Madu tualang berpotensi ubati penyakit kanser - Pakar

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KOTA BHARU 11 Jan. – Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen dalam terapi kanser terutama kanser payudara, kata Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Madya Dr. Nik Soriani Yaacob.

Katanya, kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser, di samping membunuh sel-sel berbahaya itu daripada merebak.

"Namun begitu, penyelidikan ini masih di peringkat awal dan banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam proses yang dirangsang oleh madu menyebabkan kematian sel-sel kanser tersebut,” katanya dalam kertas kerja bertajuk Aktiviti Antikanser Madu Lebah Tualang pada satu seminar mengenai penggunaan madu lebah asli di sini hari ini.

Seramai 300 peserta hadir pada seminar dua hari itu bagi membincangkan antara lainnya mengenai khasiat madu lebah asli dalam bidang perubatan, cara mempopularkan penggunaan madu lebah dalam masyarakat dan menerokai pelbagai kegunaan madu lebah asli sebagai minuman dan makanan.

Program anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian itu yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz.
 
Sponsored Post

haili

Freshie
Joined
Dec 8, 2009
Messages
1
Reaction score
0
Points
3
salam hari ni dan esk 11-12.1.10 SEMINAR AWAM PENGGUNAAN LEBAH ASLI KEBANGSAAN KALI KE 2 DI HOTEL RENAISSANCE, KOTA BHARU, KELANTAN ANJURAN FAMA BAYARAN RM50.00
 

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
salam hari ni dan esk 11-12.1.10 SEMINAR AWAM PENGGUNAAN LEBAH ASLI KEBANGSAAN KALI KE 2 DI HOTEL RENAISSANCE, KOTA BHARU, KELANTAN ANJURAN FAMA BAYARAN RM50.00
welcome to cg...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register