BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Madu kelulut tingkat tenaga batin

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,461
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,461
Reaction score
2,094
Points
266
Awards
1
Tani-kelulut-3.jpeg


PERUNTUKAN sebanyak RM6.17 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi Belanjawan 2024 dilihat sebagai inisiatif baik untuk membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan.

Ia juga dilihat sebagai suatu peluang yang baik dalam penternakan kelulut sebagai usaha untuk meningkatkan kesejahteraan dan kelangsungan hidup masyarakat serta mewujudkan strategi pembangunan ekonomi yang mampan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Syari Jamian berkata, permintaan terhadap madu kelulut sangat tinggi walaupun purata penghasilannya adalah rendah.

Jelasnya, situasi ini berlaku kerana kelulut menghasilkan madu yang mengandungi bahan antioksidan yang tinggi, rendah indeks glisemik (GI) dan tinggi kandungan gula ‘trehalulosa’ yang bermanfaat kepada kesihatan manusia.

“Ternakan kelulut pada masa ini telah menjadi suatu industri yang kian popular kerana madu kelulut yang dihasilkan dianggap sebagai produk premium dengan jualan madu kelulut mencapai harga pasaran yang tinggi, iaitu antara RM250 hingga RM700,” katanya.

TANI-kelulut-2-600x450.jpeg

Menerusi madu kelulut, pelbagai produk hiliran boleh dihasilkan, antaranya ialah sabun, gel balm dan kosmetik serta produk hiliran berasaskan makanan seperti kopi kelulut, gula-gula dan coklat.

“Ia secara tidak langsung memberikan kepelbagaian dalam sumber makanan manusia serta menyediakan peluang kepada masyarakat untuk menceburi bidang keusahawanan tani dan menjadikannya sebagai kerjaya atau meraih pendapatan sampingan,” katanya.

KAYA KHASIAT
Industri penternakan kelulut mampu menjadi sumber ekonomi kepada masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar yang mempunyai akses kepada persekitaran semula jadi.

Pembangunan industri ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu khususnya dalam penyelenggaraan koloni kelulut, pengeluaran madu dan pengurusan perniagaan madu.

Dalam bidang pertanian, kelulut membantu proses pendebungaan tumbuhan apabila berlakunya pemindahan debunga oleh kelulut dari satu bunga ke bunga lain untuk menggalakkan kepelbagaian genetik dalam populasi tumbuhan, yang seterusnya meningkatkan daya tahan tumbuhan.

Pendebungaan oleh kelulut membantu dalam penghasilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih besar, sihat, dan lebih berdaya tahan terhadap penyakit, sekaligus menyumbang peningkatan hasil pertanian dan kelestarian pengeluaran makanan.

TAMBAH TENAGA BATIN
tani-kelulut-600x509.jpeg

Dr. Syari turut menyatakan khasiat madu kelulut antaranya adalah dapat meningkatkan metabolisme badan, menambah tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin serta merawat kecederaan dalaman dan pelbagai penyakit seperti diabetes mellitus (kencing manis), strok, hepatitis (radang hati), kanser, hipertensi (darah tinggi) dan batu karang.

Madu kelulut yang diiktiraf oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) sebagai Superfood pertama Malaysia membuktikan penternakan kelulut memerlukan teknik dan perhatian yang teliti untuk memastikan pertumbuhan dan pengeluaran madu yang optimum.

Oleh itu, penternakan kelulut dan perkembangan industri madu kelulut hendaklah dikukuhkan dengan pendidikan sewajarnya dan pengurusan mampan untuk memastikan kelestarian madu kelulut terpelihara tanpa merosakkan populasi lebah kelulut atau habitat semula jadinya.

Penternak kelulut hendaklah didedahkan dengan teknik ke arah ternakan kelulut lestari untuk memastikan perlindungan terhadap koloni kelulut.

Usaha itu juga penting bagi menjaga kelestarian kelulut dan madu yang dihasilkan sekaligus memelihara kelestarian alam.

SHARIFAH HANNAH ADIBAH WAN SERAIL
Penulis adalah Pelajar Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) dengan Kepujian Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Sponsored Post

Artikel yang bagus dan memberi ilmu tentang kebaikan madu kelulut. Pak mertua ada 8 log kelulut, dan ditempat kerja ada 20 log kelulut yg sy terlibat menjaga dan mengekstrak madu kelulut. Jadi kalau ada pelawat, ada idea nak promot kebaikan madu kelulut.
Terima kasih share artikel.
 
Artikel yang bagus dan memberi ilmu tentang kebaikan madu kelulut. Pak mertua ada 8 log kelulut, dan ditempat kerja ada 20 log kelulut yg sy terlibat menjaga dan mengekstrak madu kelulut. Jadi kalau ada pelawat, ada idea nak promot kebaikan madu kelulut.
Terima kasih share artikel.

Dekat mana tempat? Satu faktor yang buat saya susah beli madu adalah takut madu tak asli.

Kalau ladang madu dekat, lagi senang pergi ke ladang sendiri dan beli madu pure direct dari lebah punya sarang.
 
Dekat mana tempat? Satu faktor yang buat saya susah beli madu adalah takut madu tak asli.

Kalau ladang madu dekat, lagi senang pergi ke ladang sendiri dan beli madu pure direct dari lebah punya sarang.
Dkt kuantan..kalau kt tempat kerja ni..sok madu utk staf saje..itu pun tak cukup nak jual kt org luar. Untung bela kelulut ni..baja, racun tak payah beli..janji tanam pokok air mata penganti banyak2.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register