun begitu, saya tidaklah lah sampai melarang anak-anak saya menonton video-video tersebut kerana saya tidak nampak pula unsur-unsur yang menjolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan anak-anak dalam video-video tersebut.

Sampailah beberapa minggu lepas, anak-anak saya mintak izin untuk beli filem Mael Totey The Movie di Astro First.

"Ayah, nak beli cerita Mael Totey The Movie boleh tak?" tanya anak saya.

"Cerita apa tu?" tanya saya balik.

"Alah, yang cerita Syahmi Shazli, Yoe dan Asif tu" jawab anak saya dalam keadaan macam takut-takut je nak mintak.

"Tak yah lah. Mengarut je. Cerita apa benda Totey Totey tu" jawab saya.

Pada anggapan saya ketika itu, tidak ada apa yang istimewanya pun filem tersebut. Tajuk pun macam pelik je bunyi nya. Macam bunyi bunyi lucah adalah. Itu tanggapan saya dalam hati ketika itu.

Jadi anak saya tak puas hati. Mereka pun cuba mintak dengan umi mereka pulak.

"Best ke cerita tu?" tanya isteri saya pada anak-anak.

"Best Umi" jawab mereka meyakinkan umi mereka.

"Ha, macam mana nak beli tu?"

Mereka pun explain pada umi mereka camne cara nak beli filem tersebut di Astro.

"Ohh..tak pe suruh Abang Echa buatkan" sambil isteri saya minta anak kedua saya tolong uruskan. Saya pun tengok ajelah aksi dan keletah diaorang dari jauh.

Selepas beberapa minit, filem tersebut pun mula ditayangkan di kaca tv.

Saya lihat semua asyik je menonton. Tak kelip-kelip mata diaorang.

"Best ke cerita ni?" tanya saya. Semua pakat diam je. Tak jawab apa-apa. Takut ayah marah kot.

Ketika itu saya sedang siap-siap nak pergi surau untuk solat maghrib.

Entah macam mana 20 minit pertama filem tu dimainkan, saya boleh "terlayan" pulak. Hehe..

Mula-mula berdiri, lepas tu tak sedar je saya duduk sekali dengan diaorang tengok filem tersebut depan Tv.

Dalam hati saya kata, okey jugak cerita ni.

Tak lama lepas tu waktu maghrib pun masuk. Saya pun bangun dan terus ke surau.

Besok paginya, ketika isteri dan semua anak saya dah pergi ke sekolah, saya pun try tengok semula filem tersebut sorang sorang mulai daripada awal.

Sekadar nak tahu bagaimanakah kesudahan filem tersebut dan apa yang ada dalam filem tersebut.

Sejam pertama menonton filem Mael Totey The Movie, saya dapati filem tersebut penuh dengan mesej yang positif yang cuba disampaikan kepada penonton disamping diselitkan dengan beberapa lawak spontan daripada pelakon pelakonnya yang mencuit hati.

Antara mesej positif yang sempat saya garap melalui filem tersebut adalah:
1. Jangan pandang rendah atau ambil kesempatan terhadap orang / anak-anak yang kurang dari segi fizikal dan mentalnya, kerana mereka juga perlukan layanan, kasih sayang dan perhatian yang sama daripada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

2. Semua orang boleh berjaya walaupun pada anggapan mata kasar kita mereka mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan. Yang penting, jika mereka diberikan peluang, semangat dan bimbingan yang betul, mereka juga boleh berjaya sebagaimana orang lain berjaya.

3. Tidak salah menjadi miskin, kerana tiada siapa pun yang mahu menjadi miskin, tetapi yang salahnya adalah malas berusaha dan hanya mengharapkan bantuan orang lain semata-mata, atas alasan aku ni miskin, layaklah dapat bantuan. Walhal Allah kurniakan mereka dengan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sempurna dan peluang yang banyak disekeliling mereka.

4. Budaya dan adat resam yang tidak sepatutnya dalam sesuatu urusan perkahwinan harus ditinggalkan. Antaranya, buat kenduri kahwin besar-besaran sehingga menyusahkan diri sendiri, tindakan menyusahkan pengantin dengan bertanyakan soalan-soalan yang tak sepatutnya seperti kena baca doa qunut sebelum akad nikah dan lain-lain, budaya membatalkan air sembahyang selepas akad nikah, budaya posing dan aksi pengantin yang keterlaluan dan terlebih romantik dikhalayak ramai. Dalam nada sinis dan spontan, filem ini menegur secara halus tentang budaya budaya yang tak sepatutnya itu.

5. Ramai yang beranggapan Bahasa Inggeris itu susah untuk dikuasai. Filem ini menepis anggapan sedemikian. Hakikatnya, Bahasa Inggeris itu tidaklah susah mana untuk dikuasai, asalkan kita ada minat untuk belajar dan dibimbing oleh guru yang ikhlas dan mahir dalam bidangnya. Tidak kira kita orang bandar atau orang kampung, semua orang boleh dan mampu kuasai Bahasa Inggeris dengan baik.

6. Sesiapa sahaja akan diuji oleh Allah SWT dalam hidupnya. Disinilah Allah nak lihat nilai keimanan dan sabar yang ada dalam diri kita. Ada masa kita mungkin tersilap langkah dalam membuat sesuatu keputusan. Atau kita mungkin rasa cepat kecewa dan putus asa dalam hidup. Disinilah pentingnya peranan kawan-kawan yang ada disekeliling kita. Kawan-kawan dan sahabat yang baik dan ikhlas akan menyedarkan kita dan membawa kita kembali ke jalan yang benar dan mampu memberikan kita semangat kembali untuk terus hadapi ujian hidup ini dengan penuh yakin dan sabar.

Selepas menonton filem tersebut, saya akui filem Mael Totey The Movie bukan sekadar filem lawak bodoh.

