BTC USD 35,768.0 Gold USD 1,840.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MacBook Pro M1 Ada Masalah Untuk Mainkan Video HDR

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Keluaran baru siri Mac yang menggunakan cip ciptaan Apple sendiri iaitu M1 mendapat perhatian luas apabila ia dikeluarkan. Ini disebabkan prestasinya antara yang paling berkuasa setakat ini dalam segmen komputer.

Pun begitu, beberapa pengguna MacBook Pro dengan cip M1 Pro dan M1 Max dan mengadu mereka mengalami masalah apabila memainkan video HDR yang mana MacBook mereka akan mati dan hidup semula selepas keluar daripada pelayar yang memainkan video HDR sama ada Safari atau Chrome.

Antara yang lain pula apabila mereka menatal komen di YouTube semasa memainkan video HDR dan selepas keluar daripada video yang dimainkan dalam skrin penuh. Walaupun banyak model dari 16GB yang terjejas namun segelintir model 32GB dan 64GB turut mengalaminya.

Mereka percaya perkara ini berkaitan dengan penyahkodan AV1 namun tidak dapat dipastikan apakah ia berkaitan perisian atau perkakasan. Walau bagaimanapun, pengguna beta ada melaporkan isu ini telah dibaiki dalam kemas kini terbaru jadi mungkin pengguna biasa akan menerimanya tidak lama lagi.
1637068791413.png

Sumber asal MacRumours
 

CG Sponsors




Top
Log in Register