BTC USD 56,360.7 Gold USD 1,776.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Madrasah Tahfiz Al Quran Kg Melayu Raya perlukan sumbangan anda

fnd75

Active Member
Joined
Apr 25, 2006
Messages
1,938
Reaction score
36
Points
35
As Salam Mu'alaikum,

Aku didatangi seorang Pakcik (Hamid nama dia) masa berurusan kat Koop UTM Skudai 2 hari lepas. Beliau mengutip derma ikhlas utk menampung kos pembinaan bangunan Madrasah Tahfiz persendirian kat Kg Melayu Raya, Segamat Johor.

Lanjutan pertemuan tu, aku bawa Pak HAmid ke MAsjid UTM utk urusan mengutip derma di UTM tapi prosedur yg memerlukan surat mohon derma dengan surat kebenaran oleh Jabatan/MAjlis Agama mungkin ambil masa jugak le. So Masjid bagi juga derma dr tabung Masjid - Al HAmdulillah. Utk urusan surat-menyurat tu Insya'Allah aku dgn isteri cuba tolong.

Utk pengetahuan, sekolah tahfiz persendirian ni bertujuan utk kumpulkan anak2 islam utk belajar tahfiz dan kitab2 agama sekitar Segamat yg setakat ni bertaburan kat masjid2 sana. Sbb itu Ustaz Mohd Rozali (pemegang amanah tabung derma) berusaha utk bangunkan sekolah tahfiz ni supaya mudah bagi anak2 kita belajar.

Sekarang ni aku nak sebar2kan kpd warga CG yg berminat utk membeli saham akhirat, boleh berurusan dgn Ustaz Rozali (info di bwh). Aada banyak cara utk kita bantu - support bekalan makanan, alat2 perubatan, kenderaan, buku2/kitab2 utk perpustakaan dsbnya... Buat masa sekarang keutamaannya ialah utk bina bangunan tu & terdapat ruang sewaan iklan di laman web tahfiz tersebut utk dimanfaatkan.


Sila hubungi:

Ustaz Mohamad Rozali Jamil (019 7757446 | [email protected])

di alamat
Maahad Tahfiz Darul Quran
no 71, Kg Melayu Raya
85000 Segamat.

Akaun Bank Islam: 0107 8010 0173 68 (MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN DAN PENGAJIAN KITAB THURAS)

Web: http://tahfiz.net/madrasah/


Sekian utk warga CG sbb :)cgrock :D

* mod tlg alih kalo silap section - TQ
 
Last edited:
Sponsored Post

fnd75

Active Member
Joined
Apr 25, 2006
Messages
1,938
Reaction score
36
Points
35
update

Utk gambar, sila ke: http://tahfiz.net/madrasah/?p=56

Perkembangan terkini madrasah 19/04/2010
Ditulis oleh Abu Irfan pada April 19th, 2010

Kerja-kerja pemasangan besi bim untuk tingkat kedua baru siap dan akan disusuli dengan pemasangan paiping untuk elektrikal ,


Kepada para pengunjung blog madrasah kami paparkan progrees terkini pembinaan madrasah ,sekarang ini kerja-kerja menyiapkan besi bim untuk tingkat kedua yang baru sahaja selesai diharapkan anda semua untuk meneruskan sumbangan dan derma anda .amin

عن عمران بن حصين، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: “من أرسل بنفقة في سبيل الله، وأقام في بيته فله بكل درهم سبعمائة درهم يوم القيامة ومن غزافي سبيل الله، وأنفق في جهة ذلك فله بكل درهم سبعمائة ألف درهم”. ثم تلا هذه الآية: { وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ }

Dari Imran bin Hussin telah bersabda Rasullulah s.a.w : sesiapa yang menghantar derma (infak) pada jalan Allah dan ia duduk di rumah (tidak pergi berjuang) Maka Allah membalas bagi tiap-tiap satu dirham dengan tujuh ratus dirham di hari qiamat . Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah dan juga mendermakan hartanya pada jalan Allah ,Maka Allah akan membalas bagi tiap-tiap satu dirham dengan tujuh ratus ribu dirham pada hari qiamat.Kemudian nabi membaca ayat وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ(Hadis riwayat ibnu majah)
 

MOD jr.

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 29, 2008
Messages
23,582
Reaction score
134
Points
133
ape lagi tunggu kawan2 :) jom..saham akhirat tu :)
 

fnd75

Active Member
Joined
Apr 25, 2006
Messages
1,938
Reaction score
36
Points
35
ape lagi tunggu kawan2 :) jom..saham akhirat tu :)

TQ TQ

Haa... sape ade rezeki lebih tu ape lagi... boh kat saham akhirat tu

teringat lagu Herman Tino "...harta bukan milikmu, untukmu hanya rezki, terkurang himpun lagi, terlebih memberilah.."

:)
 

D8Gz

Active Member
Joined
Mar 3, 2008
Messages
1,086
Reaction score
5
Points
25
insyaALLAH ada rezeki lebih kita boleh derma...
saham akhirat yg menguntungkan mcm ni harus dikutip...
thanx TT...
 

fnd75

Active Member
Joined
Apr 25, 2006
Messages
1,938
Reaction score
36
Points
35
update pagi khamis 29-04-10

Mari-mari sumbangkan harta anda ke jalan fisabilillah

antara pics pembinaan in progress:


IMG_0986.JPG


IMG_0990.JPG


* saya tak akan buat kutipan bagi pihak pemegang amanah - tak mau dituduh bakal :(scam ke ape ke...

Sila berurusan terus dgn Ustaz Mohd Rozali di 019 7757446 atau [email protected]

atau Segala sumbangan boleh dimasukkan kedalam Bank Islam di akaun:
Bank Islam: 01078010017368
Nama Pemegang Akaun: MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN DAN PENGAJIAN KITAB THURAS



مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register