Bahkan filem ini penuh dengan mesej yang baik untuk mendidik masyarakat.

Filem ini terasa dekat sekali dengan masyarakat. Kerana tema yang dibawa tidak terikut-ikut dengan tema filem melayu yang sedia ada. Sikit-sikit cerita tentang orang korporat, kisah percintaan bebas antara remaja, kisah orang kaya duduk rumah banglo mewah, terlibat dengan aktiviti sosial seperti kelab malam dan sebagainya, budaya samseng dan lain-lain.

Tidak salah jika saya dapat katakan filem ini dihasilkan oleh golongan marhain untuk marhein. Sebab cerita sebeginilah menjadi realiti sebenar dalam masyarakat kita.

Pendek kata tak lah rasa rugi sangat bayar bill Astro mahal sikit bulan ni.

Apapun tahniah saya ucapkan kepada Syahmi Shazli and Team dalam menghasilkan filem yang baik ini. Saya doakan kalian akan terus berkarya dan menghsilkan lagi video video dan filem yang berkualiti untuk masyarakat.

Sekarang, selalu pulak dah video-video Syahmi Sazli ni lalu di FB saya. Adakah ini menandakan saya mula suka dengan video-video beliau? Haha..tulah dulu tak suka, sekarang dah terjebak. Padan muka.
1f600.png
1f600.png


Wallahuaklam.

Coretan,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Kuantan, Pahang


1605532312041.png








Salkukhairi Abd Sukor

7 November jam 7:11 PG ·


1605532426177.png

1605532444800.png
 

Attachments

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,167
Reaction score
2,344
Points
201
sejujurnya kutipan ni hasil dari followers Syahmi...ada yg beli 2-3 kali.....aku tgk movie pun boleh tertidur...untuk ketawa 1-2 kali shj....paksa juga otak nak hadam...tapi hampa....lagi bagus video dia kat youtube...dan masa aku terbuang mcm tu shj..
 

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
1,997
Reaction score
213
Points
43
itulah bagusnya orang kelantan ni, sifat kenegerian diorang tinggi, dan diorang gunakan sifat kenegerian tu untuk sokong bisnes orang dia.

dan hasil dia, kutipan lebih 5 juta.

tengok member kelantan aku kat fb je la, rata rata beriya duk promote dan semuanya cakap best dan kelakar.

aku cuba tengok, tapi mungkin sebab lorat kelantan tu banyak sangat, terus jadi tak minat.

walau apepun tahniah anak muda.
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,047
Reaction score
259
Points
41
macam Aziz M Osman ckp la...citer ni subjektif...kalau bg kawan citer ni biasa2 je...tapi kredit pada syahmi sbb bukan senang nak control dan arah orang2 yg istimewa ni...tapi bila tgk balik komen2 ramai puji sbb hasil dia bantu orang2 istimewa ni...mereka lebih pandai bergaul dengan masyarakat...lebih yakin dgn diri mereka...dan dia layan golongan istimewa ni baik sgt2...takde nak merendah2 kan dieorg...bab ni kawan mmg puji habis
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,732
Reaction score
288
Points
91
ni seth2 diorg je ni kata bes ni...tgk biasa je pun..sama jgk amir raja lawak dulu ni,x lawak pun dia tu tp dah kenegerian diorg tinggi tu yg leh g final tu.tp lawak sndri2 gelak je
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,167
Reaction score
2,344
Points
201
itulah bagusnya orang kelantan ni, sifat kenegerian diorang tinggi, dan diorang gunakan sifat kenegerian tu untuk sokong bisnes orang dia.

dan hasil dia, kutipan lebih 5 juta.

tengok member kelantan aku kat fb je la, rata rata beriya duk promote dan semuanya cakap best dan kelakar.

aku cuba tengok, tapi mungkin sebab lorat kelantan tu banyak sangat, terus jadi tak minat.

walau apepun tahniah anak muda.
dari segi sales bagus lah sebab anak negeri support.....aku org kelate...dan tak rasa movie ni kelakar....kawan aku ketawa berdekah dekah...aku pening bab mana nak ketawa....ukuran kejayaan dari segi sales RM5 juta..ok......tapi dari segi movie....tak layak langsung dipanggil movie.....clip youtube dia lagi buat aku ketawa.....maaflah kalau komen aku buat sapa sapa yg taksud dgn syami ni marah....kalau skala 10...aku bagi 1.5 je....
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,784
Reaction score
2,299
Points
151
6.4 juta...gila.....mmg power marketing..

bajet filem 300 ribu je kalau tak silap....fuhhh..

by the way, aku salah sorang peminat syahmi sazli, asif dan yoe....

dulu aku tengok mcm tak minat gak.... aku yakin org yg tak kenal lg depa ni akan ckp tak sedap pun filem diorang...

tapi cuba tgk youtube diorang, tgk dari episode ke episode, insyaALLAH korang nampak apa yg best pasal diorang.... (terutama Drama Spontan)

nk ckp kelakar sgt tu takde la kelakar sgt.... tapi bila kita dh kenal diorang, insyaALLAH ada benda yg kita faham dan kita akan gelak....
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,784
Reaction score
2,299
Points
151
sejujurnya kutipan ni hasil dari followers Syahmi...ada yg beli 2-3 kali.....aku tgk movie pun boleh tertidur...untuk ketawa 1-2 kali shj....paksa juga otak nak hadam...tapi hampa....lagi bagus video dia kat youtube...dan masa aku terbuang mcm tu shj..
betul boss....org yg follow syahmi mmg akan nak tgk sangat2 dan akan suka filem ni....termasuk aku....

tapi kalau org yg tak follow syahmi sgt, fikir dulu la sebelum tgk...huhu...sbb takut tak minat....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register