Madinah antara bandar paling sihat di dunia

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,494
Reaction score
2,008
Points
201
Madinah antara bandar paling sihat di dunia
madinah_1611451699.jpg
Madinah antara bandar paling sihat di dunia. - Foto Google
JEDDAH: Bandar Madinah, Arab Saudi diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara bandar paling sihat di dunia.

Kota suci itu mendapat pentauliahan selepas kunjungan pasukan WHO berkunjung yang menjelaskan, ia memenuhi semua standard piawaian global diperlukan untuk menjadi bandar sihat.

Madinah dikatakan antara bandar pertama dengan populasi lebih 2 juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat WHO.

Sebanyak 22 agensi kerajaan, komuniti, badan amal dan sukarelawan membantu menyediakan pentauliahan WHO.

Program bersepadu bandar itu merangkumi perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merekod keperluan kerajaan pada platform elektronik bagi kajian WHO.

WHO juga mengesyorkan supaya universiti itu memberi latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat mengambil bahagian dalam program bandar sihat.

Jawatankuasa dipengerusikan Presiden universiti itu, Dr Abdul Aziz Assarani, yang mengurus 100 anggota mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.

Kriteriannya termasuk memenuhi tujuan ditetapkan Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program 'Bandar Humanising'.

Berdasarkan WHO, 'kota yang sihat adalah kota yang berterusan mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal serta sosial, selain memperluas sumber masyarakat membolehkan orang untuk saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka'. - AGENSI
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,220
Reaction score
1,872
Points
206
Doa Nabi untuk Keberkahan Penduduk Madinah

Kota Madinah merupakan tempat yang dimuliakan oleh Allah dan Nabi Saw sangat mencintai kota ini dan penduduknya. Beliau sering mendoakan kesejahteraan penduduk kota Madinah. Di antara doa yang dipanjatkan beliau adalah berikut;

اللَّهُمَّ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ عَبْدَكَ وَخَلِيلَكَ دَعَا لِأَهْلِ مَكَّةَ بِالْبَرَكَةِ وَأَنَا مُحَمَّدٌ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ أَدْعُوكَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ أَنْ تُبَارِكَ لَهُمْ فِي مُدِّهِمْ وَصَاعِهِمْ مِثْلَيْ مَا بَارَكْتَ لِأَهْلِ مَكَّةَ مَعَ الْبَرَكَةِ بَرَكَتَيْنِ

Allohumma inna ibrahima kana ‘abdaka wa kholilaka da’a li ahli makkata bil barakati wa ana muhammadun ‘abduka wa rosuluka ad’uka li ahlil madinati an tubarik lahum fi muddihim wa sho’ihim mitslai ma barokta li ahli makkata ma’al barokati barokataini.

Ya Allah,sesungguhnya Ibrahim adalah hamba dan kekasihmu dia berdoa memohon kepada-Mu keberkahan untuk penduduk Makkah, dan aku Muhammad adalah hamba dan utusanmu dan aku berdoa untuk penduduk Madinah, berkahilah mereka dalam mud dan sha’ mereka sebagaimana Engkau telah berkahi penduduk Makkah satu keberkahan berlipat menjadi dua keberkahan.

Doa ini berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad dari Sayidina Ali, dia berkata;


خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِالْحَرَّةِ بِالسُّقْيَا الَّتِي كَانَتْ لِسَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ائْتُونِي بِوَضُوءٍ فَلَمَّا تَوَضَّأَ قَامَ فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ ثُمَّ كَبَّرَ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ عَبْدَكَ وَخَلِيلَكَ دَعَا لِأَهْلِ مَكَّةَ بِالْبَرَكَةِ وَأَنَا مُحَمَّدٌ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ أَدْعُوكَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ أَنْ تُبَارِكَ لَهُمْ فِي مُدِّهِمْ وَصَاعِهِمْ مِثْلَيْ مَا بَارَكْتَ لِأَهْلِ مَكَّةَ مَعَ الْبَرَكَةِ بَرَكَتَيْنِ

Kami keluar bersama Rasulullah Saw, tatkala kami sampai di Harrah, di tempat minum milik Sa’ab bin Abu Waqqash, beliau bersabda; ‘Ambilkan air wudhu.’ Tatkala beliau telah berwudhu, beliau bangkit dan menghadap kiblat dan membaca takbir serta membaca;

‘Allohumma inna ibrahima kana ‘abdaka wa kholilaka da’a li ahli makkata bil barakati wa ana muhammadun ‘abduka wa rosuluka ad’uka li ahlil madinati an tubarik lahum fi muddihim wa sho’ihim mitslai ma barokta li ahli makkata ma’al barokati barokataini.’

sumber - https://bincangsyariah.com/zikir-dan-doa/doa-nabi-untuk-keberkahan-penduduk-madinah/
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,494
Reaction score
2,008
Points
201
Jom pindah madinah
Dajjal pun takut nak masuk
 
Sponsored Post
Top
Log in Register